Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI T4: ULANGKAJI BAB 3.1 & 3.2

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Manusia zaman dahulu menjalankan sistem tukar barang untuk urusniaga. Apakah nama sistem tersebut ?

a)

Sistem Napoleon

b)

Sistem Barter

c)

Sistem Pertukaran

d)

Sistem Kewangan

2.

Masalah simpanan nilai dalam sistem untuk tukar barang bermaksud

a)

barang tak dapat dinilai dengan baik

b)

barang tidak bernilai langsung

c)

barang tidak tahan lama

d)

barang mempunyai nilai pelbagai

3.

Nik Ilya membeli satu kilogram ikan kembung dan membayarnya dengan harga RM12 kepada penjual ikan. Fungsi wang dalam situasi itu ialah

a)

Alat ukuran nilai

b)

Alat bayaran tertunda

c)

Alat simpanan nilai

d)

Alat perantaraan pertukaran

4.

Yang mana satukah strategi Bank Negara Malaysia untuk menjaga kestabilan nilai ringgit?

a)

Mengawal inflasi

b)

Menaikkan kadar faedah

c)

Mengawal aliran masuk mata wang asing

d)

Mengurangkan jumlah wang dalam ekonomi.

5.

Wang membantu dalam membuat perbandingan antara barang. Fungsi wang adalah sebagai alat

a)

Bayaran tertunda

b)

Simpanan nilai

c)

Perantaran pertukaran

d)

Ukuran nilai

6.

Pernyataan manakah yang merujuk kepada kepada peranan bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan?

a)

Menurunkan kadar rizab berkanun

b)

Menjadi sumber pinjaman terakhir

c)

Menjual dan membeli surat jaminan kerajaan

d)

Mentadbir hutang kerajaan

7.

Bank pusat menyimpan dan menguruskan akaun kewangan dan akaun pinjaman kerajaan.

Manakah yang merujuk kepada pernyataan di atas?

a)

Mengurus pertukaran wang

b)

Mengurus hutang negara

c)

Mentadbir akaun negara

d)

Memberi nasihat pelaburan

8.

Pilih pernyataan yang benar mengenai akaun simpanan tetap?

a)

Pemegang akaun akan diberi buku bank

b)

Pulangan faedah diperoleh setelah cukup tempoh matang

c)

Pemegang akaun boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa

d)

Pulangan faedah lebih rendah dari akaun simpanan

9.

Apakah kemudahan yang disediakan oleh bank perdagangan yang membolehkan individu membayar bil utiliti?

a)

perintah sedia ada

b)

debit langsung

c)

draf bank

d)

pindahan kredit

10.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan akaun yang boleh membayar dengan cek

a)

Akaun simpanan

b)

Akaun semasa

c)

Akaun simpanan tetap

11.

Apakah fungsi bank perdagangan?

a)

Menyediakan kemudahan akaun semasa

b)

Mengawal kestabilan nilai mata wang

c)

Mengeluarkan mata wang

d)

Mengawal inflasi

12.

Pernyataan manakah yang menerangkan sektor utama?

a)

Membina jalan raya

b)

Menawarkan perkhidmatan terus kepada pengguna

c)

Mengeluarkan bahan mentah daripada alam semula jadi

d)

Memproses bahan mentah menjadi barang siap dan separuh siap

13.

Apakah aktiviti yang tergolong dalam sektor kedua? (SPM 2015)

a)

Perlombongan dan perkhidmatan insurans

b)

Perusahaan tekstil dan perkhidmatan hotel

c)

Pembinaan rumah dan perusahaan perabot

d)

Penanaman kelapa sawit dan pembinaan jalan raya

14.

Antara aktiviti yang berikut manakah yang tidak tergolong dalam sektor ketiga?

a)

Penjualan tiket bas di Hentian Putra

b)

Kilang membuat barangan elektrik

c)

Aktiviti jualan langsung

d)

Pembayaran balik ansuran kereta kepada syarikat kewangan

15.

Antara berikut yang manakah faedah sampingan?

a)

Upah

b)

Rawatan perubatan

c)

Pejabat berhawa dingin

d)

Peluang kenaikan pangkat

16.

Faktor manakah yang tidak mempengaruhi pemilihan pekerjaan?

a)

Kepuasan kerja

b)

Pendapatan firma

c)

Faedah sampingan 

d)

Waktu bekerja

17.

Pekerjaan sebagai kerani berisiko _________ berbanding pencuci bangunan.

a)

Tinggi

b)

Awam

c)

Rendah

d)

Swasta

18.

Antara yang berikut, manakah yang menerangkan upah benar?

i upah yang diterima dalam bentuk wang

II digunakan untuk menentukan taraf hidup individu

III merujuk kepada kemampuan upah wang untuk membeli barang

IV keupayaan menghasilkan barang dan perkhidmatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

maklumat di bawah berkaitan dengan suatu jenis pendapatan individu


"X merupakan ganjaran kepada individu yang menangguhkan perbelanjaan masa kini'


Ganjaran X ialah

a)

upah

b)

sewa

c)

faedah

d)

untung

20.

Encik Luis merupakan seorang pesara di Sabah dan mempunyai simpanan di Amanah Saham Nasional sebanyak RM 200 000. Beliau juga memiliki sebuah gerai makanan di kampungnya. Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Luis?

a)

upah, sewa, untung

b)

bayaran pindahan, untung, dividen

c)

bayaran pindahan, sewa, untung

d)

dividen, upah, sewa, untung dan bayaran pindahan

21.

Pendapatan individu dipengaruhi oleh

a)

pilihan kerjaya

b)

pilihan pendidikan

c)

keadaan negara

d)

keusahawanan

e)

keadaan ekonomi

22.

Semasa berlaku kemelesatan ekonomi, pendapatan individu mengalami kemerosotan

a)

Betul

b)

Salah

23.

Akauntan - Ijazah/ Sijil Profesional

Juruwang bank - SPM/ STPM

Jurujual - SPM


Antara pekerjaan di atas, pekerjaan manakah yang berupaya mempunyai tingkat gaji yang lebih tinggi?

a)

Akauntan

b)

Juruwang Bank

c)

Jurujual