NEW
Font size
WorksheetsMINGGU 7 : JENIS-JENIS KESENIAN ISLAM (KHAT/SASTERA/LUKISAN)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Saidina Ali pernah berkata : “Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan”.
Berdasarkan ungkapan di atas, kepentingan khat dalam kehidupan?
Menyampaikan dakwah secara meluas.
Memudahkan pembelajaran dan penulisan.
Memudahkan penyampaian maklumat atau ilmu.
Mengembangkan kreativiti, keindahan, kehalusan dan kesenian penulisan khat itu sendiri.
Berikut adalah ciri-ciri khat di atas iaitu
i. dicipta di Parsi.
ii. hurufnya bersegi.
iii. ditulis dalam bentuk ukiran timbul.
iv. penulisan lebih rumit, tetapi lebih indah dan estatik.
i & ii
ii & iii
ii, iii & iv
i, ii, iii & iv
Berdasarkan gambarajah di atas X, Y dan Z adalah
qasidah, prosa dan syair.
puisi sufi, syair dan prosa.
puisi sufi, syair dan qisas al-anbiya’.
puisi sufi, qasidah dan qisas al-anbiya’.
Antara berikut, manakah BUKAN etika seni lukis Islam?
Mengagungkan ayat-ayat al-Qur’an.
Tidak menggambarkan drama atau potret-potret yang beremosi.
Motif haiwan merupakan elemen-elemen yang memberi sifat persendirian dalam seni rupa Islam.
Melukis reka bentuk geometri yang menunjukkan wujudnya keseimbangan, keharmonian dan kesatuan.
“Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang terdapat gambar atau anjing”. (Riwayat Bukhari)
Hadis di atas berkaitan dengan larangan
meletakkan gambar atau memelihara anjing di dalam rumah.
menggunakan lukisan yang berunsurkan haiwan dan manusia tetapi boleh menggunakan reka bentuk abstrak geometri.
penggunaan lukisan yang berunsurkan haiwan dan manusia di rumah akan mewujudkan suasana tenang atau tidak beremosi.
meletakkan lukisan yang bermotifkan haiwan dan manusia di dinding-dinding rumah kerana memberi sifat persendirian dalam seni rupa Islam.
Qasidah ialah salah satu daripada puisi Arab. Sebuah qasidah lazimnya mengandungi _____________ baris.
50-70
50-80
50-90
50-100
Setiap karya puisi atau syair Arab mempunyai sistem meter atau timbangan yang dipanggil sebagai _____________
bait
'arud
diwan
qafiyah
Seni puisi atau syair Arab amat istimewa kerana penggunaan irama yang sama pada hujung setiap baris. Irama yang sama ini dipanggil ___________
qafiyah
qabilah
qari'ah
qati'ah
Apakah ciri-ciri khat Farisi?
Bentuk hurufnya condong sedikit ke kiri.
Tulisan yang berbentuk segi ataupun geometri.
Tulisan yang mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan.
Bentuk hurufnya lebih besar & panjang serta mempunyai shakl.
Apakah jenis khat berdasarkan gambarajah ini?
Khat kufi
Khat thuluth
Khat Farisi
Khat Riq'ah
Ciri-ciri khat di atas merujuk kepada...
i. tulisan lebih rumit, tetapi lebih indah & estatik
ii. dipenuhi dengan tanda-tanda shakl
iii. Sering digubah dalam bentuk-bentuk yang indah dan menarik seperti perahu dan sebagainya.
iv. Banyak digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya.
i & ii
iii & iv
i, ii & iii
i, ii, iii & iv
Apakah ciri-ciri puisi Arab zaman pra-Islam?
Berbentuk pujian & hinaan
Dituturkan dengan iringan muzik.
Mengandungi unsur-unsur simbolik.
Mempunyai sistem meter dan timbangan.
Keistimewaan dan keindahan seni dalam al-Quran ialah :
i.Memberi petunjuk kepada manusia
ii.Menceritakan kisah-kisah umat terdahulu
iii.Mempunyai rentak dan irama yang indah
iv.Mengandungi ajaran-ajaran dan juga amaran
i & ii
iii & iv
i, ii & iii
i, ii, iii & iv
Apakah ciri-ciri puisi sufi pada zaman Islam?
Bertemakan ketuhanan, kerohanian, kebatinan, kesufian& pembersihan jiwa.
Bertemakan kepujian, kehebatan, keagungan dan kecantikan.
Bertemakan kecantikan seorang wanita.
Bertemakan alam semesta.
Apakah contoh seni lukis yang dibenarkan dalam Islam?
Lukisan yang bernyawa.
Bingkai dan hiasan al-Quran serta kitab-kitab agama.
Gambaran taman, patung dan air terjun yang indah.
Seni cat yang menggambarkan perang, masjid,patung, gunung-ganang & keindahan alam.
