WorksheetsUJIAN PERNIAGAAN
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat.
Penawaran barang dan perkhidmatan
Mewujudkan peluang pekerjaan
Menambahkan pendapatan negara
Membantu masyarakat setempat
Gambar mewakili salah satu sektor perniagaan.
Gambar menunjukkan satu aktiviti dalam sektor perniagaan. Apakah sektor tersebut?
Sektor Primer
Sektor Sekunder
Sektor Tertier
Sektor Awam
Berikut merupakan maklumat Perniagaan Kilang Batik Indah.
Jualan Tahunan : 5 Juta
Bilangan Pekerja Tetap : 70 orang
Saiz perniagaan Syarikat Batik Indah ialah
Besar
Sederhana
Kecil
Antarabangsa
Apakah tujuan penubuhan organisasi bermotifkan untung ditubuhkan?
Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
Mementingkan kebajikan ahli dan masyarakat setempat
Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.
• Hal ehwal syarikat dirahsiakan
• Tidak bebas pindah milik syer
- Liabiliti terhad
Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?.
Usaha sama
Koperasi
Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat Perkongsian
Guru
Buruh binaan
Penternak ayam
Pemilik Salon Rambut
Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu bentuk perniagaan.
-Dimiliki dan dikawal oleh seorang individu sahaja
-Sumber pembiayaan seperti simpanan pemilik, pinjaman dan saudara –mara
-Dikenakan cukai pendapatan perseorangan.
Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?
Koperasi
Perkongsian
Syarikat Berhad
Milikan Tunggal
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan OBBU?
Mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Memaksimumkan keuntungan
Menjaga kebajikan ahli
Mendaftar dengan SSM
Perniagaan manakah merupakan perniagaan berskala global?
Kedai Perabot Mega
Syarikat Penerbangan Air Asia
Pasar Raya Nirwana
Kilang Kek Merry
Maklumat di bawah berkaitan rakan kongsi, Encik Malik.
Encik Malik ialah rakan kongsi kepada sebuah restoran bersama Encik Halim. Beliau tiada masa untuk terlibat dalam hal ehwal perniagaan restoran, memandangkan beliau sibuk dengan tugas sebagai pengurus di sebuah syarikat pembinaan.
Apakah jenis rakan kongsi tersebut?
Rakan kongsi aktif
Rakan kongsi lelap
Rakan kongsi berhad
Rakan kongsi nominal
Manakah merupakan kelebihan perniagaan milikan tunggal?
Tidak perlu membayar cukai pendapatan
Pemilik menikmati tanggung terhad
Pemilik bebas membuat keputusan
Perniagaan adalah berterusan
Mengapakah organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) menjual barang pada harga di bawah kos?
Untuk mempromosikan barang
Untuk mengusir pesaing dari pasaran
Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang berkemampuan
Untuk meningkatkan keuntungan pada jangka panjang
Apakah tanggungjawab francaisi?
Menyediakan latihan kepada pekerja
Menjalankan promosi secara berkala
Membangunkan produk baharu
Membayar fi atau royalti kepada francaisor
Manakah yang boleh dikategorikan sebagai perniagaan bersaiz kecil?
Kilang pakaian
Kedai kek dan biskut
Loji penapisan minyak
Pengeluaran ubat-ubatan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti yang dijalankan dalam sektor tertier?
Pelancongan
Pembinaan
Perlombongan
Perkilangan
Apakah kesan prinsip koperasi iaitu kebebasan autonomi kepada anggota koperasi?
Anggota berhak menuntut dividen
Kebajikan setiap anggota dilindungi
Anggota wajib terlibat dalam pengurusan
Anggota mesti terlibat dalam aktiviti komuniti
Gambar menunjukkan suatu perniagaan. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri perniagaan di atas?
I Liabiliti terhad
II Mudah ditubuhkan
III Kadar cukai rendah
IV Menikmati ekonomi bidangan
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan milikan tunggal?
Mudah ditubuhkan
Liabiliti tidak terhad
Cukai pendapatan perseorangan
Risiko kerugian boleh ditanggung bersama
Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor penentuan saiz perniagaan?
Jumlah jualan tahunan
Jumlah kos perniagaan
Jumlah syer di pasaran
Jumlah aset yang dimiliki
Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti perniagaan yang diklasifikasikan sebagai sektor kedua?
Perniagaan runcit
Pembinaan jalanraya
Perkhidmatan insurans
Penanaman kelapa sawit
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu skala perniagaan.
"Syarikat Changlun Ekspres menyediakan perkhidmatan pernghantaran segera ke seluruh Malaysia."
Apakah skala perniagaan Syarikat Changlun Ekspres?
Skala perniagaan zon
Skala perniagaan global
Skala perniagaan kebangsaan
Skala perniagaan tempatan
Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
A Menyediakan infrastruktur
B Menyediakan bantuan pelaburan
C Memajukan sistem pendidikan usahawan
D Menaja pembangunan perniagaan setempat
Yang manakah kesan deflasi?
A Berlaku guna tenaga penuh
B Kuasa beli pengguna meningkat
C Wujud lambakan barang atau perkhidmatan dalam pasaran
D Permintaan terhadap barang atau perkhidmatan meningkat secara berterusan
Yang manakah tanggungjawab Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?
A Mendaftar perniagaan
B Mengawal penetapan harga
C Menggubal undang-undang syarikat
D Membantu mempromosi syarikat ke luar negara
Apakah faktor yang menyebabkan pengangguran bermusim berlaku?
A Pekerja tamat kontrak
B Pekerja diberhentikan
C Pekerja tiada kemahiran teknologi
D Pekerja mendapat pekerjaan baharu
Apakah yang dimaksudkan dengan taraf perintis?
mendapat status perniagaan tidak perlu membayar cukai
potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport makanan
perniagaan baharu tidak perlu membayar cukai dalam satu tempoh masa
Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport barang tempatan
Yang manakah merupakan pembiayaan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada peniaga?
Skim Pembiayaan Pengangkutan
Skim Pembiayaan Kecil
Skim Jaminan Laluan Terus
Skim Pembiayaan Profesional
Yang manakah merupakan hak pihak berkuasa tempatan menggubal undang-undang kecil?
Pasar
Penjaja
Alam sekitar
Pelesenan
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.
Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas
Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?
Gaya pengurusan sokongan
Gaya pengurusan autokratik
Gaya Pengurusan demokratik
Gaya pengurusan laissez-faire
Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para peniaga ?
MARA
MARDI
FELDA
SIRIM
Rajah menunjukkan keadaan trend persekitaran sebuah perniagaan.
Apakah faktor luaran yang menyebabkan keadaan demikian berlaku?
Pekerja kurang bermotivasi
Keadaan ekonomi semakin lembab
Strategi pemasaran yang kurang berkesan
Kos pengeluaran semakin meningkat
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.
- Nelayan
- Petani
Apakah jenis pengangguran yang dihadapi oleh kedua-dua jenis pekerjaan tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
Apakah itu deflasi?
Satu keadaan apabila kadar pengangguran berada pada tahap yang tinggi
Satu keadaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara langsung
Satu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Satu keadaan apabila harga barang dan perkhidmatan naik secara mendadak
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan deflasi?
Penduduk kehilangan pekerjaan
Kuasa beli penduduk meningkat
Kadar faedah benar adalah rendah
Membantutkan aktiviti perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah agensi kerajaan yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan?
Rajah yang berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan
Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan di atas?
I. Berskala global
II. Perniagaaan bersaiz besar
III. Terlibat dalam sektor kedua
IV. Menyediakan perkhidmatan langsung
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Manakah yang disediakan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
Skim Pembiayan Am
Skim Pembiayaan Ikhtiar
Skim Jaminan Laluan Terus
Perkhidmatan menyewa jentera
Pernyataan manakah yang tidak berkaitan dengan konsep asas perniagaan?
Melatih tenaga kerja mahir
Melakukan pertukaran nilai
Menyediakan barang dan perkhidmatan
Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
Soalan berdasarkan petikan berikut
gula, beras dan minyak masak adalah antara barang keperluan asas yang dijual pada harga subsidi.
Hal ini bermakna barang tersebut
dijual pada harga kos
dijual di atas harga kos
dijual dibawah harga kos
diberikan secara percuma
Petikan berikut berkaitan dengan satu bentuk perniagaan di Malaysia.
KFC & Marrybrown
Apakah bentuk perniagaan tersebut?
francais
usahasama
perkongsian
milikan tunggal
