NEW
Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Terdapat banyak lalat yang berterbangan ________ di kawasan sampah sarap itu.
jauh
sempit
hampir
sebelah
Encik Zamil berasa______ apabila melihat banyak tanaman rosak dimakan oleh serangga kecil.
gembira
sedih
seronok
ragu- ragu
1) Berikut merupakan perkara yang benar mengenai kata adjektif kecuali
Dikenali sebagai kata sifat
Terdapat 9 jenis kata adjektif
Kata adjektif tidak boleh didahului atau diikuti kata penguat
Kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata atau frasa nama.
2) Berikut merupakan jenis kata adjektif kecuali
Warna, ukuran
Bentuk, waktu
Jarak, cara
Pancaindera, pancaragam
3) Berikut merupakan contoh yang betul mengikut jenis kata adjektif kecuali
K.A Sifatan - Baik, Takut
K.A Warna - Merah, Hijau
K.A Ukuran - Panjang, Kecil
K.A bentuk - Pendek, Besar
4) Berikut merupakan contoh yang betul mengikut jenis kata adjektif kecuali
K.A Bentuk - Bulat, Leper
K.A Waktu - Malam, Siang
K.A Cara - Cepat, Lambat
K.A Perasaan - Rindu, Sayang
5) Berikut merupakan contoh yang betul mengikut jenis kata adjektif kecuali
K.A Waktu - Segera, Silam
K.A Perasaan - Kacau, Lemah
K.A Jarak - Jauh, Hampir
K.A Pancaindera - Bau, Pandang, Sentuh
6) Buah mangga itu sangat .................. ibarat gula.
masam
manis
merah
besar
7) Para pelajar kelihatan ................ sehingga berpeluh apabila warden memeriksa almari mereka.
curiga
gelisah
gembira
pasrah
8) Pelajar lelaki berkeras tidak mahu duduk rapat dengan pelajar perempuan semasa orientasi kerana ingin menjaga batas-batas pergaulan.
K.A Pancaindera
K.A Cara
K.A Jarak
K.A Ukuran
10) Pilih penggunaan kata adjektif (diikuti kata penguat) yang betul.
Pelajar KVKK bermain bola sepak dengan tersangat lincah sekali.
Setelah tamat belajar, para pelajar berasa sangat rindu sekali akan kenangan-kenangan zaman persekolahan mereka.
Pelajar KVKK mendapat markah bahasa Melayu tertinggi sekali dalam peperiksaan Sijil Vokasional malaysia.
Pelajar yang mendapat markah paling tinggi sekali akan diberikan baucar makan di Mc Donald.
Kami sungguh _____________ akan kepetahannya mematahkan hujah pihak pembangkang.
sangsi
hairan
kagum
kaget
Ayah selalu menasihati abang supaya memandu kereta dengan ______________.
cermat
baik
bijak
teliti
Ayah selalu menasihati abang supaya memandu kereta dengan ______________.
cermat
baik
bijak
teliti
Bunyi letupan itu amat _____________ sehingga menggegarkan bangunan yang berdekatan.
kuat
bising
teguh
hebat
Bunyi letupan itu amat _____________ sehingga menggegarkan bangunan yang berdekatan.
kuat
bising
teguh
hebat
Pengantin perempuan itu sungguh _______________ sewaktu mengenakan sepersalinan songket di majlis perkahwinannya itu.
rapi
segak
anggun
unggul
Semua seluarnya sudah menjadi _____________ kerana badannya sudah berisi.
ketat
besar
singkat
longgar
Suasana di Kampung Semarak sungguh ___________ dan tenang.
sibuk
damai
serabut
gembira
Dahi adik kelihatan _____________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
bengkok
bengkak
botak
lompong
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah _____________.
tajam
kasar
kesat
tumpul
Jalan raya di bandar raya Kuala Lumpur menjadi ................. apabila sambutan Hari Raya Aidilfitri.
lengang
senyap
muram
suram
Mata Amin ................... kerana terkena air sabun semasa dia mandi pagi tadi.
panas
lemah
keras
pedih
Para penduduk kampung memohon pihak berkuasa menggantikan jambatan yang telah ................... kerana keadaannya agak berbahaya.
besar
luas
usang
kecil
Mak Cik Aminah berasa .................... apabila memikirkan anak-anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat.
riang
syahdu
geli
runsing
Syifa terpaksa membuang minyak masak itu kerana telah............... .
tengik
basi
hanyir
hamis
