WorksheetsMINGGU 13 : ISU-ISU KONTEMPORARI(PENULISAN & FESYEN)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
”Penulisan khat basmallah berupa orang yang sedang duduk membaca tahiyyat adalah ditegah dan dilarang” (Fatwa Kebangsaan, 1 Jan 1970)
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan?
Dibaca, didengari dan dilihat.
Difahami, dilihat dan dihayati.
Dibaca, difahami dan dihayati.
Difahami, didengari dan dilihat.
Ø Melabuhkan pakaian
Ø Pakaian tidak ketat dan tidak jarang
Pernyataan di atas merujuk kepada
adab pemakaian seseorang.
adab pemakaian menurut Islam.
pembentukan akhlak seseorang.
pembentukan akhlak menurut Islam.
Antara berikut manakah kesan pemakaian yang tidak menepati syariat Islam?
Melahirkan kebanggaan dalam diri seseorang.
Memperagakan pemakaiannya kepada khalayak ramai.
Memberi galakkan kepada orang sekeliling untuk melihatnya.
Menimbulkan fitnah serta mengundang jenayah daripada berlaku.
”Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.”
Berdasarkan pernyataan di atas apakah yang anda faham mengenai fesyen pemakaian Islam?
Penentangan terhadap tabiat semulajadi manusia.
Perempuan dan lelaki mempunyai perbezaan dan keistimewaan masing-masing.
Lelaki atau perempuan tidak boleh menyerupai jantina yang lain dari segi cara percakapan, berjalan atau berpakaian.
Lelaki atau perempuan tidak boleh menyerupai jantina yang lain dari segi pemakaian kecuali cara percakapan dan cara berjalan dibenarkan.
Antara berikut, yang manakah merupakan larangan Rasulullah terhadap pemakaian lelaki?
Kasut kulit.
Baju sutera.
Cincin perak.
Pakaian yang dicelup ahmar.
Mengapakah menjadi haram kepada wanita mewarnakan rambut?
i. Tujuan berjihad.
ii. Sekadar suka-suka.
iii. Dengan niat untuk menunjuk-nunjuk.
iv. Bertabarruj kepada selain daripada suami.
i dan ii
i dan iii
ii,iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Manakah antara berikut merupakan pengecualian kepada larangan memakai bulu mata palsu dan rambut palsu?
Kecacatan sementara.
Penyakit yang boleh disembuh.
Seseorang yang mengalami kecacatan.
Mengalami kemalangan yang tidak terdapat sebarang kecederaan.
Harus menanam rambut di kepala dengan syarat __________.
menggunakan rambutnya sendiri.
memperelokkan diri daripada keaiban.
memberi sebarang kesan yang mudarat.
menggunakan bahan yang suci dan najis.
Seorang wanita haram menyambung rambut dengan menggunakan______________.
tali
getah
perca kain
bulu binatang
Antara berikut, yang manakah menunjukkan hukum mewarnakan rambut adalah makruh?
Berhias untuk suami.
Berjihad ke jalan Allah.
Kelihatan seperti orang soleh.
Tujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Pakaian yang bagaimanakah menepati syariat Islam?
Pakaian labuh dan berbelah.
Tudung singkat dan bersarung kaki.
Tudung menutupi dada dan bersarung kaki.
Pakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh.
Mengapakah seni penulisan ayat-ayat al-Quran mengikut reka bentuk alat permainan tidak dibenarkan?
Kerana ditulis dengan sempurna.
Menekankan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan.
Menimbulkan kekeliruan dan kefahaman kepada pembaca.
Bercampur aduk dengan ayat-ayat lain sehingga mengelirukan pembaca.
Apakah hukum penulisan khat ayat-ayat al-Quran yang ditulis secara terputus-putus sehingga mencacatkan atau mengelirukan serta mengubah makna ayat al-Quran?
Sunat
Harus
Haram
Makruh
Bertabaruj dibenarkan di hadapan
suami
saudara mara
kawan-kawan
orang-orang bukan Islam
Diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum berkahwin untuk menggunakan inai terhad dipergelangan kedua-dua tangan dan buku lali kaki sahaja, selagi tidak menimbulkan____________.
syahwat.
maksiat.
fitnah.
dosa.
