Font size
WorksheetsKATA BILANGAN DAN KATA PENGUAT
Total questions: 56
Worksheet time: 42mins
1. Kakak amat menggemari telur ayam masak ______________.
A semua
B seluruh
C separuh
D sesetengah
________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam
dengan sayur-sayuran.
A Setiap
B Segelintir
C Sebilangan
D Sebahagian
Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.
A berbagai
B pelbagai
C seluruh
D segala
____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
A Ketiga
B Tiap-tiap
C Sesetengah
D Kedua-dua
Lembu peliharaan Pak Samad ada ______________ekor?
A beberapa
B keempat
C separuh
D berapa
_____________helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke
atas mejanya.
A Seluruh
B Ribuan
C Setengah
D Beberapa
Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah_______________menderita
penyakit angin ahmar.
A berhari-hari
B berabad-abad
C bertahun-tahun
D berkurun-kurun
________________jenis cenderamata dijual di ______________ gerai itu.
A Pelbagai...setiap
B Berbagai...semua
C Beberapa...segala
D Pelbagai...segala
_______________tubuhnya terasa lemah ____________kali diserang demam
panas.
A Tiga suku...sekalian
B Setengah..beberapa
C Seluruh..sekalian
D Seluruh..setiap
Tuan Zaidi mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak
yatim.
A sebahagian
B sesetengah
C beberapa
D ribuan
______________murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
A Para
B Setiap
C Ribuan
D Setengah
Majikan itu melayani ________________pekerjanya dengan adil tanpa pilih
kasih.
A separuh
B beberapa
C sebahagian
D semua
Pihak imigresen memeriksa _______________badan penumpang kapal terbang
sebagai langkah keselamatan.
A seluruh
B setengah
C segelintir
D beberapa
Aiman sedah diberitahu ______________, tetapi dia tetap terlupa akan pesanan
itu.
A beberapa
B beribu-ribu
C berkali-kali
D beratus-ratus
______________hadirin dipersilakan menikmati jamuan ringan.
A Para-para
B Setengah
C Segala
D Para
_________________hujung bulan dia ke pasar raya itu untuk membeli belah.
A Semua
B Setiap
C Setengah
D Beberapa
Stadium itu penuh sesak dengan ___________penyokong Pasukan Hijau
Kuning.
A puluhan
B ribuan
C setiap
D separa
_____________buah tong hilang dipercayai mengandungi sisa toksik ditemukan
di tepi belukar itu.
A Beberapa
B Setengah
C Separuh
D Sebahagian
_______________kali selepas bersolat , dia mengangkat __________belah
tangannya dan berdoa kepada Tuhan.
A Beberapa..kedua-dua
B Pertama..semua
C Setiap..kedua-dua
D Setengah-setengah..dua
_____________pandangannya menjadi gelap apabila ___________belah
matanya terkena semburan cecair itu.
A Seluruh..kedua-dua
B Kedua-dua..seluruh
C Setiap..kedua-dua
D Sesetengah..semua
______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.
A Nian
B Benar
C Sekali
D Terlalu
Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.
A betul
B benar
C sekali
D paling
Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.
A paling
B sekali
C benar
D betul
Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.
A nian
B agak
C betul
D benar
Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.
A paling
B sekali
C betul
D nian
Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas.
A sungguh
B sekali
C benar
D nian
Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.
A amat
B betul
C benar
D sekali
Rasa buah durian tembaga itu _________ sedap.
A betul
B benar
C sekali
D sangat
Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.
A paling
B sekali
C betul
D nian
________ cantik pemandangan yang kamu lukis ini, puji Halim kepada Zainal.
A Sungguh
B Sekali
C Betul
D Nian
Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Yam ____________rangup.
A sekali
B betul
C amat
D nian
Suhu di dalam bilik hotel ________ sejuk sehingga saya menggigil.
A terlalu
B sekali
C betul
D nian
Pantas ___________ kuda putih itu berlari meninggalkan kuda-kuda yang lain.
A agak
B sekali
C paling
D terlalu
Haiwan yang besar ___________ di air ialah ikan paus.
A agak
B paling
C sekali
D terlalu
Antara murid Tahun 6 Rajin, Murni yang tinggi ___________.
A paling
B sekali
C agak
D terlalu
Nescafe yang dibancuh oleh Ratni manis_________rasanya.
A agak
B benar
C terlalu
D paling
Pesawat itu mendarat dengan laju _______ lalu terbabas di hujung landasan.
A paling
B sekali
C agak
D terlalu
Tulisan tangan Salina cantik dan kemas_________.
A terlalu
B paling
C benar
D agak
Cerita yang dikarang oleh Murally itu menarik _________ .
A amat
B betul
C agak
D sekali
Rasa buah durian tembaga sedap _________.
A agak
B benar
C sekali
D sungguh
Pintar __________Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang
garang itu.
A sungguh
B terlalu
C paling
D agak
Cantik ________ gambar yang kamu lukis ini, puji Halim kepada Zainal.
A terlalu
B paling
C benar
D agak
Puding jagung yang dibuat oleh kakak lembik ___________.
A agak
B betul
C paling
D terlalu
Air sungai itu jernih __________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.
A amat
B agak
C paling
D terlalu
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
A Bodoh nian kamu jika cepat mempercayai kata-kata jurujual itu.
B Sungguh kurang sopan perangai kamu.
C Betul kurus kamu sekarang.
D Lembut nian kek yang dibuat oleh Mazni itu.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
A Gulai lemak kepala ikan yang emak masak enak betul.
B Soalan-soalan ujian Bahasa Melayu kali ini susah paling.
C Datuk dan nenek paling gembira apabila cucunya pulang ke kampung.
D Kebun datuk kelihatan nian hebat di kampung itu.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
A Perangai budak-budak itu baik sekali.
B Kek yang dibuat oleh Kak Ummi nian lembut.
C Pahlawan Melayu yang nian handal ialah Hang Tuah.
D Keris Taming Sari itu tajam paling
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
A "Awal terlalu kalian sampai pagi ini, kata Encik Ali kepada anak buahnya.
B "Mengapakah nian lambat awak ke sini? tanya Encik Tan kepada Swee
Meng.
C "Siti paling cantik di mata para peminatnya, jelas seorang peminat kepada
seorang wartawan hiburan.
D "Sarifah berbaju amat tercantik pada pagi ini, kata rakan-rakannya.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
A Ramai sekali pengunjung berkelah di Teluk Batik.
B Makanan yang dijual di gerai itu nian murah dan sedap.
C Bangunan itu adalah yang paling tertinggi sekali di bandar Teluk Intan.
D Benar sukar untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ini.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
A Anak kucing itu comel sangat.
B Suara penyanyi popular itu betul merdu.
C Nani berasa paling amat lega kerana semua kerjanya telah siap.
D Rasa buah mangga muda itu kelat paling.
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I Cuaca pada hari ini panas betul.
II Samad sekali kurang minat untuk belajar.
III Pemandangan di Pulau Kapas amat indah
IV Sally kelihatan sungguh manis apabila berbaju kurung.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV
I Ruang bilik ini sangat sempit.
II Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
III Tukang masak itu handal paling memasak makanan barat.
IV Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya kerana sikapnya yang lembut
terlalu.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV
I Betul cantik tulisan kamu.
II Ibu jatuh sakit kerana sangat sedih setelah kematian ayah.
III Saya berasa senang sungguh apabila awak dapat membantu saya.
IV Pertumbuhan ekonomi negara meningkat ke tahap yang paling tinggi.
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV
I Comel nian anak kucing ini.
II Nian gemuk badan awak sejak kebelakangan ini.
III Mengapakah mahal sangat baju kegemaran saya ini?
IV Mengapakah lambat agak awak mula mengulang kaji pelajaran?
A I dan III
B III dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV
I Persembahan penyanyi itu hebat sekali.
II Makanan yang dimasak oleh ibu amat sedap sekali.
III Kura-kura amat gembira apabila berjaya mengalahkan arnab.
IV Dia berasa teramat gembira sekali setelah menjuarai pertandingan itu.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
I Chef Ali merupakan tukang masak yang handal paling di hotel itu.
II Kenapakah mahal sangat harga ikan di pasar malam itu?
III Comel sungguh bayi perempuan Puan Lim itu.
IV Cis, sungguh malangnya nasibku ini!
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
