Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Sudah berulang kali peniaga itu menggunakan minyak masak tersebut menyebabkan pengunjung menghidu bau _____________.

a)

Basi

b)

Busuk

c)

Tengik

d)

Hangit

2.

Kerja-kerja ___________ untuk mendapatkan harta karun yang dikatakan peninggalan tentera Jepun memerlukan kesabaran yang tinggi.

a)

Menggali

b)

Mengorek

c)

Menimbus

d)

Memperoleh

3.

Setelah seharian bertempur, akhimya pihak tentera telah berjaya menawan _____________penganas.

a)

Sekawan

b)

Sepasukan

c)

Seangkatan

d)

Segerombolan

4.

Pemuda tersebut __________ ke tempat kerjanya kerana sudah lewat.

a)

Tercungap-cungap

b)

Terkocoh-kocoh

c)

Terketar-ketar

d)

Terkial-kial

5.

Pilih ayat yang betul.

a)

Hazman menyatakan yang dia sudah sihat.

b)

Hazman menyatakan bahawa dia sudah sihat.

6.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kamu harus mengikut nasihat doktor agar supaya cepat sembuh.

b)

Kamu harus mengikut nasihat doktor supaya cepat sembuh.

7.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jun bekerja keras demi untuk mencapai kejayaan.

b)

Jun bekerja keras demi mencapai kejayaan.

8.

Suasana di pasar malam itu .... dengan suara penjual dan pengunjung yang pelbagai ragam.

a)

Kusut – masai

b)

hingar – bingar

c)

kelam – kabut

d)

ulang – alik

9.

Kebanyakan remaja yang terlibat dalam masalah sosial berasal daripada keluarga yang ...

a)

Lintang – pukang

b)

kusut – masai

c)

porak – peranda

d)

kelam – kabut

10.

Puan Masyitah _______ tepung untuk membuat kek bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak bongsunya.

a)

mengayak

b)

menyaring

c)

menggoyang

d)

menggoncang

11.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat dibawah.


Encik Azrin sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.

a)

Di kawasan pelantar minyak, Encik Azrin sentiasa mengutamakan aspek keselamatan.

b)

Aspek keselamatan Encik Azrin sentiasa diutamakan semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.

c)

Aspek keselamatan semasa Encik Azrin bekerja di kawasan pelantar minyak sentiasa diutamakan.

d)

Aspek keselamatan sentiasa diutamakan oleh Encik Azrin semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.

12.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Peristiwa itu masih segar dalam ingatan kami

II Tumbuh-tumbuhan hidup segar selepas hujan.

III Udara di tepi laut sungguh segar pada waktu senja.

IV Sistem pengurusan di pejabat itu tidak segar sejak akhir-akhir ini.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

13.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Baju yang dijemur oleh Lisa sudah kering.

II Penduduk di kawasan itu tidak pernah kering

III Zarith tidak kering ilmu sebaliknya dia berkongsi yang dimiliki dengan rakannya.

IV Tekak Huda terasa kering selepas dia bekerja di tengah panas selama beberapa jam.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

14.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu kerja separuh jalan sahaja sebaliknya kerja itu perlu dilakukan hingga selesai.

a)

bagai tikus membaiki labu

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

bagai melepaskan batuk di tangga

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

15.

Peribahasa-peribahasa di bawah ini menggambarkan bahawa seseorang yang hendak berjaya perlulah berusaha, kecuali

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

d)

malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut

16.

Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa situasi di atas ialah..

a)

tidak memuaskan hati pembeli

b)

tidak berpadanan dengan si pemakai

c)

harga yang ditawarkan tidak mampu dibeli

d)

barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai

17.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Ayah Taufiq memiliki perwatakan yang baik, iaitu sentiasa tenang, penyabar, dan baik tingkah lakunya sehingga menyebabkan disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya.

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti air dalam kolam

c)

seperti abu di atas tunggul

d)

seperti rusa masuk kampung

18.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi di bawah.


Abang Dani berusaha dengan gigihnya untuk memastikan perniagaan kraf tangan yang diusahakannya akan semakin maju kerana dia percaya bahawa dengan usahalah segala matlamat yang kita impikan akan tercapai.

a)

tepuk dada tanya selera

b)

tiada rotan, akar pun berguna

c)

biar berputih tulang, jangan berputih mata

d)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

19.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Murid-murid yang tidak suka membaca pelbagai bahan bacaan perlu mengubah sikap mereka agar mereka tidak cetek ilmu pengetahuan.

a)

seperti kacang lupakan kulit

b)

iku hati mati, ikut rasa binasa

c)

seperti katak di bawah tempurung

d)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

20.
Cikgu Salleh memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimi lah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.
a)
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
b)
biar putih tulang, jangan putih mata
c)
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
d)
lembu punya susu, sapi dapat nama
21.

Kereta yang dipandu laju itu terbabas lalu merempuh papantanda di tepi jalan

(a)  

22.

Seramai 20 orang mahasiswa telah mengadakan program khitmat masyarakat di Kampung Desa Murni.

(a)  

23.

Paspot yang dijumpai oleh Emil itu kepunyaan seorang pelancong dari brunei

(a)  

24.

Kedua-dua orang pemimpin parti politik di negara jiran itu sering berbalah kerana mereka mempunyai ideoloji yang berbeza.

(a)  

25.

Puan Nadiatul bercadang untuk membeli sebuah banglo bahru yang terletak di atas bukit.

(a)  

26.
Baru-baru ini, kes rompakan paling terbesar telah ditumpaskan oleh pihak polis melibatkan warga asing tanpa izin.
a)
paling terbesar - terbesar paling
b)
paling terbesar - paling besar
c)
paling terbesar - besar
27.
Kebanyakan warung-warung di tepi jalan itu telah disita oleh Majlis Perbandaran Sepang.
a)
Kebanyakan - Kebanyakkan
b)
Kebanyakan warung-warung - Kebanyakan warung
c)
disita - dihapuskan
28.
Beberapa orang setia usaha sedang berbincang mengenai pelbagai isu syarikat.
a)
pelbagai - berbagai
b)
setia usaha - setiausaha
c)
Beberapa orang - Beberapa
29.

Pilih jawapan yang betul


Pak Leman menghalau anak itik-anak itik yang berada di atas tangga rumahnya.

a)

anak itik-anak itik - itik

b)

anak itik-anak itik - anak itik

c)

anak itik - anak itik - anak itik-itik

d)

anak itik-anak itik - anak-anak itik

30.

Pilih jawapan yang betul


Penduduk Kampung Seraya bergotong-royong bagi membaiki jambatan yang jatuh akibat banjir.

a)

bergotong-royong - gotong royong

b)

jatuh - roboh

c)

membaiki jambatan - memperbetul jambatan

d)

Tiada kesalahan