Worksheetslatihan bahasa melayu tahun 3
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Ibu pergi ke ____________ membeli ikan.
sungai
rumah
pasar
tasik
Pelajar-pelajar yang tinggal di luar negeri tinggal di ________.
hotel
bangsal
asrama
hospital
Kapal tangki itu singgah di ____________.
stesen
pelabuhan
lapangan terbang
perhentian
Banduan-banduan itu ditahan di dalam _________.
makmal
pentas
istana
penjara
Kereta-kereta yang rosak dihantar ke _________ untuk dibaiki.
bengkel
kilang
zoo
klinik
Pilih jawapan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris.
Keadaan negeri itu aman.
damai
senang
huru-hara
susah
Kakinya ___________ kerana duduk terlalu lama.
semut-semut
anai-anai
kuda-kuda
layang-layang
Budak kecil itu nampak pendiam __________ berani.
serta
tetapi
apabila
ataupun
Emak __________ air yang sejuk itu.
dipanaskan
memanas
memanaskan
terpanaskan
Kakinya terluka kerana ____________ paku.
memijak
dipijak
berpijak
terpijak
___________, Salma, Jarjit ! Kamu berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu.
Nah
Amboi
Syabas
Wah
" __________, cantiknya jam tangan kamu! Jam Tangan baharu ? " kata Aina kepada Ahmad.
Oh
Amboi
Wah
Alamak
"_________, ambillah duit ini "
Nah
Cis
Aduh
Wah
________ ,pasti banyak aktiviti yang menyeronokkan di sana
Aduh
Cis
Amboi
Oh
_________,Sakitnya Kaki saya!
Oh
Wah
Aduh
Amboi
_______, bagaimana kamu boleh berada di situ!
Eh
Wah
Aduh
Amboi
________, Berani kamu mencabar saya!
Syabas
Cis
Amboi
Wah
_________,Kamu mendapat keputusan cemerlang!
Syabas
Eh
Nah
Cis
Ibu sedang menyiram bunga.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Tan Jia Xiang mengambil buku cerita lalu membaca buku itu.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Dia menangis kerana sakit perut.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Cikgu Amar membeli Samsung S9
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Eugene dan Megat bersekolah di SMK Horley Methodist.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Kavi Raj membaca buku cerita sambil mendengar radio.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Mereka berjalan kaki ke sekolah.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Rizal membuka begnya lalu memasukkan beberapa buah buku.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Peserta yang pengsan itu bernama Farhan.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Adik saya suka menonton rancangan kartun.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Setiap hari Rosli_______________ basikal ke sekolah.
membawa
membonceng
menunggang
memandu
Jejaka yang ________________ itu abang saya.
manis
jelita
cantik
tampan
Samat memancing ikan menggunakan_______________ daripada buluh.
batang
joran
umpan
jala
Nurul mengikat bungkusan itu dengan ______________ tali.
urat
utas
gulung
lembar
Kemalangan itu berlaku_________________ pukul 11.00 malam tadi.
pada
dari
daripada
kepada
Abangnya mahir __________ bidang kejuruteraan.
dengan
untuk
antara
dalam
Saleh masih bermain bola di padang______________ hari hujan.
sehingga
walaupun
sekiranya
seterusnya
Nurhidayu ialah pelajar terbaik _____________pada tahun lalu.
hospital
dewan
sekolah
kantin
Kami terpaksa memakai pakaian yang ___________kerana berada di tempat sejuk.
kasar
tebal
nipis
jarang
Nabilah membawa ________________ ketika menziarai neneknya di Hospital Selayang.
buah tangan
buah hati
buah mulut
buah fikiran
Susunan perabot di kelas itu sungguh rapi. Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris.
cantik
lurus
kemas
baik
Dia tidak sedar bahawa barang yang dibelinya itu memang asli. Pilih perkataan antonim bagi perkataan yang bergaris.
lama
tahan
pudar
tiruan
"Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.
kita
kami
saya
mereka
Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
Dia
Kita
Kami
Mereka
"Jika _______ ada masalah sila jumpa saya," kata Cikgu Sarah kepada saya.
mereka
kamu
kami
dia
Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
Dia
Kami
Awak
Saya
Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
dia
kami
kamu
beliau
"Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.
dia
kita
kamu
mereka
Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.
mereka
awak
saya
kami
"Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
kamu
awak
kami
saya
Pertahanan negara perlu diperkuat ___________ keamanan negara sentiasa terjamin.
agar
untuk
hingga
bahawa
__________ hujan turun, pasukan bola sepak itu masih bermain di padang.
Semoga
Tatkala
Hingga
Supaya
