Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI PSV 2021

Total questions: 51

Worksheet time: 51mins

Name
Class
Date
1.

Dalam batik blok, bahagian ruang kosong selalunya dihiasi dengan motif seperti titik. Apakah nama motif tersebut?

a)

Isen

b)

Pucuk rebung

c)

Teritik

d)

Bunga

2.

Bilakah seni batik mula diperkenalkan di Tanah Melayu?

a)

Abad ke 15

b)

Abad ke 16

c)

Abad ke 17

d)

Abad ke 18

3.

Dari manakah asal usul perkataan "batik"?

a)

Thailand

b)

Indonesia

c)

India

d)

China

4.

Apakah tujuan kain direbus dalam proses penghasilan batik tradisional?

a)

Kain tahan lebih lama

b)

Tidak mudah diregang

c)

Mengelakkan warna tidak rata

d)

Melembutkan dan menanggalkan kanji

5.

Apakah nama bahan pemati warna dalam penghasilan batik?

a)

Damar

b)

Serbuk soda

c)

Sodium silikat

d)

Lilin

6.

Alatan di atas digunakan untuk melakar corak dalam penghasilan batik lukis. Apakah nama alatan tersebut?

a)

Berus

b)

Canting

c)

Pemidang

d)

Penyidai

7.

Apakah unsur motif batik di atas?

a)

Motif flora

b)

Motif fauna

c)

Motif abstrak

d)

Motif geometri

8.

Bahagian batik sarung ini biasanya dihiasi dengan motif pucuk rebung seperti gambar di atas. Penyataan ini merujuk kepada bahagian .................................

a)

badan kain

b)

kepala kain

c)

kaki kain

d)

hujung kain

9.

Apakah nama bahan yang digunakan untuk menanggalkan lilin dalam proses penghasilan batik lukis?

a)

Soda ash

b)

Remazol

c)

Parafin

d)

Fixer

10.

Apakah jenis batik yang dihasilkan dalam rajah di atas?

a)

Batik blok

b)

Batik skrin

c)

Batik lukis

d)

Batik pelangi

11.

Apakah unsur motif yang digunakan dalam penghasilan batik lukis di atas?

a)

Motif flora

b)

Motif fauna

c)

Motif abstrak

d)

Motif kosmos

12.

Jika Yang di-Pertuan Agong perlu menghadiri majlis santapan malam beristiadat, apakah jenis pakaian rasmi yang perlu dikenakan ?

a)

Muskat

b)

Mess Kit

c)

Pending Diraja

d)

Gandik Diraja

13.

Jika Yang di-Pertuan Agong perlu menghadiri majlis santapan malam beristiadat, apakah jenis pakaian rasmi yang perlu dikenakan ?

a)

Muskat

b)

Mess Kit

c)

Pending Diraja

d)

Gandik Diraja

14.

Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk _______ untuk menghasilkan karya yang lebih kompleks.

a)

ruang

b)

rupa

c)

imej

d)

jalinan

15.

Lukisan menggunakan media kering seperti _________ (Jawapan lebih daripada satu)

a)

pensel

b)

cat

c)

pen

d)

arang

16.

Berikut merupakan teknik-teknik lukisan , kecuali

a)

impasto

b)

garisan

c)

gosokan

d)

lorekan

17.

Pilih pernyataan yang benar tentang lukisan. (Jawapan lebih daripada satu)

a)

menggunakan media kering

b)

lanjutan daripada proses lakaran

c)

penggunaan warna terhad

d)

menggunakan pelbagai teknik dan cat

18.

Apakah teknik yang digunakan dalam lukisan di atas?

a)

lorekan

b)

gosokan

c)

titik-titik

d)

garisan

19.

Apakah media yang digunakan dalam lukisan tersebut?

a)

cat minyak

b)

arang

c)

pensel warna

d)

oil pastel

20.

Media ini perlu menggunakan pemati warna (fixer) bagi menghalang warna tersebut daripada tertanggal

a)

pensel

b)

pen

c)

pastel

d)

pen marker

21.

Pensel H adalah ________ dan pensel B adalah jenis __________

a)

terang, gelap

b)

gelap , terang

c)

keras , lembut

d)

lembut, keras

22.

Pilih pernyataan yang benar tentang tetingkap fokus.

a)

memfokus sesuatu objek atau benda

b)

memilih sudut yang indah dan menarik

c)

digunakan untuk melukis di luar studio

d)

digunakan untuk mengukur saiz sesuatu objek atau benda

23.

Pilih jenis teknik lukisan berdasarkan gambar yang diberi.

a)

Teknik garisan selari

b)

Teknik silang pangkah

c)

Teknik contengan

d)

Teknik titik

24.

Ini adalah

a)

lukisan alam semula jadi

b)

lukisan bentuk geometri

25.

Fungsi cahaya dan bayang dalam menghasilkan

a)

bentuk dalam lukisan

b)

garisan dalam lukisan

c)

jalingan dalam lukisan

26.

Manakah antara berikut, elemen visual yang digunakan dalam penghasilan karya infografik?

I Tipografi

II Simbol dan Ikon

III Data dan Statistik

IV Naratif dan Penceritaan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

27.

Tandakan elemen yang tidak terdapat di dalam gambar di atas?

a)

simbol dan ikon

b)

ilustrasi

c)

fotografi

d)

graf dan carta

28.

Antara baju Melayu berikut, yang manakah popular di negeri Johor?

a)

Baju Kebaya

b)

Baju Kurung Moden

c)

Baju Melayu Teluk Belanga

d)

Baju Melayu Cekak Musang

29.

Antara jenis cetakan berikut, yang manakah menggunakan pemidang dan kain organdi?

a)

Cetakan stensil

b)

Cetakan benaman

c)

Cetakan timbul

d)

Cetakan planograf

30.

Ilustrasi berikut sesuai digunakan dalam kempen

a)

Bahayanya Rokok

b)

Merokok Meracuni Diri

c)

Katakan Tak Nak Pada Rokok

d)

Membunuh Diri Dalam Senyap

31.

Kerja melurut bilah mengkuang dalam kerja anyaman menggunakan alat yang dinamakan sebagai

a)

jangka

b)

pelurut

c)

penyisip

d)

pendiang

32.

Arca awam berikut memaparkan keris sebagai imej.

Apakah perkara utama yang dititikberatkan?

a)

Kekayaan

b)

Pengorbanan

c)

Kepahlawanan

d)

Maruah bangsa

33.

Logo automobil berikut dihasilkan dengan menggunakan asas

a)

rupa

b)

warna

c)

bentuk

d)

garisan

34.

Pembungkusan berikut digunakan untuk makanan yang diperbuat daripada beras pulut.

Apakah nama daun yang digunakan?

a)

Daun nira

b)

Daun palas

c)

Daun kelapa

d)

Daun pisang

35.

Pilih pasangan yang betul.

a)

Arang - Lukisan

b)

Pastel lembut - Catan

c)

Pensel warna - Catan

d)

Cat Tempera - Lukisan

36.

Memgapakah setiap pembungkusan mesti memaparkan tarikh luput?

a)

Merupakan kriteria pembungkusan

b)

Memaklumkan tempoh barangan selamat dimakan

c)

Semakin menghampiri tarikh luput, barangan tersebut menjadi murah

d)

Memberitahu pengguna supaya membeli barangan sebelum tarikh luput

37.

Cara terbaik memindahkan kesan jalinan pada buah tembikai ke atas sehelai kertas lukisan adalah melalui

a)

teknik lukisan

b)

teknik cetakan

c)

teknik renjisan

d)

teknik gosokan

38.

Jika anda ingin menghasilkan reka bentuk kulit majalah sekolah, apakah yang menjadi pertimbangan utama ?


I Rekaan bewarna-warni

II Maklumat bertulis terperinci

III Ilustrasi berkaitan dengan tajuk

IV Mengutamakan rekaan muka taip

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Antara berikut, yang manakah merupakan grafik persekitaran ?


I Papan peraga

II Tanda jalan

III Risalah

IV Poster

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Mengapakah Rumah Serambi Melaka dianggap unik?

a)

Mempunyai atap singgora

b)

Mempunyai tebar layar yang runcing

c)

Mempunyai tangga batu yang berwarna-warni

d)

Mempunyai dinding yang dibina hingga ke paras rabung

41.

Manakah antara seni bina berikut mempunyai bumbung seolah-olah seperti payung yang terbuka?

a)

Rumah Limas

b)

Gereja St.Paul

c)

Masjid Negara

d)

Makam Diraja Langgar

42.

Manakah antara ciri berikut membezakan sesebuah rumah tradisional?

I Dinding

II Tebar layar

III Jumlah tiang

IV Bentuk bumbung

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

43.

Apakah nama lain bagi Rumah Limas?

a)

Rumah Kutai

b)

Rumah Berpeleh

c)

Rumah Baju Kurung

d)

Rumah Tiang Dua Belas

44.

Soalan 5 merujuk senarai berikut :-


∙ Nature Morte (1911)

∙ L’Homme á la Guitare (1918)

∙ Nature Morte à la Théière (1916)


Siapakah pelukis yang menghasilkan karya-karya di atas ?

a)

Juan Gris

b)

Erich Heckel

c)

Jean Metzinger

d)

Karl Schmidt-Rottluf

45.

Mengapakah Seni Op dikaitkan dengan ilusi optikal ?

a)

Menggunakan imej - imej popular

b)

Menggunakan imej bawah sedar

c)

Karyanya adalah luahan emosi secara spontan

d)

Imej yang dihasilkan seolah - olah sedang bergerak

46.

Siapakah pelopor aliran Fauvisme?

a)

Max Ernst

b)

Henri Matisse

c)

Raoul Dufy

d)

Albert Gleizes

47.

Apakah nama lain bagi Rumah Limas?

a)

Rumah Kutai

b)

Rumah Berpeleh

c)

Rumah Baju Kurung

d)

Rumah Tiang Dua Belas

48.

Di manakah pusat gerakan aliran Ekspresionisme Abstrak?

a)

Paris

b)

London

c)

Rome

d)

New York

49.

Apakah ciri-ciri utama yang perlu ada pada reka bentuk tersebut bagi menarik pengguna


I Warna

II Keselesaan

III Ketahanan

IV Reka corak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

50.

Antara berikut, yang manakah bukan membawa maksud sculpere dalam bahasa Latin?

a)

mengukir

b)

memotong

c)

menggores

d)

melempar

51.

Siapakah tokoh pengarca pada abad ke-17?

a)

Jean-Antoine Houdon

b)

Gian Lorenzo Bernini

c)

Michelangelo

d)

Andre Pisano