WorksheetsBahagian Fungsian II (Tingkatan 4)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan pakej tuisyen yang akan ditawarkan oleh Pusat Tuisyen Bijak.
Pusat Tuisyen Bijak
Subjek yang ditawarkan untuk pelajar SPM: Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi.
Subjek tunggal RM70.00. Empat subjek hanya perlu RM240.00
Encik Arif bercadang untuk membuka sebuah pusat tuisyen di Taman Chai Leng, Butterworth dengan menawarkan pakej tuisyen di atas.
Apakah bahagian fungsian yang perlu ditubuhkan di pusat tuisyen tersebut?
I Pembelian
II Pengagihan
III Kewangan
IV Pentadbiran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, organisasi luar yang manakah mempunyai hubungan dan interaksi dengan sesebuah organisasi?
I Pembekal
II Peguam
III Pelabur
IV Kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah organisasi menjalinkan hubungan yang baik dengan pembekal?
Pembekal menyediakan kemudahan kredit
Pembekal membekalkan bahan mentah tepat pada masa
Pembekal mengadakan rundingan perniagaan tentang syarat perniagaan
Pembekal menawarkan perkhidmatan penghantaran bahan atau barang
Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan
Menyediakan sebut harga
Memberi khidmat teknikal kepada pengguna
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Jualan
Kewangan
Pemasaran
Pengagihan
Maklumat berikut berkaitan Encik Ilyas.
"Encik Ilyas seorang pemilik restoran menerima bahan mentah perniagaannya daripada pemborong Ikmal setiap 3 hari. Beliau membuat bayaran dengan menggunakan cek."
Encik Ilyas terlibat dalam interaksi dengan
Bank
Pembekal
Pelanggan
Agensi kerajaan
Apakah kepentingan yang diperoleh oleh peniaga yang berinteraksi dengan organisasi luar?
I Menambah sumber perniagaan
II Mewujudkan jaringan perniagaan
III Mematuhi jadual pengeluaran yang ditetapkan
IV Menggunakan dokumen perniagaan dengan cekap
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan pembangunan produk baharu.
"Ujian ke atas prototaip dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan pengguna terhadap produk yang dibangunkan."
Apakah peringkat pembangunan produk baharu yang sesuai?
Ujian pemasaran
Penyaringan idea
Analisis perniagaan
Pembangunan produk dan pengujian konsep
Bagaimanakah pengurus bahagian fungsian pengeluaran bertanggungjawab kepada kawalan semasa?
Memastikan semua input berada dalam keadaan baik
Memeriksa kualiti produk supaya berada pada standard yang betul
Memastikan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan mencukupi
Melaksanakan kawalan pengeluaran, kawalan utiliti mesin dan kawalan staf
Apakah kepentingan yang diperoleh oleh peniaga yang berinteraksi dengan organisasi luar?
I. Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
II. Boleh dicapai dalam jangka masa yang pendek
III. Sesuatu yang memberikan inspirasi kepada pekerja
IV. Terdiri daripada objektif korporat dan objektif fungsian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah peranan katalog dalam sesuatu proses aliran barang dan perkhidmatan?
Membolehkan penjual menerima pesanan belian daripada pengguna
Membolehkan penjual memujuk pengguna membuat keputusan pembelian
Membolehkan pembekal bahan mentah menuntut bayaran daripada pengeluar
Membolehkan pengguna mengetahui maklumat barang yang ditawarkan penjual
