wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Perniagaan Tingkatan 4

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah ciri-ciri milikan perniagaan tersebut? [PILIH 2 JAWAPAN]

a)

Sukar ditubuhkan

b)

Berkongsi kepakaran

c)

Bilangan rakan kongsi dua hingga 20 orang

d)

Tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016

2.

Aktiviti yang manakah terlibat dalam sektor sekunder.

a)

Mustafa memproses madu kelulut dijadikan sabun mandi

b)

Razin menyediakan perkhidmatan hotel kucing

c)

Syahmi Sazli menternak udang galah

d)

Ahmad menjual insuran kemalangan

3.

Proses pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan


Aktiviti di atas di golong sebagai aktiviti dalam sektor..

a)

Utama

b)

Kedua

c)

Keempat

d)

Ketiga

4.

Hal ehwal syarikat dirahsiakan

• Tidak bebas pindah milik syer

• Liabiliti terhad


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Syarikat sendirian berhad

b)

Milikan tunggal

c)

Syarikat awam berhad

d)

Koperasi

5.

Yang manakah faktor deflasi?

a)

Permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk tidak mampu membeli barang di pasaran

b)

Penduduk meramalkan harga barang dan perkhidmatan akan terus naik

c)

Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan

d)

Peningkatan permintaan barang dan perkhidmatan

6.

Apakah faktor luaran yang wujud dalam gambar di atas?

a)

Gaya pengurusan yang tidak bersesuaian dengan keadaan pekerja

b)

Pengeluaran yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan

c)

Dipengaruhi oleh keadaan ekonomi yang lembap

d)

Aktiviti pemasaran yang kurang memberi kesan

7.

** Meningkatkan kadar faedah

** Meningkatkan kadar cukai


Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah?

a)

Deflasi

b)

Inflasi

c)

Subsidi

d)

Peningkatan cukai

8.

Apakah persamaan agensi kerajaan di atas?

a)

menguatkuasakan undang-undang

b)

menjaga keamanan negara

c)

memberi pinjaman perniagaan

d)

mengutip cukai

9.

Pereka fesyen terkenal Rizalmin telah mengeluarkan koleksi fesyen baju kurung menggunakan fabrik satin. Apakah faktor luaran yang telah diambil kira oleh pereka fesyen tersebut?

a)

Kebudayaan

b)

Teknologi

c)

Sosiobudaya

d)

Ekonomi

10.

Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas


Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?

a)

Gaya pengurusan laissez-faire

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya Pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan sokongan

11.

Kerajaan telah memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6%pada 1 April 2016


Apakah faktor luaran tersebut?

a)

Teknologi

b)

Ekonomi

c)

Sosiobudaya

d)

Politik dan perundangan

12.

Akta X digubal oleh pihak kerajaan bertujuan untuk melarang perniagaan menggunakan hak paten perniagaan lain tanpa mendapat kebenaran


Apakah akta X ?

a)

Akta Persaingan 2010

b)

Akta Syarikat 1965

c)

Akta Hak Cipta 1987

d)

Akta Kontrak 1950

13.
Tujuan visi, misi dan objektif ialah ?
a)
Panduan dalam pengurusan organisasi dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan yang diambil
b)
panduan untuk mendapat keuntungan yang tinggi
c)
panduan dalam menuju kejayaan
d)
panduan ke hati awak
14.
Visi ialah ?
a)
Penyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan
b)
penetapan perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang
c)
merupakan pembentukan matlamat yang lebih khusus
d)
penetapan kejayaan sesebuah syarikat
15.
Terdapat 4 tumpuan pertubuhan sukarela. Salah satunya ialah :
a)
bercorak kebajikan dan faedah bersama
b)
spesifik
c)
jangka masa
d)
boleh diukur
16.

Apakah motif utama penubuhan sesebuah perniagaan?

a)

Menjaga kebajikan ahli

b)

Menyediakan kemudahan awam

c)

Memperolehi keuntungan

d)

Menjalankan tanggungjawab sosial

17.

Pernyataan manakah berkaitan milikan tunggal?

a)

Liabliti setakat modal disumbangkan sahaja

b)

Dikecualikan daripada cukai keuntungan

c)

Modal daripada sumbangan ahli

d)

Dimiliki oleh seorang pemilik

18.

Pilih pernyataan yang paling tepat tentang kelebihan perniagaan di atas kepada francaisi?

a)

Menjalankan satu perniagaan yang sistematik

b)

Mengembangkan perniagaan ke luar negara

c)

Menikmati ekonomi bidangan

d)

Mengeluarkan produk yang baru

19.

Pernyataan manakah yang benar tentang sektor sekunder?

a)

Meningkatkan nilai bahan mentah melalui proses transformasi

b)

Pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa untuk masyarakat

c)

Penghasilan peralatan saintifik untuk kegunaan pertanian

d)

Melibatkan aktiviti menghasilkan bahan mentah

20.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz besar?

a)

Menikmati ekonomi bidangan

b)

Semangat berpasukan yang tinggi

c)

Senang mendapat pekerja berpengalaman

d)

Berupaya membuat perubahan dengan cepat

21.

Apakah jenis skala perniagaan yang terlibat bagi syarikat tersebut?

a)

Kebangsaan

b)

Tempatan

c)

Negeri

d)

Global

22.

- Syarikat Warisan Asli Sdn. Bhd terlibat dalam pengeluaran makanan.

- Sebahagian besar pendapatan syarikat digunakan untuk pembelian aset bagi meningkatkan lagi operasi pengeluaran.


Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh syarikat itu?

a)

Taraf perintis

b)

Potongan cukai

c)

Pengecualian cukai

d)

Elaun pelaburan semula

23.

Apakah peranan kerajaan negeri?

a)

Membina sistem jaringan pengangkutan yang baik

b)

Melindungi pengguna daripada penipuan peniaga

c)

Membangunkan kegiatan ekonomi setempat

d)

Mengumpulkan hasil cukai pendapatan

24.

Maklumat di bawah berkaitan dengan sejenis pengangguran.


- Pekerja bekerja dalam jangka masa pendek setiap tahun

- Pekerja perlu mencari pekerjaan lain


Apakah jenis pengangguran tersebut?

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran teknologi

c)

Pengangguran struktur

d)

Pengangguran bermusim

25.

Apakah itu deflasi?

a)

Satu keadaan di mana permintaan barang dan perkhidmatan meningkat

b)

Satu keadaan kejatuhan harga barang atau perkhidmatan yang berterusan

c)

Satu fenomena kekurangan barang atau perkhidmatan di dalam pasaran

d)

Satu situasi di mana harga barang atau perkhidmatan meningkat mendadak

26.

Akta manakah yang berkaitan dengan perlindungan pengguna dari aspek hak mendapat ganti rugi?

a)

Akta Syarikat 1965

b)

Akta Kontrak 1950

c)

Akta Timbang Sukat 1972

d)

Akta Kawalan Harga 1946

27.

Encik Hazihan mengambil keputusan untuk menggaji Aiman yang baru tamat pelajaran di universiti sebagai seorang kerani.


Apakah kekurangan pengambilan Aiman tersebut kepada Encik Zihan?

a)

Mempunyai pengetahuan stereotaip

b)

Tidak mempunyai kemahiran baru

c)

Memerlukan program induksi

d)

Tidak membawa idea baharu

28.

Gambar di atas berkaitan dengan salah satu elemen pemasaran.


Apakah elemen tersebut?

a)

Harga

b)

Produk

c)

Promosi

d)

Pengedaran

29.

Apakah yang dimaksudkan dengan misi dalam perancangan perniagaan?

a)

Panduan dalam membuat keputusan

b)

Pembentukan matlamat yang lebih khusus

c)

Penetapan perancangan jangka masa panjang

d)

Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan sebuah perniagaan

30.

Pernyataan yang manakah tepat tentang perancangan sumber manusia?

a)

Menyelesaikan masalah pekerja

b)

Meningkatkan kemahiran pekerja

c)

Membentuk sistem pertukaran pekerja

d)

Menyediakan kemudahan untuk pekerja

31.

Apakah tujuan bahagian fungsian tersebut dalam perniagaan?

a)

Membuat penambahbaikan produk

b)

Memudahkan komunikasi dalaman dan luaran

c)

Membantu pengguna yang mempunyai masalah komputer

d)

Mengurus dan menyelaras pembangunan perkakasan dalam sistem

32.

Mengapakah bahagian fungsian pembelian perlu membuat tempahan awal untuk mendapatkan bekalan bahan mentah?

a)

Meluaskan pasaran perniagaan

b)

Memenuhi keperluan dan kehendak

c)

Membayar pembekal dengan segera

d)

Menyelesaikan masalah penghantaran barang

33.

Sistem urusan perniagaan berkaitan dengan tempahan dan pembelian dilakukan secara atas talian. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

e-mel

b)

e-banking

c)

e-dagang

d)

e-pemasaran

34.

X adalah salah satu proses komunikasi di mana pada tahap ini dapat mengukur keberkesanan proses komunikasi. Apakah X?

a)

Maklum balas

b)

Gangguan

c)

Penghantar

d)

Saluran

35.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.


Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas


Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya Pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

36.

Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para peniaga ?

a)

MARA

b)

FELDA

c)

MARDI

d)

SIRIM

37.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu agensi kerajaan yang terlibat

dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)


  • Memastikan hasil keluaran industri menepati piawaian yang di tetapkan
  • Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkannya.
  • Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi


Apakah agensi berkenaan?

a)

MEDEC

b)

MARDI

c)

SIRIM

d)

FELDA

38.

Gaya pengurusan yang manakah menunjukkan tindakan majikan yang tegas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan?

a)

Gaya pengurusan sederhana

b)

Gaya pengurusan sokongan

c)

Gaya pengurusan autokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

39.

Berlaku kesan dari perubahan ekonomi global yang negatif atau berlakunya kemelesetan ekonomi negara

a)

Pengangguran bermusim

b)

Pengangguran kitaran

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran struktur

40.

Berlaku akibat perniagaan menggantikan tenaga buruh dengan mesin dan peralatan moden dalam proses pengeluaran

a)

Pengangguran bermusim

b)

Pengangguran kitaran

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran struktur

41.

Yang manakah antara berikut menerangkan pengangguran struktur (pilih 3 jawapan yang tepat)

a)

Berlaku akibat kemelesetan ekonomi negara

b)

Berlaku akibat perubahan struktur ekonomi negara secara keseluruhan

c)

Contohnya negara berubah daripada sektor utama kepada sektor kedua, pekerja sektor utama akan kehilangan pekerjaan

d)

Kerajaan memberi galakan kepada majikan supaya tidak memberhentikan pekerjanya, contoh melalui pengecualian cukai pendapatan

e)

Kerajaan membuat perancangan ekonomi yang sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan

42.

Nelayan terpaksa menganggur pada musim tengkujuh kerana tidak dapat ke laut

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran bermusim

c)

Pengangguran struktur

d)

Pengangguran teknologi

43.

Antara yang berikut, penyataan yang manakah menerangkan maksud visi dengan tepat?

a)

Merupakan sebab perniagaan ditubuhkan

b)

Merupakan matlamat organisasi yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek

c)

Merupakan apa yang ingin dicapai oleh organisasi dalam jangka masa panjang

d)

Merupakan dasar perniagaan yang dibuat untuk jangka masa panjang

44.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan pernyataan objektif sebuah organisasi perniagaan?


Meningkatkan keuntungan sebanyak 15% daripada hasil jualan dalam jangka masa tiga bulan yang akan datang.


Apakah ciri yang terdapat dalam pernyataan objektif di atas?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Fleksibel

b)

Jangka masa

c)

Boleh diukur

d)

Mudah difahami

45.

ciri-ciri objektif yang baik dibentuk berdasarkan konsep SMART

a)

BETUL

b)

SALAH

46.

Ciri objektif yang menyatakan bahawa pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus adalah merujuk kepada ciri ?

a)

measurable (boleh diukur)

b)

attainable (boleh dicapai)

c)

specific (spesifik)

d)

realistic (munasabah)

47.

"Meningkatkan keuntungan sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya" berikut merujuk kepada pernyataan ...

a)

specific (spesifik)

b)

attainable (boleh dicapai)

c)

measureable (boleh diukur)

d)

time frame (jangka masa)

48.

Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri SMART.

Q mungkin sekali ialah ...

(Pilih 2 jawapan)

a)

boleh diukur

b)

boleh dicapai

c)

boleh difahami

d)

boleh dipegang

49.

Di manakah sesebuah organisasi bermotifkan untung perlu didaftarkan?

a)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

b)

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

c)

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

d)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)

50.
Fungsian dalam organisasi mempunyai berapa bahagian ?
a)
11
b)
10
c)
8
d)
7