Font size
WorksheetsUjian Bahasa Melayu
Total questions: 55
Worksheet time: 30mins
Adik ___________ beg plastik yang berisi makanan ketika pulang dari restauran.
mengelek
menatang
menjinjing
membimbit
Ayah ________________ air di dapur.
menanak
menjerang
mengukus
menggoreng
kakak ________________ lidi untuk dijadikan penyapu.
mencantas
menumis
memotong
meraut
Anak-anak muda sanggup __________________ mata untuk melayari laman sosial seperti facebook, Instagram dan Twitter dengan menggunakan telefon pintar sehingga awal pagi.
bertegang
berkelip
berkedip
bersengkang
Haikal membantu ayahnya menyiapkan __________________ ayam kampung yang baharu di belakang rumah.
reban
pondok
sangkar
kandang
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Michael bermain mercun di halaman rumahnya.
II Berita tentang kemalangan maut itu tersiar pada halaman depan akhbar Berita Harian.
III Aneesa sedih apabila melihat jerawat tumbuh pada halaman mukanya.
IV Hidayah membersihkan halaman tamu rumahnya supaya kelihatan kemas dan cantik.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Saya ada seekor Kucing. Namanya Comel. Comel adalah kata nama...
kata nama am
kata nama khas
Yang manakah, pilihan kata nama khas?
Ali
KLCC
Secret Recipe
Kucing
Peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam gambar di atas ialah
rosak bawang ditimpa jambak.
malang tidak berbau
cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu."
Peribahasa di atas membawa maksud
tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.
keuntungan yang diperoleh hasil daripada usaha keras seseorang.
tiada sesiapa dapat menjangkakan untung atau malang nasib seseorang.
semakin tinggi ilmu dan darjat seseorang, dia tetap merendah diri serta tidak menyombong diri.
Encik Solihin dan isterinya Puan Azidah menyayangi serta menjaga anak mereka bagai ______________ sehinggalah anak mereka dewasa.
bapa borek, anak rintik
helang hendak menerkam tikus
melentur buluh biarlah dari rebungnya
menatang minyak yang penuh
Sebagai murid, kita perlu bijak merencanakan setiap tindakan supaya kehidupan kita teratur dan selamat kerana ____________.
masa itu emas
cegah sebelum parah
biar lambat asalkan selamat
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Penyokong mencemuh sikap pengadil yang __________ ketika mengadili perlawanan akhir badminton itu.
berat sebelah
ringan tulang
lipas kudung
tumbuk rusuk
Puan Savitha memasukkan beberapa ________ cecair perasa vanila ke dalam adunan kek keju itu.
titis
genggam
tompok
cubit
Ikan pari yang berjaya dipancing oleh Encik Amirul itu berbentuk ________ dan mempunyai ekor yang berbisa.
tirus
leper
bujur
lonjong
Umairah masih menyimpan koleksi barangan _________ milik ibunya sebagai kenang-kenangan.
lampau
lanjut
lama
Semua dokumen di pejabat sekolah itu sedang __________oleh ketua kerani agar segala urusan pentadbiran berjalan lancar.
dikemas kini
dipindah milik
dicampur aduk
dibaik pulih
Daripada _______ mukanya, saya pasti masalahnya masih belum selesai lagi.
bentuk
iras
riak
cermin
Ibu mengambil keputusan untuk menukarkan langsir rumah kerana warnanya telah______.
kelam
kusam
pudar
buruk
Kecekapan yang ditunjukkan oleh ________ itu telah berjaya menemui mangsa lemas di sungai itu semalam.
juruteknik
jurulatih
jurumudi
juruselam
Layanan _______ penduduk kampung itu membuatkan kami berasa seperti tinggal di rumah sendiri.
mulia
mesra
megah
tenteram
Pihak kerajaan menyatakan ________pemupukan nilai murni perlu diterapkan dalam kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
bahawa
semua
lalu
yang
Kita harus menjaga________kita sebagai orang timur yang sentiasa menjaga adab dalam setiap pergaulan.
tatatertib
tatacara
tatasusila
tatakerja
Papan yang sedang ________ itu hendak dibuat sarung keris panjang.
dilorek
dipahat
digosok
diketam
Nenek Timah _________ akan cucu tunggalnya yang telah lama tidak pulang ke kampung.
gembira
rindu
segan
hormat
Adik __________ apabila dimarahi oleh ibu kerana mandi di kolam renang yang dalam itu.
terkebil-kebil
ternganga-nganga
tercungap-cungap
tersipu-sipu
Gubahan bunga pahar itu dapat disiapkan walaupun masa yang diberikan _________.
larut
lewat
suntuk
lampau
Suara kumpulan koir yang ________ dan harmoni itu telah berjaya menambat hati penonton.
nyaring
lembut
sedap
lunak
Peserta perkhemahan perlu mempunyai ___________ diri dalam menjalani aktiviti-aktiviti lasak.
pertahanan
ketahanan
penahan
tahanan
Masih terdapat _________ murid yang belum menjelaskan bayaran menyertai lawatan sambil belajar di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
separuh
segelintir
setengah
semua
Kavisha masih tersenyum______ kakinya terseliuh semasa acara larian bergilir-gilir 4x100m perempuan di padang tadi.
sementara
walaupun
manakala
sambil
Negara kita _______ menghadapi Pandemik Covid-19 yang berbahaya pada tahun ini.
patut
sedang
pernah
mungkin
Deren amat rindu ________abang sepupunya yang belajar di luar negara.
kerana
dengan
tentang
akan
Haziq Danial ________untuk membuat keputusan sama ada hendak mengikuti rombongan ke Sabah itu atau tidak disebabkan penularan Covid-19.
teragak-agak
ternanti-nanti
tertanya-tanya
tercengang-cengang
Beliau mendapat _________________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.
hadiah
sumbangan
cenderamata
anugerah
Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin.
di
pada
ke
dari
Arif mengambil surat itu _________ menyerahkan kepada Zakir.
lalu
agar
maka
kerana
Guru itu sering dipuji ________ rajin bekerja.
atau
jika
agar
kerana
Raju lulus ujian memandu _________ kawannya Ching gagal.
kerana
dan
tetapi
serta
Pondok membaca itu dibina oleh guru-guru, ibu bapa _________ murid-murid SK Pahlawan Wira.
jika
dan
tetapi
supaya
____________ akan menyambut hari ulang tahun keputeraan yang ke-65 pada minggu hadapan.
Patik
Beliau
Hamba
Baginda
Faiz tidak dapat __________________ aktiviti perkhemahan itu kerana dia mengikuti keluarganya menziarahi datuknya yang berada di kampung.
menyertai
menjalani
mendekati
menduduki
Rancangan hiburan itu terpaksa _______ kerana mengalami masalah teknikal.
disiarkan
ditangguhkan
dipamerkan
dihebahkan
Rancangan hiburan itu terpaksa _______ kerana mengalami masalah teknikal.
disiarkan
ditangguhkan
dipamerkan
dihebahkan
Pokok rambutan di belakang rumah anaknya
_________ oleh Pak Cik Halim.
dicantas
ditetak
dikupas
ditebang
Semangat ______________ dan persaudaraan perlu dipupuk tanpa mengira kaum dan bangsa.
toleransi
perpaduan
perkauman
persefahaman
Jinny membuat laporan polis setelah beberapa kali __________ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
diminta
disuruh
diugut
diarah
Sherly sangat terkejut mendengar berita kemalangan yang menimpa suaminya sehingga tiada ____________ perkataan pun yang terluah daripada mulutnya.
sebaris
sepatah
seungkap
sepotong
Ilham untuk penulisan novelnya ______________ secara tiba-tiba apabila dia terjaga daripada tidur pada waktu malam.
terbit
datang
pulang
terpacul
_____________ Iban pada zaman dahulu sanggup mengadaikan nyawa mereka daripada menyerah kalah kepada pihak musuh demi mempertahankan negara.
Perwira
Seniman
Pendekar
Pahlawan
Sawah padi di Kampung Durian Runtuh menjadi (a) akibat kemarau yang melanda sejak sebulan yang lalu.
Raihan menutup balang kaca (a) agar kerepek yang disimpan tidak masuk angin.
Orang ramai (a) ke pesta jualan amal yang sedang diadakan di Pasaraya Mesra.
Nina (a) pergi ke sekolah kerana sudah lewat
Azman (a) menunggu keputusan peperiksaan yang akan diumumkan nanti.
