Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pantun Teka-Teki

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Tiap pagi pergi ke sawah,

Mencari rezeki untuk keluarga,

Terkenal sebagai raja buah,

Durinya tajam tidak terkira.

a)

Durian

b)

Salak

c)

Buah Naga

d)

Durian Belanda

2.

Tengah hari makan nasi,

Dengan gulai siput sedut,

Sedap dan manis sungguh kuih ini,

Atas warna hijau di bawahnya ada pulut.

a)

Tepung Pelita

b)

Kuih Seri Muka

c)

Nona Manis

d)

Talam Pandan

3.

Pergi berjalan di waktu petang,

Singgah makan rojak kangkung,

Binatang ni badannya panjang,

Jika diusik badannya digulung.

a)

Ular

b)

Cacing

c)

Lipan

d)

Ulat Gonggok

4.

Berbagai bentuk dan juga rasa,

Perisa durian, coklat apa sahaja,

Walaupun sejuk tidak terkira,

Menjadi kesukaan si kecil juga dewasa

a)

Kek

b)

Air Berperisa

c)

Aiskrim

d)

Yogurt

5.

Di Pulau Mutiara menaiki beca,

Melancong bersama ayah dan bonda,

Selalu diselak dan juga dibaca,

Agar penuh ilmu di dada.

a)

Buku

b)

Kertas

c)

Komik

d)

Surat

6.

Pak Mail pergi ke hutan,

Membawa pulang kayu utas,

Bentuknya seperti buah rambutan,

Hendak makan badannya dipulas.

a)

Laici

b)

Rambai

c)

Rambusa

d)

Pulasan

7.

Ketika panas ataupun makan,

Sapu ke mulut sapu ke muka,

Kain bukan tuala pun bukan,

Di dalam kocek cubalah teka.

a)

Tisu

b)

Sapu Tangan

c)

Kertas

d)

Plastik

8.

Baju dijahit menggunakan mesin,

Untuk dipakai dalam majlis,

Bentuknya lonjong isinya oren,

Bila dimakan lembut dan manis.

a)

Tembikai Batu

b)

Tembikai Susu

c)

Papaya

d)

Belimbing

9.

Pisang berangan dibuat pengat,

Dicampur dengan gula melaka,

Setiap detik setiap saat,

Menghitung waktu tak kira masa.

a)

Jam Pasir

b)

Jam

c)

Kompas

d)

Jam Randik

10.

Dari mudik menuju ke muara,

Untuk mencari buah kelapa,

Tahukah adik binatang apa,

Darahnya hitam tulangnya satu?

a)

Sotong

b)

Ikan

c)

Ketam

d)

Kerang

11.

Sayang ibu jangan diingkar,

Ikut nasihat amatlah wajar,

Mengajar mendidik dengan sabar,

Supaya menjadi insan yang pintar.

a)

Askar

b)

Guru

c)

Polis

d)

Jururawat

12.

Makan nasi berulam raja,

Ditambah dengan sambal sotong,

Kalau adik pandai meneka,

Apa binatang tidur tergantung?

a)

Burung Hantu

b)

Penguin

c)

Koala

d)

Kelawar

13.

Di bulan puasa teringat kampung,

Sehingga bermimpi di waktu siang,

Kuih ini berisi santan, buah pisang dan tepung,

Dibungkus, dilipat dengan daun pisang.

a)

Lepat Pisang

b)

Lemang

c)

Kelupis

d)

Pulut Panggang

14.

Wahai adik cubalah fikir,

Dibawa ke sekolah setiap masa,

Diguna untuk menulis dan mengukir,

Kadang kala diguna untuk mengira.

a)

Berus

b)

Pensil

c)

Pengukur

d)

Pisau

15.

Bunga melur bunga cempaka,

Letak disanggul oleh si dara,

Dipakai untuk melihat dan membaca,

Ada pula untuk bergaya.

a)

Kanta Lekap

b)

Kanta Besar

c)

Kaca Mata

d)

Teleskop