NEW
Font size
WorksheetsProsedur Pencegahan Pergigian
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Apakah fungsi punaran asid sebelum penyapuan Sealan Fisur?
Melicinkan permukaan gigi
Membersihkan permukaan gigi
Menghasilkan bentuk pegangan secara mekanikal
Membolehkan bahan sealan mengalir masuk ke dalam lapisan dentin yang poros
Diantara berikut yang manakah benar mengenai bahan profilaksis?
Digunakan untuk membuang kalkulus.
Formokresol merupakan contoh pes profilaksis.
Digunakan untuk mengurangkan rasa peka pada gigi.
Digunakan untuk mengeluarkan plak, filem dan stain.
Apakah fungsi sealan fisur?
membekalkan Fluorida kepada gigi
mengurangkan rasa peka pada gigi
mengelakkan kejadian karies pada permukaan proximal gigi
mengelakkan pengumpulan plak pada pit yang dalam
Rawatan sealan fisur dapat dihasilkan dengan susunan langkah seperti berikut:-
gigi dibersihkan, diasingkan, asid punaran, dikeringkan, penyapuan resin sealan, dicucikan
gigi dibersihkan, diasingkan, asid punaran, dicucikan, dikeringkan, penyapuan resin sealan
gigi diasingkan, asid punaran, dikeringkan, penyapuan resin sealan, dibersihkan, dicucikan
gigi dibersihkan, asid punaran, dicucikan, dikeringkan, diasingkan, penyapuan resin sealan
Apakah kriteria pemilihan pesakit untuk rawatan selan fisur?
Higin mlut pesakit
Umur pesakit
Bilangan gigi pesakit
Kesihatan periodontium pesakit
Di Antara kes-kes pesakit dibawah, kes yang paling sesuai untuk rawatan sealan fisur ialah
Pesakit berumur 8 tahun yang tidak mempunyai karies gigi desidus
Pesakit berumur 9 tahun yang berkerjasama semasa rawatan restoratif diberikan.
Pesakit berumur 12 tahun yang mempunyai kebersihan mulut yang memuaskan
Pesakit berumur 7 tahun yang mempunyai penyakit jantung kongenital
Gliserin yang berlebihan dielakkan untuk bercampur dengan pumis semasa rawatan sealan fisur untuk
Mengelakkan alahan
Mengelakkan tindak balas dengan pumis
Menganggu keberkesanan punaran
Menyebabkan permukaan dentin poros
Di antara berikut, alat yang tidak sesuai disediakan untuk rawatan sealan fisur swapempolimeran ialah
Alat pelindung
Bur batu putih
Ceper pemeriksaan
Hanpis konvensional kontra-sudut
Antara situasi berikut, rawatan sealan fisur patut dilakukan pada
Gigi yang berkaries dalam
Gigi yang berlesi putih
Gigi yang ada fluorosis
Gigi yang erupt sepenuh
Apakah fungsi kegunaan bahan profilaksis?
membuang kalkulus
mengekalkan kekilauan gigi
mengurangkan rasa peka pada gigi
mengeluarkan plak dan stain
Pilih kenyataan yang betul mengenai kaedah
penggunaan fluorida secara lokal
Fluorida fosfat terasid boleh didapati dalam bentuk serbuk
Stanus Fluorida boleh didapati dalam bentuk serbuk
Ubat kumur 2% Natrium Fluorida sesuai untuk penggunaan di rumah
Ubat kumur 5% Natrium Fluorida sesuai untuk program kesihatan pergigian masyarakat
Pilih pernyataan yang betul mengenai penggunaan fluorida secara sistemik
Sapuan fluorida fosfat berasid (APF).
Penggunaan pes profilaksis berfluorida.
Pemfluoridaan bekalan air minum awam.
Penggunaan ubat gigi dan ubat kumur berfluorida.
Di antara berikut,adalah jenis bahan yang digunakan dalam prosedur Preventive resin restoration (PRR) kecuali
amalgam
composite
sealan fisur
simen ionomer kaca
Di antara berikut,yang manakah adalah indikasi pemilihan gigi untuk rawatan sealan fisur?
I. Morfologi Gigi.
II. higin mulut pesakit.
III.Salah satu molar kekal berkaries.
IV.Gigi molar kekal erupt sepenuhnya.
I,II,III
I,II,IV
I,III,IV
II,III,IV
Di antara berikut yang manakah betul mengenai bahan penyahpekaan?
Pesakit digalakkan berkumur selepas penyapuan Durafat
Durafat digunakan pada pesakit yang mengalami gingivitis berulser
Bahan penyahpekaan digunakan untuk mengekalkan sifat kilauan pada gigi
Durafat digunakan untuk mengurangkan rasa peka pada bahagian servikal gigi
