Font size
WorksheetsJENIS-JENIS AYAT
Total questions: 15
Worksheet time: 7mins
Ayat bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada 4 jenis.
Yang manakah antara berikut, bukan kategori jenis-jenis ayat.
Ayat Perintah
Ayat Tanya
Ayat Seruan
Ayat Aktif
Ayat Penyata
Berikut merupakan jenis ayat penyata, kecuali?
Mereka berkumpul di padang sekolah.
Bangunan sekolah sudah tua.
Di manakah saudari tinggal?
Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.
Yang manakah merupakan jenis ayat perintah?
Ayat permintaan
Kata kerja
Kata nama
Simpulan bahasa
Arahan : Bina ayat tanya berpandukan ayat penyata di bawah.
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Guru Besar.
(a)
Arahan : Bina ayat tanya berpandukan ayat penyata di bawah.
Kempen menabung itu dilancarkan di sebuah bank terkemuka.
(a)
Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat permintaan
Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada urus setia.
Ayat permintaan
Ayat Silaan
Ayat Suruhan
Ayat Larangan
Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat permintaan
Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.
Ayat permintaan
Ayat Silaan
Ayat Suruhan
Ayat Larangan
Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat permintaan
“Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang tamu,” kata kakak kepada jirannya.
Ayat permintaan
Ayat Silaan
Ayat Suruhan
Ayat Larangan
Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat permintaan
“Sila penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata pengerusi majlis kepada para hadirin.
Ayat permintaan
Ayat Silaan
Ayat Suruhan
Ayat Larangan
Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat permintaan
Usah dikenang peristiwa yang sedih itu.
Ayat permintaan
Ayat Silaan
Ayat Suruhan
Ayat Larangan
Ayat penyata juga dikenali sebagai?
Ayat Berita
Ayat Majmuk
Ayat Keterangan
Ayat Permintaan
Nyatakan kata seru yang bersesuaian dengan penyataan di bawah.
(Contoh : Ah, Aduh, Aduhai, Amboi, Cis, Eh, Hai, Nah, Oh, Wah, Wahai, Syabas)
-> menyatakan penolakan atau rasa tidak setuju.
(a)
Nyatakan kata seru yang bersesuaian dengan penyataan di bawah.
(Contoh : Ah, Aduh, Aduhai, Amboi, Cis, Eh, Hai, Nah, Oh, Wah, Wahai, Syabas)
-> untuk menyatakan perasaan marah , benci, mencemuh atau marah bercampur jijik.
(a)
Soalan Buku Teks (m/s 212)
Nyatakan jenis ayat bagi ayat berikut:
"Semua PP5G, sila berikan laporan."
Ayat Silaan
Ayat Permintaan
Ayat Larangan
Ayat Suruhan
Berikut merupakan jenis-jenis ayat yang sesuai berdasarkan gambar di atas, kecuali.....
Ayat Penyata
Ayat Seruan
Ayat Majmuk
Ayat Perintah
