wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan pendidikan islam tingkatan 2

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

masjid dari segi bahasa diambil dari perkataan arab ( سَجَدَ ) yang membawa maksud...

a)

tempat rukuk

b)

tempat sujud

c)

tempat solat

d)

tempat tinggal

2.

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

“Apabila salah seorang di antara kalian masuk masjid, maka shalatlah dua rakaat sebelum duduk.”


Dalil diatas merupakan galakan untuk...

a)

menunaikan hutang

b)

menunaikan solat sunat qabliah

c)

menunaikan solat sunat tahiyatul masjid

d)

menunaikan haji

3.

aktiviti yang manakah yang boleh dilakukan di dalam masjid..

a)
b)
c)
d)
4.

manakah antara berikut merupakan doa yang dianjurkan ketika hendak masuk ke masjid ?

a)

اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِك

b)

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي،

c)

اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

d)

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً

5.

manakah antara berikut adab ketika berada di dalam masjid

a)

memperkatakan sesuatu yang berfaedah

b)

niat iktikaf

c)

membaca doa اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

d)

semua di atas

6.

golongan remaja hari ini didapati kurang berminat dengan masjid.

cadangkan 1 cara untuk menarik mereka ke masjid. nyatakan sebab anda.

4 lines
7.

perhatikan gambar. pada pendapat anda adakah perkara di atas dibenarkan di dalam islam?

a)

YA

b)

TIDAK

8.

Masjid merupakan (a)   umat islam.Masjid memainkan peranan yang penting bagi

9.

apakah hikmah beradab di dalam masjid?

a)

mengeratkan persaudaraan sesama muslim

b)

melaksanakan ibadah dengan selesa dan khusyuk

c)

menenangkan akal fikiran

d)

semua di atas

10.

apakah yang perlu dilakukan seorang individu jika membawa gajet ke masjid

a)

membuka laman sosial ketika solat

b)

menetapkan ke mod senyap

c)

bermain game sambil berzikir

d)

mendengar khutbah sambil membaca manga

11.

Jiran dari segi istilah ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sehingga ________ buah rumah dari setiap penjuru

a)

20

b)

30

c)

40

d)

50

12.

Antara yang berikut yang manakah maksud jiran dari segi bahasa

a)

Orang yang tinggal disebelah rumah kita

b)

Orang yang tinggal disekeliling rumah kita

c)

Orang yang kita kenali

d)

Sahabat-sahabat kita

13.

Pilih pernyataan yang menunjukkan sikap jiran yang tidak baik

a)

Melayani jiran dengan baik tanpa mengira bangsa dan agama

b)

Saling memberi hadiah antara jiran

c)

Mengutamakan jiran dalam urusan jual beli

d)

Merasa gembira apabila jiran dalam kesusahan

14.

Memberi nasihat

Mengajak ke arah kebaikan

Mencegah kemungkaran

Pernyataan di atas adalah merupakan

a)

Kewajipan terhdap jiran muslim dan kerabat

b)

kewajipan terhadap muslim bukan kerabat

c)

kewajipan terhadap jiran bukan Islam

15.

Mendapat ketenangan , keselesaan dan keselamatan seperti memanggil jiran dengan suara yang sesuai merupakan

a)

Kewajipan terhdap jiran muslim dan kerabat

b)

kewajipan terhadap muslim bukan kerabat

c)

kewajipan terhadap jiran bukan Islam

16.

Berikut adalah kewajipan terhadap jiran bukan Islam kecuali

a)

Mengambil berat terhadap penderitaan yang ditanggung oleh jiran

b)

boleh melihat aurat jiran

c)

menjaga rumah jiran ketika ketiadaannya

17.

Bertegur sapa

Berbuat baik dan tidak menyakiti

Tidak berhasad dengki

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

faktor berjiran

b)

kesan berjiran

c)

kewajipan berjiran

d)

hikmah berjiran

18.

Berikut adalah hikmah beradab dengan jiran kecuali

a)

Kehidupan aman dan tenteram

b)

Masyarakat bersatu padu

c)

Kemungkaran mudah berlaku

d)

Kerja yang berat akan menjadi ringan

19.

Tidak beradab dengan jiran akan menyebabkan _______________

a)

Kehidupan sentiasa dalam ketenangan

b)

Disukai oleh ahli masyarakat

c)

Ekonomi negara akan menjadi lebih maju

d)

keharmonian dan hidup bermasyarakat terjejas

20.
Senaraikan hak jiran muslim yang ada pertalian darah dengan kita.
a)
Hak sebagai jiran, hak sebagai orang muslim
b)
Hak sebagai jiran, hak sebagai saudara
c)
Hak sebagai jiran, hak sebagai saudara dan hak sebagai muslim
21.
Senaraikan hak bagi jiran yang bukan islam.
a)
Hak sebagai jiran
b)
Hak sebagai jiran dan hak sebagai saudara
c)
Hak sebagai orang bukan muslim dan hak sebagai jiran
22.
Apabila kita ingin mengundang jiran kita, kita harus _________.
a)
menghantar kad sahaja
b)
pergi ke rumah mereka
c)
tunggu sehingga kita terserempak
d)
minta makanan daripada mereka
23.
Sebagai jiran, kita harus sentiasa _____ dalam hubungan kita.
a)
berpura-pura
b)
sombong
c)
ikhlas
d)
pantas
24.
Dalam berhubungan dengan jiran kita, kita harus ___________.
a)
elak daripada bertentang mata
b)
memandang wajah mereka
c)
memandang ke lantai
d)
mengeraskan suara kita
25.
Satu cara kita boleh mengeratkan hubungan kita dengan jiran kita adalah dengan ________.
a)
menegur mereka apabila berjumpa
b)
mengukirkan senyuman
c)
sentiasa bertimbang rasa 
d)
Semua jawapan yang diberikan
26.

Kepentingan beradab kepada ibu bapa ialah....

a)

melaksanakan perintah Allah SWT dan rasul

b)

membina kewibawaan diri

c)

menjadi contoh teladan kerana setiap orang yang beradab denga ibu bapa akan diikuti oleh orang lain

d)

melahirkan sikap menipu

27.

Punca penderhakaan kepada ibu bapa ialah

a)

Kurang penghayatan agama dalam kehidupan

b)

kurang menghayati pengajaran agama disekolah

c)

terpengaruh dengan perlakuan rakan yang negatif

d)

ibu bapa yang sangat mengawal pergerakan anak mereka

28.

Berikut adalah kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga kecuali..

a)

Melaksanakan perintah Allah dan Rasul

b)

Membina kewibawaan diri

c)

Menjadi contoh teladan

d)

Membina keluarga yang kacau bilau

29.

Antara berikut yang manakah punca penderhakaan kepada ibu bapa?

a)

Tidak dapat menilai antara baik dengan buruk dari sudut agama

b)

Terpengaruh dengan perlakuan rakan yang negatif

c)

Tidak mengamalkan apa-apa yang dipelajari di sekolah terutama pelajaran agama.

d)

Sering menghayati ajaran agama dalam kehidupan.

30.

Cara-cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga adalah seperti berikut kecuali

a)

A. Tingkah laku

b)

B. Hati

c)

C. Berdoa

d)

D. Percakapan

31.

Hukum memuliakan ibu bapa ialah....

a)

wajib

b)

sunat muakkad

c)

sunat

d)

harus

32.

Cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga terbahagi kepada?

a)

hati

b)

percakapan

c)

tingkah laku

d)

ekonomi

33.

Apakah pesanan Luqman Al-Hakim dalam Surah Luqman ayat 13-18?

a)

Menderhaka kepada ibu bapa

b)

Berbuat baik kepada ibu bapa

c)

Menyekutukan Allah

d)

Berbuat baik kepada haiwan

34.

Kasih sayang merupakan ____________ kepada ketenangan hidup dalam keluarga.

a)

rapat

b)

cahaya

c)

tonggak

d)

besar

35.

Antara yang berikut merupakan akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek individu kecuali...

a)

berdosa besar

b)

mendapat kemurkaan Allah

c)

disayangi ibu bapa

d)

disisih dan dipinggirkan

36.

Ibu bapa adalah orang yang paling __________ dengan anak-anak dan bertanggungjawab mendidik anak hingga dewasa.

a)

rapat

b)

kecil

c)

berdosa

d)

sombong

37.

Jawapan dibawah ialah adab terhadap ibu bapa kecuali...

a)

taat perintah

b)

menolong kerja dirumah

c)

memberi salam

d)

bercakap kasar

38.

Apakah cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek hati?

a)

Selalu menziarahi ibu bapa

b)

Sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka

c)

Membenci mereka

d)

Besopan santun

39.

Apakah cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek tingkah laku?

a)

Bersopan - santun

b)

Hormat- menghormati

c)

Tidak menyanggah percakapan ibu bapa

d)

merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua

40.

Siapakah yang memerintah kita beradab dengan ibu bapa?

a)

Ustaz dan ustazah

b)

Ibu bapa

c)

Rasulullah SAW

d)

Allah SWT

41.

Pilih penyataan yang benar:

a)

Allah SWT sentiasa redha kepada ibu bapa

b)

Keredhaan ibu bapa terletak kepada keredhaan anak kepada ibu bapa

c)

Redha ibu bapa bergantung kepada redha Allah SWT

d)

Redha Allah SWT bergantung kepada redha ibu bapa kepada anak-anak

42.

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia ialah...

a)

Membuat kenduri tahlil untuk arwah ibu bapa setiap tahun

b)

Kerap menziarahi dan membersihkan kubur ibu bapa

c)

Sentiasa mendoakan keampunan untuk ibu bapa

d)

Membahagi-bahagikan harta yang ditinggalkan

43.

Berikut merupakan tanggungjawab ibu bapa kepada anak , kecuali.....

a)

Memberi didikan agama

b)

Menyediakan keperluan harian

c)

Memberi kasih sayang

d)

Memenuhi semua kehendak anak-anak

44.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga.


I – Melaksanakan perintah Allah dan Rasul

II – Membina kewibaan diri.

III- Menjadi contoh teladan yang baik

IV- Membina keluarga yang bahagia

a)

I dan II sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

Semua di atas

45.

"Menjaga adab adab terhadap ibu bapa dan keluarga akan mendatangkan rahmat Allah"


Antara berikut, ramalkan keadaan yang akan berlaku jika umat Islam gagal memahami pernyataan di atas?

a)

Tidak maju akibat institusi kekeluargaan runtuh

b)

Gejala sosial akan menurun

c)

Mendapat pertolongan daripada Allah

d)

Dianggap berakhlak oleh masyarakat luar

46.

Berikut merupakan bentuk penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW KECUALI

a)

Nabi Muhammad SAW dituduh sebagai penipu, ahli sihir dan orang gila.

b)

Meyeksa orang Islam antaranya Bilal Bin Rabah yang dijemur di tengah panas tanpa diberi makan dan minum.

c)

Nabi Muhammad SAW diberikan harta dan kemewahan yang sangat banyak

d)

Memulau nabi, keluarga Bani Hashim dan Bani Mutalib

47.

Berikut merupakan strategi dakwah Rasulullah SAW KECUALI

a)

Baginda naik ke Bukit Safa dan mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWTdan meyakini hari kiamat.

b)

Rasulullah SAW bertemu dengan kabilah-kabilah yang datang ke Mekah pada setiap musim Haji.

c)

Rasulullah SAW memerintahkan sebahagian umat Islam agar berhijrah ke Sham

d)

Rasulullah SAW menjemput seluruh keluarga Bani Mutalib ke jamuan makan dan kemudian menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.

48.

Peringkat dakwah Rasulullah yang kedua ialah ___________

a)

Dakwah secara rahsia

b)

Dakwah secara terus terang kepada kaum kerabat

c)

Dakwah secara terus terang kepafa masyarakat awam

d)

Dakwah secara terus terang kepada Musyrikin Mekah.

49.

Berikut adalah hikmah dakwah secara terus-terang KECUALI

a)

agama islam tersebar luas

b)

kekayaan harta umat Islam meningkat

c)

umat Islam berani menegakkan kebenaran.

d)

penganut Islam bertambah mantap akidahnya.

50.

Pilih pernyataan yang BUKAN mengenai hikmah dakwah secara rahsia.

a)

Kedudukan Islam bertambah mantap

b)

Ajaran Islam dapat disampaikan dan diterima tanpa gangguan.

c)

Dapat menghindari penentangan secara terbuka daripada orang kafir Quraisy.

d)

Memberi kejutan kepada masyarakat Arab yang mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi nenek moyang mereka.

51.

Masjid berasal daripada perkataan Arab 'Sajada' yang bermaksud tempat

a)

tinggal

b)

beriktikaf

c)

sujud

d)

berjemaah

52.

Orang yang memakmurkan masjid Allah SWT ialah orang yang beriman kepada Allah SWT dan _______

a)

rasul

b)

kitab Allah

c)

hari akhirat

d)

malaikat

53.

Seseorang yang memasuki masjid digalakkan menunaikan solat _______ sebelum duduk.

a)

satu rakaat

b)

dua rakaat

c)

tiga rakaat

d)

empat rakaat

54.

Adab masuk ke masjid adalah dengan mendahulukan kaki _______

a)

kanan

b)

kiri

c)

ayam

d)

kedua-duanya

55.

Kita digalakkan membaca __________ ketika melihat masjid.

a)

buku

b)

al-Quran

c)

zikir

d)

selawat

56.

Ketika berada di masjid, seseorang itu tidak digalakkan untuk _________ atau memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah.

a)

mengumpat

b)

hasad dengki

c)

mengotorkan

d)

memarahi

57.

Menjadi kewajipan terhadap umat Islam menjaga ________ masjid apabila berada di dalam masjid.

a)

kebersihan

b)

ketenteraman

c)

ukhuwah

d)

keindahan

58.

- mengeratkan persaudaraan sesama Islam

-menenangkan akal fikiran


Penyataan di atas merujuk....

a)

adab di masjid

b)

hikmah beradab di masjid

c)

kepentingan masjid

d)

cara mengimarahkan masjid

59.

Menjaga adab di masjid akan memberi _______ jiwa kepada seseorang ketika berada di dalam masjid.

a)

kebahagiaan

b)

keberkatan

c)

ketenangan

d)

kesayuan

60.

Berikut merupakan cara untuk mengimarahkan masjid KECUALI

a)

menunaikan solat fardu berjemaah

b)

mewujudkan bilik bagi musafir

c)

menggalakkan masyarakat beriktikaf di masjid

d)

melakukan pelbagai ibadat di dalam masjid