Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tadbir Urus - Kementerian

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan peranan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, kecuali...

a)

Memperkasakan sektor pelancongan dan kebudayaan bagi meningkatkan ekonomi negara

b)

Memperkasakan seni, budaya dan warisan

c)

Meningkatkan pendidikan yang berkualiti

d)

Mempromosikan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia

2.

I. Memastikan keselamatan negara terjamin

II. Melaksanakan Dasar Keselamatan Negara


Peranan yang dinyatakan di atas merupakan peranan kementerian...

a)

Kementerian Pendidikan

b)

Kementerian Pertahanan

c)

Kementerian Kesihatan

d)

Kementerian Pengajian Tinggi

3.

I. Mempromosikan aktiviti pencegahan penyakit denggi

II. Merancang prosedur operasi standard (SOP) dalam pencegahan penularan COVID-19

III. Menguatkuasakan undang-undang dalam pencegahan pandemik

IV. Menyediakan perkhidmatan yang mampu menjamin kesihatan rakyat


Pilih pernyataan yang benar berkenaan Kementerian Kesihatan

a)

I, II & III

b)

I,II & IV

c)

II, III & IV

d)

Semua di atas

4.

I. Memastikan pendidikan yang berkualiti dan latihan yang dinamik

II. Melahirkan graduan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara


Pernyataan di atas merupakan peranan...

a)

Kementerian Pendidikan

b)

Kementerian Pengajian Tinggi

c)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

d)

Kementerian Dalam Negeri

5.

I. Memastikan kemajuan perumahan yang sempurna, selesa dan seimbang, lengkap dengan segala kemudahan sosial & rekreasi

II. Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang gender.

III. Memberikan nasihat bagi meningkatkan penyertaan dan peranan aktif keluarga dan masyarakat yang memerlukan sebagai penerima faedah pembangunan negara

IV. Merancang program ke arah mempertingkatkan kemahiran & pengetahuan bagi kumpulan sasaran terutamanya wanita


Pilih pernyataan yang benar mengenai peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

a)

I,II & III

b)

II, III & IV

c)

I, III & IV

d)

Semua di atas

6.

Melahirkan belia yang bertanggungjawab, mempunyai daya kepimpinan yang baik, dinamik dan berdaya maju melalui berbagai-bagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.


Pernyataan tersebut merupakan peranan kementerian...

a)

Kementerian Sumber Manusia

b)

Kementerian Belia & Sukan

c)

Kementerian Kesihatan

d)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

7.

~ Pembentangan belanjawan tahunan negara

~ Menguruskan peruntukkan kewangan bagi kementerian, agensi dan badan-badan berkanun


Pernyataan di atas merupakan tanggungjawab kementerian...

a)

Kementerian Sumber Manusia

b)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

c)

Kementerian Kewangan

d)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

8.

I. Melaksanakan tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana

II. Mengeluarkan permit penerbitan dan lesen mesin cetak

III. Merancang, melaksana dan memantau aktiviti khidmat sokongan untuk bahagian dan jabatan


Pernyataan di atas merupakan peranan kementerian...

a)

Kementerian Sumber Manusia

b)

Kementerian Kewangan

c)

Kementerian Dalam Negeri

d)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

9.

Sawai membeli barangan keperluan dapur di E-mart. Selepas selesai pembelian, Sawai menyemak semula resit pembayaran dan mendapati bahawa harga barangan bagi santan tidak sama dengan harga yang dipamerkan di dalam kedai. Sawai boleh membuat aduan berkenaan isu tersebut kepada kementerian....

a)

Kementerian Kewangan

b)

Kementerian Sumber Manusia

c)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna

d)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

10.

Kementerian Kerja Raya memainkan peranan dalam membuat kajian dan perancangan pembinaan jalan dan lebuh raya.


Berikut merupakan jabatan dan agensi yang terlibat dalam Kementerian Kerja Raya, kecuali...

a)

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

b)

Lembaga Arkitek Malaysia

c)

Pusat Pembangunan Perkhidmatan Profesional

d)

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

11.
Badan-badan utama dalam sistem pentadbiran Malaysia adalah seperti berikut KECUALI
a)
Badan perundangan.
b)
Badan penyelarasan.
c)
Badan kehakiman.
d)
Badan eksekutif.
12.
Perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab bersama antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri melalui peruntukan senarai bersama ialah  __________.
a)
Biasiswa
b)
Keselamatan dalam negara
c)
Undang-undang sivil dan jenayah
d)
Kewarganegaraan
13.
Manakah antara yang berikut, wujud dalam portfolio kementerian?
   I.  Pegawai Daerah  
II. 
Ketua Setiausaha
 
III. 
Setiausaha Politik
 
IV. 
Timbalan Menteri
a)
i, ii dan iv
b)
i,ii dan iii
c)
 i,iii dan iv
d)
ii, iii dan iv
14.

Antara berikut, yang manakah TIDAK BENAR mengenai Kabinet/Jemaah Menteri?

a)

Diketuai oleh Perdana Menteri

b)

Kabinet adalah agensi tertinggi penggubal dasar Negara

c)

Ahli Jemaah Menteri dilantik oleh Perdana Menteri

d)

Kabinet akan dibubarkan sekiranya Parlimen dibubarkan

15.

perdana menteri berperanan sebagai

a)

ketua whip di parlimen

b)

ketua jemaah menteri

c)

penasihat perundangan kepada YDPA

d)

pensihat majlis keselamatan negara

16.
** Merancang dan melaksanakan dasar serta program untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.
** Membangunkan kaum hawa dengan memberi latihan agar mereka dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Pernyataan di atas merujuk kepada
a)
A. Kementerian Belia dan Sukan
b)
B. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
c)
C. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
d)
D. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
17.

Yang manakah berikut merupakan tugas Setiausaha Jemaah Menteri?

a)

A Memanggil mesyuarat Jemaah Menteri

b)

B Mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri

c)

C Memberi cadangan dan pendapat dalam mesyuarat Jemaah Menteri

d)

D Menyampaikan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri kepada badan-badan pelaksana

18.

Jemaah Menteri bertanggungjawab secara bersama kepada

a)

Parlimen

b)

Perdana Menteri

c)

Majlis Raja-Raja

d)

Yang di-Pertuan Agong

19.

Yang manakah tugas Kabinet?

a)

melantik setiausaha politik

b)

merancang dasar pembangunan negara

c)

meluluskan anggaran belanjawan

d)

membuat pindaan perlembagaan

20.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang keperluan diadakan mesyuarat kabinet?

a)

membincangkan sesuatu dasar awam negara

b)

meluluskan segala perbelanjaan kerajaan persekutuan

c)

meneliti senarai nama dan melantik Menteri dan Timbalan Menteri

d)

meluluskan draf rang undang-undang sebelum dibawa ke Parlimen