wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASK T2 Bab 2 Algoritma

Total questions: 16

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Algoritma ialah satu ________________ untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau melengkapkan sesuatu tugas.

a)

kod atur cara

b)

arahan

c)

siri langkah

d)

gambaran grafik

2.

Algoritma boleh diwakilkan dalam bentuk ___________ dan _________________.

a)

kod arahan

b)

pseudokod

c)

carta alir

d)

carta organisasi

3.

Maklumat di atas menunjukkan algoritma dalam bentuk ___________.

a)

kod atur cara

b)

pseudokod

c)

carta alir

d)

kod arahan komputer

4.

Apakah struktur kawalan yang mungkin digunakan dalam algoritma di atas?

a)

Pilihan tunggal

b)

Dwipilihan

c)

Pelbagai pilihan

d)

Ulangan

5.

Apakah kegunaan algoritma tersebut?

a)

Untuk membilang abjad dalam satu halaman teks

b)

Untuk membilang jumlah perkataan dalam satu halaman teks

c)

Untuk mencari perkataan tertentu dalam satu halaman teks

d)

Untuk mencari kesalahan ejaan dalam satu halaman teks

6.

Antara pernyataan berikut, yang manakah adalah struktur kawalan bersarang?

a)

Jika Syarat 1 dipenuhi, laksana Pernyataan. Jika tidak, tamat.

b)

Jika Syarat 1 dipenuhi, semak Syarat 2. Jika tidak, tamat.

c)

Jika Syarat 1 dipenuhi, laksana Pernyataan 1. Jika tidak, laksana Pernyataan 2.

d)

Jika Syarat 1 dipenuhi, tamat. Jika tidak, laksana Pernyataan 1.

7.

Jaspreet telah menulis satu pseudokod yang mewakili satu struktur kawalan.

Kenal pasti struktur kawalan tersebut.

a)

Struktur kawalan ulangan for

b)

Struktur kawalan ulangan while

c)

Struktur kawalan dwipilihan

d)

Struktur kawalan pelbagai pilihan

8.

Rajah di atas menunjukkan carta alir bagi suatu struktur kawalan. Antara berikut, struktur kawalan yang manakah mewakili carta alir tersebut?

a)

Struktur kawalan ulangan for

b)

Struktur kawalan ulangan while

c)

Struktur kawalan bersarang

d)

Struktur kawalan pelbagai pilihan

9.

Antara berikut, yang manakah mempunyai tindakan berulang?

a)

Menanak nasi menggunakan periuk nasi elektrik

b)

Menjerang air di dapur untuk membancuh kopi

c)

Menukul paku ke dalam kayu

d)

Berjalan kaki ke sekolah

10.

Ralat selalunya boleh dikenal pasti dalam fasa __________.

a)

algoritma

b)

menulis pseudokod

c)

pengujian

d)

pengekodan

11.

Proses mencari dan menghapuskan ralat dipanggil ______________.

a)

pepijat

b)

penyahpepijatan

c)

pengujian

d)

pengekodan

12.

Apakah kesan ralat pada atur cara?

a)

Atur cara memberikan output yang tidak dijangka

b)

Kesilapan menaip kod atur cara

c)

Atur cara berhenti secara tiba-tiba

d)

Struktur kawalan ulangan berulang tanpa berhenti

13.

Apakah tiga jenis ralat yang boleh dijumpai dalam pengaturcaraan?

a)

Ralat sintaks

b)

Ralat masa larian

c)

Ralat pengujian

d)

Ralat logik

14.

Ralat ini menyebabkan atur cara terhenti secara tiba-tiba tanpa diduga semasa jalanan ujian.

a)

Ralat sintaks

b)

Ralat masa larian

c)

Ralat logik

d)

Ralat pengekodan

15.

Aleesa menulis pseudokod untuk satu atur cara penyelesaian masalah. Semasa jalanan ujian, terdapat ralat yang dikesan. Aleesa telah membuat kesilapan operator matematik dan output yang dihasilkan tidak seperti yang diingini. Apakah jenis ralat yang dikesan.

a)

Ralat masa larian

b)

Ralat logik

c)

Ralat pengekodan

d)

Ralat sintaks

16.

Ralat ini berlaku semasa penggunaan bahasa pengaturcaraan. Ralat ini menyebabkan mesej ralat dipaparkan.

a)

Ralat logik

b)

Ralat pengekodan

c)

Ralat sintaks

d)

Ralat masa larian