wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNIT 15 PATUHI PERATURAN SEKOLAH

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah peraturan di sekolah diwujudkan?

a)

untuk menghias ruang kosong

b)

untuk menyusahkan para murid

c)

untuk memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar

d)

untuk menakutkan semua murid

2.

Mengapakah murid yang melanggar peraturan sekolah perlu dihukum?

a)

untuk menunjukkan bahawa guru lebih berkuasa daripada murid

b)

untuk memberikan kerja tambahan kepada guru

c)

untuk mengelakkan ketidakakuran terhadap peraturan sekolah tidak berlaku lagi

d)

untuk menunjukkan ketegasan pengurusan pihak sekolah

3.

Apakah kesan yang akan berlaku jika murid tidak mematuhi peraturan di pusat sumber?

a)

murid dapat mengulang kaji dengan selesa

b)

mengganggu tumpuan murid lain yang sedang membaca

c)

murid tidak akan berkunjung ke pusat sumber

d)

keselamatan murid sewaktu berada di pusat sumber terjamin

4.

Pilih sikap yang perlu diamalkan oleh murid dalam mematuhi peraturan sekolah?

a)

berbual-bual ketika perhimpunan sedang berlangsung

b)

mendengar segala teguran dan nasihat yang disampaikan oleh pengetua sekolah

c)

tidak menyanyikan lagu Negaraku ketika murid lain sedang menyanyikannya

d)

tidak mendengar dan mematuhi arahan pengawas sekolah

5.

Berikut ialah cara untuk menangani gejala ponteng sekolah KECUALI

a)

menghubungi ibu bapa murid yang terlibat

b)

membawa murid yang ponteng berjumpa dengan kaunselor sekolah

c)

memberikan surat amaran kepada murid yang ponteng sekolah

d)

membiarkan sahaja murid terbabit ponteng sekolah tanpa mengambil sebarang tindakan

6.

Dengan adanya peraturan, kita boleh mengelakkan gejala berikut KECUALI

a)

ponteng

b)

vandalisme

c)

gangsterisme

d)

patriotisme

7.

Berikut merupakan kriteria pemilihan murid budiman KECUALI

a)

sentiasa mematuhi peraturan sekolah

b)

sentiasa membantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan

c)

sentiasa akur dengan nasihat guru

d)

sering membantah pendapat rakan walaupun betul

8.

Apakah kesannya jika murid tidak mematuhi peraturan sekolah?

a)

ibu bapa akan memuji pengurusan sekolah

b)

disiplin murid akan bertambah baik

c)

murid gemar datang ke sekolah

d)

keselamatan murid akan tergugat

9.

Mengapakah kebersihan dan kekemasan fizikal murid merupakan faktor asas dalam pembentukan disiplin?

a)

supaya murid dapat menyertai pelbagai pertandingan

b)

agar murid dapat memberikan teladan yang baik kepada murid yang lain

c)

supaya murid mengotorkan kelas dan persekitaran sekolah

d)

agar guru berasa bangga dan gembira

10.

Pilih tingkah laku yang sopan dan harus diamalkan oleh murid.

Tandakan / pada jawapan yang berkenaan

a)

memberikan salam kepada semua warga sekolah

b)

mengucapkan terima kasih apabila menerima layanan yang baik daripada warga sekolah

c)

menghulurkan bantuan apabila diminta

d)

tidak perlu beratur untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan

11.

Berikut ialah nilai yang dipraktikkan oelh murid yang mematuhi peraturan sekolah KECUALI

a)

hormat

b)

toleransi

c)

kerjasama

d)

mementingkan diri

12.

Berikut ialah kepentingan mematuhi peraturan sekolah KECUALI

a)

membantu guru menjadi cemerlang

b)

meningkatkan prestasi akademik sekolah

c)

suasana pengajaran dan pembelajaran lebih selesa

d)

murid yang bersahsiah mulia dapat dilahirkan

13.

Menghormati peraturan sekolah patut dijadikan amalan harian kepada setiap murid kerana ________________.

a)

segala urusan akan berjalan dengan lancar

b)

guru boleh berehat

c)

tidak perlu melantik pengawal keselamatan

d)

murid menjadi lebih bijak

14.

Pihak berikut boleh mengambil tindakan terhadap murid yang tidak akur dengan peraturan sekolah KECUALI

a)

pengetua

b)

pekerja kantin

c)

guru makmal komputer

d)

guru pusat sumber

15.

Berikut ialah tindakan disiplin yang mungkin akan dikenakan kepada murid sekiranya mengoyakkan halaman buku cerita di pusat sumber KECUALI

a)

dimaafkan

b)

perlu membayar denda

c)

dilarang menggunakan kemudahan pusat sumber untuk tempoh tertentu

d)

perlu menggantikan buku tersebut dengan buku yang baru