wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Para penyokong pasukan hoki itu berasa cemas kerana peluang pasukan mereka untuk memenangi pertandingan itu semakin ___________.

a)

getir

b)

tipis

c)

runcing

d)

genting

2.

Rani ___________ perabot itu dengan sehelai kain buruk.

a)

menyapu

b)

mengipas

c)

mengelap

d)

mengibas

3.

Ibu menggantikan tali ampaian yang sudah ____________ itu dengan tali yang baharu.

a)

kendur

b)

lembik

c)

longgar

d)

renggang

4.

Perahu Pak Ali terolang-aling di _____________ laut akibat dipukul ombak.

a)

bawah

b)

tengah

c)

penjuru

d)

seberang

5.

Bantuan yang diberikan oleh orang ramai ______________ dapat meringankan beban mangsa ribut itu.

a)

sebaik-baiknya

b)

seelok-eloknya

c)

setidak-tidaknya

d)

seboleh-bolehnya

6.

Kami berempat tersentak apabila terdengar bunyi __________ yang kuat di hutan itu.

a)

seruan

b)

jeritan

c)

sahutan

d)

kicauan

7.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

8.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

I Pelbagai langkah perlu diambil supaya tidak ada soalan yang bocor sebelum tibanya hari peperiksaan.

II Atap rumah ini sudah ada yang bocor.

III Penjahat itu tidak dapat bocor daripada tahanan polis.

IV Asyraf terpaksa menendang pintu besi bangunan itu sehingga bocor untuk menyelamatkan dirinya.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

10.

I Raju menghirup sup itu perlahan-lahan.

II Atikah gemar bersiar-siar di taman sambil menghirup udara yang segar.

III Nyamuk aedes biasanya menghirup darah mangsanya pada waktu siang.

IV Amalan menghirup rokok akan memudaratkan kesihatan.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

11.

I Abang makan dengan berselera sekali sehingga perutnya padat.

II Hubungan antara Siti dengan Salmah padat sejak kecil lagi.

III Rancangan televisyen itu padat dengan pengajaran.

IV Kawasan bandar padat dengan penduduk berbanding dengan kawasan luar bandar.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

12.

Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin bijak dalam menguruskan kedainya.

a)

daripada tahun ke setahun

b)

daripada setahun ke setahun

c)

dari tahun ke setahun

d)

dari setahun ke setahun

13.

Ketika sedang berehat, ibu membawa untuk abang secawan teh sebagai hidangan minum petang.

a)

terbawa abang secawan teh

b)

membawakan abang secawan teh

c)

dibawakan secawan teh untuk abang

d)

membawa untuk abang secawan teh

14.

Sekembalinya pasukan Harimau Malaya ke tanah air, mereka telah diberi sambutan teramat meriah sekali.

a)

amat meriah

b)

amat sekali meriah

c)

amat termeriah sekali

d)

teramat meriah sekali

15.

Amalan rasuah, jika dibiarkan berleluasa akan mengundang pelbagai keburukan yang dapat menghancurkan negara.

a)

Rasuah yang berleluasa akan mengundang kehancuran yang dapat memburukkan negara.

b)

Antara keburukan rasuah termasuklah amalan yang mengundang pelbagai keburukan yang dapat merosakkan negara.

c)

Pelbagai keburukan akan timbul dan negara akan binasa seandainya rasuah dibiarkan berleluasa.

d)

Rasuah akan mendatangkan keburukan sekiranya amalan itu mampu menghancurkan negara.

16.

Jalan-jalan utama di ibu kota akan ditutup sempena perarakan kereta berhias.

a)

Jalan-jalan utama akan ditutup sempena perarakan kereta berhias di ibu kota.

b)

Perarakan kereta berhias akan dijalankan selepas jalan-jalan utama di ibu kota ditutup.

c)

Sempena perarakan kereta berhias, jalan-jalan utama di ibu kota akan ditutup.

d)

Penutupan jalan-jalan di ibu kota dilakukan kerana mengutamakan perarakan kereta berhias.

17.

I Jalan raya ke kampung nelayan itu paling sunyi sepi sekali selepas pukul 12:00 tengah malam.

II Walaupun Irfan bukan sangat pandai, dia membantu kawan-kawannya.

III Parasnya yang kemelayuan menyebabkan penyanyi itu diminati di Malaysia.

IV Sudah letih lesu badannya ketika dia ditemui terbaring di tepi jalan.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan Iv

18.

I Azfa ialah murid yang paling tinggi di dalam kelasnya.

II Sejak bersara, Encik Syahid rajin berkebun di belakang rumahnya.

III Swee Ling rela mengalah demi adik kesayangannya.

IV Mak Minah akan pergi ke rumah Nadia di Kuala Lumpur kerana rindu anak tunggalnya itu.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

19.

Kerja mengecat dinding biliknya dilakukan oleh fahmi secara sambalewa sahaja dan tidak dilakukan dengan sungguh-sungguh.


Peribahasa yang sesuai dengan keadaan di atas ialah

a)

bagai si kudung beroleh cincin.

b)

bagai melepaskan batuk di tangga.

c)

seperti anak ayam kehilangan induk.

d)

seperti harimau menyembunyikan kukunya.

20.

Puan Salwa berasa gembira kerana akhirnya kedua-dua orang anaknya sudah berbaik semula setelah berbulan-bulan berselisih faham. Hal ini diibaratkan

a)

pahit dahulu, manis kemudian.

b)

kecil api menjadi lawan, besar menjadi lawan.

c)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

d)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua.