Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ibu _________ bubur ke mulut adik yang terlantar sakit di hospital.

a)

menyapukan

b)

menyuapkan

c)

mengulumkan

d)

memuntahkan

2.

Derma yang _________ untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir itu mencecah sepuluh ribu ringgit.

a)

terjebak

b)

termakbul

c)

terkumpul

d)

tertunggak

3.

Encik Hairul dan isterinya telah ___________ di bandar ini sejak enam tahun yang lalu.

a)

bermastautin

b)

berziarah

c)

bertukar

d)

bernaung

4.

Pak Malek ________ sampannya hingga ke muara sungai.

a)

mendayung

b)

mendakap

c)

mendepa

d)

mendabik

5.

Encik Faisal ________ tayar keretanya yang bocor.

a)

menggumpalkan

b)

menggulingkan

c)

menggantikan

d)

menggunakan

6.

Kakak ________ tikar mengkuang itu lalu meletakkannya di tepi dinding.

a)

menggendong

b)

menggulung

c)

menggantung

d)

menyanjung

7.

Kapal terbang itu dijangka ___________ di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi.

a)

berhenti

b)

berlabuh

c)

mendarat

d)

menggelongsor

8.

Puan Mandy ___________ harga barangan yang dibelinya kepada penjaga kaunter itu.

a)

membeli

b)

menukar

c)

menatap

d)

membayar

9.

Tumit kakinya __________ kerana memakai kasut kulit yang baharu itu.

a)

melekit

b)

melecet

c)

melecur

d)

melebam

10.

" Kalian mestilah ____________ tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku," kata Cikgu Fasya kepada murid-muridnya.

a)

berdiri

b)

berlari

c)

berkibar

d)

berkumandang

11.

Para ahli Pengakap itu _________ khemah di pinggir sungai.

a)

menyarungkan

b)

meruntuhkan

c)

merosakkan

d)

mendirikan

12.

Encik Raymond sedang _________ keuntungan syarikatnya pada bulan ini.

a)

mengira

b)

mengirai

c)

mengumpil

d)

mengorak

13.

Ezlan menggunakan sebatang galah yang panjang untuk _________ mangga itu.

a)

melarik

b)

mengikis

c)

mengait

d)

menguak

14.

Laksamana Hang Tuah berjaya __________ serangan lanun-lanun itu dengan mudahnya.

a)

meningkah

b)

menangkis

c)

menyinggah

d)

menukar

15.

Kepala Hafiz berdarah kerana ___________ seketul batu yang besar itu.

a)

terhempas

b)

terjatuh

c)

terhantuk

d)

tercabut

16.

Mak Utih _______ setandan pisang emas sewaktu pulang dari kebunnya.

a)

mengapit

b)

melirik

c)

mengelek

d)

menjunjung

17.

Syahida _________ tajam kepada pemuda yang mengganggunya ketika dia sedang menunggu bas.

a)

menjerkah

b)

menonton

c)

menjeling

d)

mengintai

18.

Guru Besar telah _________ hadiah kepada para murid yang cemerlang dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan semalam.

a)

menyematkan

b)

mengalungkan

c)

menghebohkan

d)

menyampaikan

19.

Sandy berpaling sebaik sahaja bahunya _________ oleh seseorang.

a)

disekat

b)

dibelai

c)

dilibas

d)

dicuit

20.

Nenek ___________ beras itu terlebih dahulu untuk membuang antahnya.

a)

menampi

b)

membalut

c)

membasuh

d)

membanting