wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MINGGU 10 : PENCAPAIAN SENI ZAMAN KEGEMILANGAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah tokoh yang telah membina sebuah istana bernama Qasr al –Khuldi di pinggir Sungai Dajlah?

a)

Khalifah al-Walid.

b)

Khalifah al-Hakam.

c)

Khalifah Harun al-Rasyid.

d)

Khalifah Abu Ja’far al-Mansur.

2.

· Al-Ma’mun

· Al-Mahdi

Tokoh di atas merujuk kepada pencapaian dalam bidang

a)

seni bina.

b)

seni khat dan kaligrafi.

c)

seni bina dan seni muzik.

d)

seni khat dan seni sastera.

3.

Antara berikut yang manakah BUKAN pencapaian al-Kindi dalam seni muzik?

a)

Beliau telah berjaya menemui pelbagai not muzik.

b)

Banyak menghasilkan buku-buku mengenai teori-teori muzik.

c)

Beliau berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.

d)

Karya beliau ialah On The Melodies dan Essentials of Knowledge in Music.

4.

Siapakah yang digelar sebagai Pembina Agung Kerajaan Bani Umaiyah?

a)

Yaqut al-Musta'simi

b)

Muhyiddin Ibn Arabi

c)

Khalifah Abdul Rahman II

d)

Khalifah al-Walid bin Abdul Malik

5.

Selain daripada istana dan masjid, sumbangan seni bina Islam juga boleh dilihat dalam aspek lain seperti


i. pembinaan menara-menara lampu di pelabuhan.

ii. pejabat-pejabat kerajaan

iii. penubuhan universiti

iv. balai cerap

a)

i & ii

b)

iii & iv

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

6.

Siapakah yang digelar sebagai 'Father of Music' oleh ahli muzik barat?

a)

al-Farabi

b)

al-Isfahani

c)

Muhyiddin Ibn Arabi

d)

Safi al-Din Abd al-Mu'min

7.

> Pakar dalam bidang muzik

> Hasil karya beliau yang terkenal al-Aghani


Berdasarkan kenyataan di atas, siapakah tokoh tersebut?

a)

al-Urmawi

b)

al-Isfahani

c)

Khalil bin Ahmad

d)

Muhyiddin Ibn Arabi

8.

Khalil bin Ahmad telah berjaya menghasilkan kamus muzik yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan apakah kesan sumbangan beliau itu kepada pelajar-pelajar universiti?

a)

Menjadi kenangan

b)

Menjadi pembangkit semangat

c)

Menjadikan buku teks rujukan utama

d)

Memberi idea untuk menghasilkan penulisan berkaitan muzik

9.

Antara tokoh-tokoh ilmuwan yang terkenal dalam bidang seni khat dan kaligrafi ialah


i. Ibn Muqlah

ii. Ibn Bawwab

iii. Yaqut al-Musta'simi

iv. Safi al-Din Abd. al-Mu'min

a)

i & ii

b)

iii & iv

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

10.

Terdapat sebanyak 64 buah al-Quran yang ditulis oleh Ibn Bawwab yang salah satunya ditulis dalam tulisan

a)

khat kufi

b)

khat raihani

c)

khat diwani jali

d)

khat al-Mansub

11.

Yaqut al-Musta'simi pernah digelar sebagai Qiblat al-Kuttab yang bermaksud

a)

kiblat para penulis khat

b)

kiblat para penulis buku

c)

kiblat para penterjemah

d)

kiblat para sastera

12.

Apakah contoh karya seni sastera Islam yang popular di negara-negara barat?


i. The Arabian Night

ii. Sinbad the Sailor

iii. Ali Baba and the 40 Thieves

iv. Aladin and the Magic Lamp

a)

i & ii

b)

iii & iv

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

13.

Antara intelektual Islam yang terkenal dalam seni sastera ialah

a)

Ibn Tufayl

b)

Ibn Muqlah

c)

Ibn Khaldun

d)

Ibn Bawwab

14.

Abu al-Sult Ibn Abdul Aziz banyak menggubah syair puji-pujian kepada raja untuk mencari

a)

perhatian

b)

rezeki

c)

pujian

d)

nama

15.

Seni dalam Islam tidak berprinsip 'seni untuk seni', tetapi sebagai seni kerana Allah untuk manusia. Berdasarkan kenyataan ini, siapakah yang memberi pandangan tersebut?

a)

Sayyid Qutb

b)

Ismail Faruqi

c)

Ismail Hamid

d)

al-Ghazali