NEW
Font size
WorksheetsKuiz Sejarah T3 (Bab 3-5)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
1. Bagaimanakah British memanipulasi campur tangan di Selangor?
A Perebutan takhta
B Perbalahan pembesar
C Perang Klang
D Pertabalan Sultan
2. Maklumat berikut berkaitan desakan dan paksaan British di Pahang.
Kematian seorang lelaki berbangsa Cina bernama Goh Hui di perkarangan istana.
Apakah alasan British terhadap Pahang sehingga dipaksa menerima perlindungan?
A Ketidakadilan
B Kelemahan sultan
C Kekacauan
D Kemakmuran ekonomi
3. Pelaksanaan Sistem Residen memperlihatkan British mengukuhkan kuasa di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Apakah ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu?
A Sultan sebagai ketua pentadbiran kerajaan persekutuan
B Negeri-negeri Selat menjadi pusat pentadbiran
C Dikenali sebagai Persekutuan 1896
D Meneruskan sistem pentadbiran tradisional
4. Durbar ditubuhkan untuk mendapat sokongan Raja-raja Melayu terhadap Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Ahli-ahli Durbar yang terdiri dari Raja Melayu dan Pesuruhjaya
Tinggi British.
Manakah antara berikut yang mencerminkan nilai antara Raja-raja Melayu sebagai pelindung orang Melayu?
A Bertangungjawab
B Menghargai
C Nasionalisme
D Berkorban
5. Apakah perubahan yang dialami oleh Negeri-negeri Melayu Utara berikutan perjanjian berikut?
Perjanjian Bangkok 1909
A Mempertuankan Siam
B Menerima penasihat British
C Menjadi jajahan takluk British
D Memansuhkan sistem pemerintahan beraja
6. Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian di antara British dan Siam.
Apakah yang hendak dicapai oleh British melalui perjanjian tersebut?
A Hubungan baik dengan Siam
B Meluaskan pengaruh ke Siam
C Menentukan sempadan Siam-Kelantan
D Meluaskan kuasa ke Negeri-negeri Melayu Utara
7. Maklumat berikut berkaitan dengan strategi British menguasai Johor.
British menawarkan pinjaman sebanyak 200,000 dolar kepada Johor
Mengapakah Sultan Johor menolak tawaran British tersebut?
A British mahu menempatkan penasihat British
B British mahu membeli Kesang daripada Sultan Ali
C British mahu memanipulasi kewangan Johor
D British mahu menempatkan konsul British
8. Bagi menghadapi cabaran British, pemerintah Johor telah berjaya mengekalkan kedaulatan negeri Johor hingga tahun 1914 dengan melaksanakan pelbagai pemodenan.
Bagaimankah usaha ini dilakukan?
I Menerima Penasihat British
II Mencontohi pentadbiran British
III Memajukan pertanian komersial
IV Menyertai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
9. Apakah syarat utama yang perlu dipatuhi oleh SBUB untuk menerima Piagam Diraja daripada pihak British?
A Mempertahankan masyarakat peribumi
B Membayar konsesi kepada pihak British
C Memajukan tanaman dagangan
D Mengiktiraf kuasa British
10. Siapakah hakim Mahkamah Anak Negeri di Sabah?
A Ketua Adat
B Ketua kampung
C Ketua Majistret
D Ketua Anak Negeri
