wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI TINGKATAN 1

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut produk yang manakah dikategorikan dalam reka bentuk konkrit?


I Mesin

II Bahasa

III Alat muzik

IV Pengangkutan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

2.

Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri tekstur?

a)

Terbahagi kepada tiga kumpulan

b)

Mempunyai pandangan tiga dimensi

c)

Mempunyai permukaan yang licin, kasar atau kesat

d)

Mempunyai ruang yang dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai

3.

Rajah 1 menunjukkan prinsip kontras yang digunakan untuk menyerlahkan perbezaan.


Antara berikut ciri elemen manakah yang digunakan dalam prinsip kontras tersebut?

a)

Saiz

b)

Ruang

c)

Bentuk

d)

Tekstur

4.

Rajah 2 menunjukkan objek yang dihasilkan menggunakan suatu teknik pembinaan.


Antara berikut teknik pembinaan objek manakah yang digunakan?

a)

Peleraian

b)

Penyatuan

c)

Pembuangan

d)

Pembenaman

5.

Antara berikut yang manakah peranan reka bentuk terhadap individu?


I Melahirkan nilai-nilai estetika

II Menghasilkan reka bentuk yang serba boleh dan kaya dengan idea

III Memupuk sikap bersyukur kerana kehidupan semakin dipermudah

IV Melindungi dan memelihara etika sosial dan mempelbagaikan etika budaya

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

6.

Antara berikut manakah merupakan definisi pengurusan projek reka bentuk?

a)

Aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek

b)

Aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, iaitu skop produk, kos produk dan tempoh masa

c)

Aktiviti kerja yang mengawal pelaksanaan dan sumber agar penghasilan produk menepati kualiti dan masa yang ditetapkan

d)

Aktiviti kerja yang bermula daripada merancang aktiviti projek, menyediakan reka bentuk produk dan menentukan bilangan produk yang dihasilkan

7.

Antara berikut manakah merupakan contoh kos projek?


I Insurans

II Bilangan produk

III Pembayaran upah

IV Pengurusan bahan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

8.

Rajah 1 menunjukkan botol plastik yang digunakan untuk menanam sayur.


Antara berikut manakah merupakan idea reka bentuk yang digunakan?

a)

Menukar saiz objek

b)

Menterbalikkan objek

c)

Mempelbagaikan fungsi sesuatu alat

d)

Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk

9.

Antara berikut, manakah merupakan tugas utama pengurus projek?


I Penentuan projek

II Pengelolaan aktiviti

III Penentuan subutama

IV Pengawalan pelaksanaan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

10.

Susun mengikut urutan yang betul blok hubungan aktiviti melalui rangkaian.


I Milestone

II Membuat model

III Perbincangan konsep

IV Membuat lakaran idea

a)

I, III, II, IV

b)

I, III, IV, II

c)

III, IV, I, II

d)

III, IV, II, I

11.

Antara berikut manakah merupakan definisi projek brief?

a)

Satu proses perancangan produk reka bentuk yang teliti dan sistematik

b)

Satu proses perbincangan awal antara dua pihak, iaitu pengurus projek dengan pelanggan

c)

Satu proses pengurusan produk reka bentuk yang melibatkan perbincangan bersama pelanggan

d)

Satu proses perbincangan reka bentuk untuk memastikan hasil produk memenuhi kriteria yang dikehendaki

12.

Maklumat berikut adalah mengenai ciri-ciri projek brief.


Melibatkan elemen dan prinsip dalam rebabentuk

Mengambil kira produk sedia ada dalam pasaran sebagai rujukan


Berdasarkan maklumat di atas, apakah ciri projek brief tersebut?

a)

Tajuk projek

b)

Lakaran idea

c)

Kriteria produk

d)

Penghasilan mock-up atau model

13.

Antara berikut pernyataan manakah yang betul tentang perancangan dalam pengurusan projek?

a)

Memberikan gambaran awal bentuk dan fungsi produk yang akan dihasilkan

b)

Mengandungi dua perkara penting, iaitu kajian reka bentuk produk dan kajian pasaran

c)

Merangkumi skop projek, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja dan pembentukan kumpulan kerja

d)

Terbahagi kepada dua bahagian, iaitu dari segi pengurusan projek dan gambaran awal produk yang ingin dihasilkan

14.

Andrew ingin menghasilkan sebuah mock-up kapal terbang.


Antara berikut bahan manakah yang boleh digunakan untuk menghasilkan mock-up tersebut?


I Kayu

II Dawai kasa

III Foam

IV Plastik sampah

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

15.

Antara berikut pernyataan manakah yang betul mengenai mock-up?


I Dikenali sebagai model blok

II Dikenali sebagai model olokan

III Dibina mengikut saiz atau tanpa ukuran sebenar

IV Dibina menggunakan bahan dan kaedah cantuman yang sebenar

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

16.

Antara berikut yang manakah definisi lakaran?

a)

Gambaran awal bagi menunjukkan rupa atau bentuk sesuatu produk

b)

Contengan berbentuk garisan gambar dan simbol bahasa yang menerangkan sesuatu perkara

c)

Satu lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran bebas tanpa bantuan alat menulis

d)

Lukisan seni visual atau lukisan kejuruteraan yang dipersembahkan daripada pelbagai pandangan atau secara piktorial

17.

Susun mengikut urutan yang betul berkenaan proses lakaran.


I Contengan idea

II Perincian visual

III Lakaran lengkap

IV Perincian konsep asas

a)

I, IV, II, III

b)

I, II, III, IV

c)

III, I, IV, II

d)

IV, II, III, I

18.

Melalui laakaran pereka dapat menunjukkan imej secara terus dengan lebih mudah kepada pelanggan untuk pertimbangan


 Apakah peranan lakaran dalam reka bentuk berdasarkan pernyataan di atas?

a)

Asas komposisi untuk ilustrasi

b)

Ekplorasi visual perkembangan idea

c)

Mempercepatkan pembangunan konsep

d)

Medium komunikasi antara pereka dengan pelanggan

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan lakaran bebas?

a)

Lakaran yang dihasilkan dengan menggunakan komputer

b)

Lakaran yang boleh diperhalusi dengan menggunakan lakaran digital

c)

Lakaran yang spontan, ringkas dan cepat untuk tujuan melahirkan idea

d)

Lakaran yang boleh digunakan sebagai catatan aktiviti dan ekplorasi pereka

20.

Antara berikut pernyataan manakah adalah mengenai lakaran peribadi atau contengan?

a)

Lakaran tidak kemas, tidak tersusun dan dilukis di dalam buku lakaran

b)

Membantu pelanggan memahami konsep rekaan yang ingin disampaikan oleh pereka

c)

Dilakar untuk dibuat perbandingan dengan produk yang sedia ada dalam pelbagai aspek evolusi

d)

Lakaran digunakan untuk menunjukkan kesemua lakaran objek bermula daripada idea pertama hingga ke objek terakhir

21.

Antara berikut yang manakah merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam reka bentuk sistem fertigasi?


I Kos operasi

II Jenis tanaman

III Keadaan tanah

IV Keluasan tanah

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

22.

Antara berikut yang manakah digunakan bagi menggantikan fungsi tanah dalam sistem fertigasi?


I Tanah liat

II Peat moss

III Sekam padi

IV Hampas tebu

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

23.

Apakah kelebihan sistem fertigasi?

a)

Tapak tanah tidak perlu rata

b)

Penggunaan baja yang cekap

c)

Memerlukan modal yang rendah

d)

Tidak memerlukan tenaga elektrik

24.

Antara berikut alatan manakah yang digunakan untuk mengukur kepekatan larutan baja?

a)

Pam air

b)

Ec meter

c)

pH meter

d)

Pam udara

25.

Berapakah nilai pH air yang sesuai digunakan dalam sistem fertigasi?

a)

3.5 – 4.5

b)

4.5 – 5.5

c)

5.5 – 6.5

d)

6.5 – 7.5