Font size
WorksheetsKUIZ TATABAHASA
Total questions: 75
Worksheet time: 32mins
"Segala perintah tuanku akan _________ laksanakan," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Melaka.
saya
hamba
patik
kami
" _______________ harus berlatih bersungguh-sungguh untuk menewaskan pasukan dari Kelantan," kata jurulatih kepada kami.
Anda
Kami
Kalian
Mereka
Para petani itu menanam jagung ________ menantikan pokok padi menguning dan sesuai untuk dituai.
selagi
sehingga
sementara
semenjak
Perahu yang kami naiki ____________ apabila dipukul ombak.
beralun-alun
bergoyang-goyang
berolang-aling
berbolak-balik
Bangunan______________ itu menjadi mercu tanda di Teluk Intan.
tegak
lurus
condong
senget
Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
melenyek
memerah
menindih
Udara di Sri Damai Resort, Kalumpang itu sungguh__________
baik
cergas
nyaman
indah
Pak Long Jamal duduk berehat di pondok __________ itu untuk menghilangkan penat.
usang
buruk
pudar
kelam
Puan Siti memberikan __________ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.
bayangan
lukisan
gambaran
kenangan
Kenal pasti ayat yang tidak tergolong dalam jenis ayat perintah.
Harap anda semua bersabar, makanan akan tiba sebentar lagi.
Jangan besarkan hal yang remeh-temeh.
Nah, ambil baju ini dan basuh!
Anda pangkah semua yang tidak berkenaan dalam borang ini.
Berikut merupakan kata majmuk yang telah mantap, kecuali...
tandantangan
tanggungjawab
setiausaha
ibu bapa
Tukar ayat songsang di bawah menjadi ayat bersusunan biasa.
Untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid, kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat diperlukan.
Gejala buli dalam kalangan murid amat diperlukan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat.
Amat diperlukan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid.
Kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat diperlukan untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid.
Betulkan kesalahan ejaan berikut:
Filem-filem dokumenteri semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.
documentari
dokumentari
dokumentary
dokkumentari
Tukarkan ayat cakap pindah di bawah kepada ayat cakap ajuk.
Danial memberitahu Encik Zahid bahawa ibunya berharap agar projek jualan itu akan memperoleh keuntungan yang banyak.
"Encik Zahid ibu saya berharap agar projek jualan itu akan memperoleh keuntungan yang banyak," kata Danial kepada Encik Zahid
"Danial, ibu saya memberitahu bahawa projek jualan itu akan memperoleh keuntungan yang banyak," kata Encik Zahid kepada Danial.
Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif:
Kami sedang menampal maklumat tentang wabak denggi pada papan kenyataan kelas.
Pada papan kenyataan kelas kami sedang menampal maklumat wabak denggi.
Maklumat tentang wabak denggi sedang ditampal oleh kami pada papan kenyataan kelas.
Maklumat tentang wabak denggi sedang kami tampal pada papan kenyataan kelas.
Bina ayat tanya menggunakan kata tanya yang betul berdasarkan ayat di bawah:
Persembahan teater Anak Ibu akan bermula pada pukul 8.30 malam.
Apakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?
Manakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?
Bilakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?
Jadikah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?
Manakah yang betul?
dua jam setengah
dua setengah jam
jam dua setengah
Pilih ayat yang gramatis.
Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.
Peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah
Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan kepada penceramah,
Para peserta kursus kepimpinan itu menanyakan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.
Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah.
Anak Mak Limah yang cantik itu menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Agama Tajung Kling.
Anak Mak Limah
Anak
Mak Limah yang cantik itu
Anak Mak Limah yang cantik itu
Tayar basikal adik _____________ kerana tercucuk paku di atas jalan.
susut
lembik
kempis
bengkok
Shukri rindu _____________ ibunya di kampung.
akan
dengan
kepada
terhadap
Bendera Malaysia itu ________________ ditiup angin.
berlambai-lambai
bergoyang-goyang
berlenggok-lenggok
berkibar-kibar
Kakak pulang awal pada hari ini kerana dia hanya bekerja _____________ hari.
sesetengah
semua
setengah
segala
Pasukan _____________ dari Malaysia telah berlepas ke negara jiran untuk membantu mangsa gempa bumi.
karyawan
sukarelawan
cendekiawan
negarawan
Semua pekerja bersedih atas peletakan jawatan ketua syarikat itu kerana ____________ seorang yang baik hati.
beliau
dia
kalian
baginda
Pejalan-pejalan kaki itu terpaksa mencari tempat ________________ kerana hujan lebat.
bersembunyi
bermalam
berkeliaran
berteduh
Pilih tiga ayat yang betul?
Dia tidak pernah meminta belas kasihan orang lain walaupun keluarganya miskin.
keledek yang direbuskan oleh kakak masih belum empuk.
Saya belajar menjahit daripada ibu.
Ibu risau akan ayah yang masih belum pulang lagi.
Pilih dua ayat yang betul?
Bagaimanakah kita dilarang membuang sampah di tempat itu?
Siapakah budak perempuan yang berbaju kurung merah itu?
Bagaimanakah cara membuat kuih itu?
Apakah nama murid itu?
Ayah telah ____________ seutas rantai emas untuk ibu.
menghadiahnya
menghadiahi
menghadiahkan
menghadiah
Setiap hari saya suka memasukkan baju-baju kotor ke dalam bakul khas.
memasukan
memasukkan
Antara pelajar-pelajar yang datang ke sekolah itu ialah pelajar dari sekolah berhampiran.
pelajar
pelajar-pelajar
Ibubapa dinasihatkan agar sentiasa memantau perlakuan anak-anak mereka.
ibu bapa
ibubapa
Ibu tidak membenarkan saya menonton television sehingga lewat malam.
television
televisyen
Semua pekerja di syarikat itu sentiasa berkerjasama tanpa memilih pangkat.
bekerjasama
berkerjasama
Kadang-kala ibu memarahi kakak walaupun bukan kakak yang melakukan kesalahan.
kadang kala
kadang-kala
____________ waktu cuti sekolah kamu dengan aktiviti yang berfaedah.
Kosongkan
Muatkan
Penuhi
Isikan
Encik Salim mengeluarkan wang ___________ di dalam bank untuk membiayai rawatan anaknya.
taruhan
simpanan
semakan
tabungan
_________ yang berkaitan demam denggi itu akan diadakan di dewan sekolah.
Sajian
Pamerkan
Pameran
Larangan
Kerani itu sedang mencetak penyata gaji _________ Encik Majid.
harian
akhiran
rumusan
tahunan
__________ kejayaan yang dicapai pelajar yang cacat penglihatan itu.
Ikuti
Contohi
Kecapi
Hargai
Ujian Lisan diadakan untuk menguji ________ murid-murid dalam pengucapan lisan.
kepintaran
kemahiran
kefasihan
kecekapan
Setiap pergerakan Carmila sering ________ oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang bersopan santun dan peramah.
diperhatikan
perhatian
memerhatikan
memerhati
Restoran makanan laut itu terpaksa __________ kerana menangung hutang yang banyak.
goyang kaki
lankah bendul
hutang darah
gulung tikar
Kami mendapat __________ daripada tuan rumah itu untuk melihat keadaan penduduk di kampung ini.
hitam putih
lalat hijau
halwa telinga
lampu hijau
Anak-anak Pak Shazwan _________ kerana rajin mengemas.
berat tulang
ringan tulang
ringan mulut
ayam tambatan
Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ___________ .
bekas tangan
tangan terbuka
buah tangan
panjang tangan
Erieka jarang keluar pada waktu tengah hari. Oleh sebab itu, dia digelar _________ oleh rakan-rakannya.
pisau cukur
puteri lilin
hidung tinggi
bunga dedap
Izzamie sangat _________ kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada ayah dan ibunya.
kepala angin
kepala batu
keras hati
putih mata
Hang Tuah merupakan _____________ yang sangat terkenal semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
seniman
pahlawan
sasterawan
dermawan
Usaha ___________ rumah mangsa-mangsa gempa bumi yang rosak teruk itu sedang giat dijalankan di negara jiran.
mengemas kini
membaik pulih
mengubah suai
menambah baik
Vandalisme yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat telah menyebabkan kerjaan terpaksa menanggung ____________ besar.
bayaran
kerugian
pembiayaan
perbelanjaan
Potert yang tergantung pada dinding ruang tamu rumah Ravindren itu ialah wajah _______________ datuknya yang telah meninggal dunia 30 tahun yang lalu.
arwah
mantan
mendiang
almarhum
Pasir nan ____________ dan bayu laut yang nyaman memberikan ilham kepada Afiyah untuk menulis puisi terbarunya.
menarik
menyinar
memutih
melandai
" ______________ sekeluarga kan melancong ke Pulau Pangkor pada cuti sekolah bulan hadapan, " kata Encik Ali kepada jirannya.
Dia
Anda
Kalian
Kami
Tempe diperbuat daripada kacang soya dan __________ oleh hampir semua orang.
digilai
disukai
diminati
dikagumi
Usaha ______________ obesiti dan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak perlu bermula sejak bayi lagi.
melarang
mencegah
membasmi
menghalang
Murid yang memenangi lima buah pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Seri Indah itu merupakan atlet yang _____________ .
berbakat
berpotensi
berkemahiran
berketerampilan
Tarian klasik India yang ______________ oleh penari Kelab Kebudayaan itu mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.
ditampilkan
disampaikan
dipamerkan
dipersembahkan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Miang rebung itu telah menyebabkan badan Kumari gatal-gatal.
Sikap Salaman yang miang keladi itu sangat dibenci oleh gadis di kampungnya.
Badannya miang setelah tidak mandi sejak semalam.
Baju songket yang tidak dilapit dengan kain biasa akan terasa miang apabila dipakai.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Bengkak hidung Razif setelah terkena buku lima adiknya apabila mereka bertengkar semalam.
Pak Dollah membelikan beberapa buah buku rujukan untuk anaknya belajar semasa cuti skolah.
Abang telah membeli satu buku sabun mandi di kedai sempang tiga semalam.
Pcah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ketika dia bermain di padang.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Ikatan persaudaraan akan sentiasa terjalin jika sikap saling menghormati sentiasa dipupuk antara satu sama lain.
Mak andam itu membuat ikatan kain sampin pengantin lelaki sampai kemas.
Kayu yang disimpan dibawah bangsal itu perlu ikatan yang kemas.
Ikatan kasih sayang antara adik-beradik yang telah kehilangan kedua-dua orang tua mereka sangat erat.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Fikirannya menjadi kacau apabila mengenangkan masalah yang menimpa dirinya.
Samseng itu selalu membuat kacau di tempat peniaga-peniaga yang sedang berniaga.
Suasana kampung itu agak kacau setelah kematian Ketua Kampung yang disayangi oleh mereka.
Perutnya menjadi kacau setelah dia tersalah makan makanan yang sangat pedas.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Air kopi yang dibancuh oleh kakak sangat manis rasanya.
Manis sekali senyuman gadis yang tinggal di hadapan rumahnya.
Tingkah laku anak Pak Deraman manis sehingga memikat hati Azman.
Kenangan manis Salmah hidup bersama dengan arwah suami terpahat dalam hatinya.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Api lilin itu padam setelh ditiup angin.
Semangatnya telah padam setelah mendengar cerita sedih itu.
Kereta itu telah padam enjinnya setelah dimasuki air banjir.
Dia telah padam tulisan yang diconteng pada dinding sekolah itu.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Ariffin menggunakan umpan cacing untuk memancing ikan.
Kanak-kanak sering diberi umpan gula-gula sebelum diculik.
Harimau itu diberi umpan kambing untuk menangkapnya.
Para pekerja mesti memberikan umpan kepada majikan jika ingin cepat naik pangkat.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Kemalangan itu berlaku disebabkan oleh keadaan jalan yang licin.
Dalila terpegun apabila melihat wajah Anis yang gebu dan licin itu.
Husna terhoyong-hayang lalu terjatuh apabila memijak lantai yang licin itu.
Fauzi bernazar untuk licin kepalanya jika dia lulus dalam peperiksaan.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Aliran muda merupakan tiang negara dan harapan bangsa.
Golongan remaja gemar berfesyen mengikut aliran zaman.
Kelas tambahan bagi murid aliran Satera akan diadakan pada minggu hadapan.
Aliran air longkang itu tersekat kerana banyak sampah di dalam longkang itu.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Sungguh pesat bunyi enjin pesawat tentera itu.
Umairah berlari dengan pesat sekali menuju ke garisan penamat.
Kawasan itu pesat membangun selepas pembukaan sebuah taman tema.
Teknologi digital di seluruh dunia berkembang dengan sangat pesat.
Kenal pasti kesalahan bahasa di bawah dengan memilih kata @ Frasa yang salah. Jika tiada kesalahan, pilih D
Deretan rumah-rumah kedai
yang terbakar itu
merupakan bangunan lama.
Tiada kesalahan.
Kenal pasti kesalahan bahasa di bawah dengan memilih kata @ Frasa yang salah. Jika tiada kesalahan, pilih D
Afiq ialah
murid cemerlang dalam akademik
dan kokurikulum yang menjadi kebanggaan sekolah dan keluarganya.
Tiada kesalahan
Kenal pasti kesalahan bahasa di bawah dengan memilih kata @ Frasa yang salah. Jika tiada kesalahan, pilih D
Feri yang terbakar di Jeti Kuala Perlis itu
sudah digunakan lebih daripada 20 tahun
untuk menghantar penumpnag ke Pulau Langkawi.
Tiada kesalahan
Kenal pasti kesalahan bahasa di bawah dengan memilih kata @ Frasa yang salah. Jika tiada kesalahan, pilih D
Para peserta kem kecemerlangan itu berikrar
akan memberikan komitmen yang sepenuhnya
demi untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Tiada kesalahan
Kenal pasti kesalahan bahasa di bawah dengan memilih kata @ Frasa yang salah. Jika tiada kesalahan, pilih D
Ibu menghadiahi
sebuah telefon pintar kepada kakak
yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.
Tiada kesalahan.
