wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.
Sebagai anak yang baik, kita perlu ____________ ibu bapa dengan bercakap dengan baik.
a)
menghormati
b)
mencintai
c)
menyayangi
d)
membantu
2.
Permainan gajet
'Nintendo Switch' menjadi ___________ ramai remaja kini.
a)
tergila
b)
kegila
c)
kegilaan
d)
gila
3.
Eddie Cheok ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu.
a)
menerjah
b)
memerah
c)
mengilap
d)
membasuh
4.
Encik Lee tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di hospital.
a)
dia
b)
kalian
c)
beliau
d)
mereka
5.
Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada waktu malam.
a)
kunang-kunang
b)
obor-obor
c)
sibur-sibur
d)
bari-bari
6.
Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan yang bertugas.
a)
tengah
b)
hadapan
c)
belakang
d)
atas
7.
“Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,” pesan Ibu Wong Kai Le kepada anak gadisnya.
a)
tutur nista
b)
tutur bahasa
c)
tutur bicara
d)
tutur kata
8.
Pilih ayat yang betul.
(i) Ali bermain bola sepak di padang.
(ii) Bola sepak itu dimainkan oleh saya.
(iii) Kalang gemar tertembak burung.
(iv) Harenshen suka membaca.
a)
A) I dan IV
b)
B) II dan III
c)
C) III dan IV
d)
D) I, II , III dan IV
9.
Pilih ayat sama maksud.
Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.
a)
Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu.
b)
Pak Majid melihat kawasan dusun datuk yang bersih kerana baru diterangkan.
c)
Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid.
d)
Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu.
10.
Pilih ayat yang betul.
a)
Encik Norman singgah di kedai itu untuk membeli sekilogram ikan.
b)
Batu arang merupakan antara bahan bakar yang penting pada masa dahulu.
c)
D’saji Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan tradisional Melayu.
d)
Kah Shim suka mendengar koleksi lagu-lagu nyanyian seniman agung P. Ramlee.
11.
Perkataan ' menganggur' bermaksud
a)
ada kerja
b)
tiada pekerjaan
c)
pemalas
d)
tanam anggur
12.
Pilih peribahasa yang tepat bermaksud gigih berusaha sehingga berjaya.
a)
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
b)
Bagai aur dengan tebing.
c)
Bagai cacing kepanasan.
d)
Seperti katak di bawah tempurung.
13.

7.Beberapa das tembakan amaran dilepaskan oleh pihak polis untuk.............rusuhan di ibu Kota.

a)

menyuraikan

b)

membasmi

c)

menyekat

d)

menakutkan

14.

10.Adik dapat..........bakat penulisannya melalui kelas tambahan yang dihadiri semalam.

a)

menjayakan

b)

menonjolkan

c)

mengembangkan

d)

menajamkan

15.

Semua murid _____ _____ keluar dari dewan selagi majlis belum berakhir.

a)

bukan dapat

b)

tidak dapat

c)

tidak boleh

d)

bukan boleh

16.

____________wajah Cikgu Nurul Wahidah itu garang , namun hatinya sungguh baik sekali.

a)

Andai kata

b)

Tatkala

c)

Sungguhpun

17.

Ekspedisi Kembara Lasak itu tetap diteruskan oleh mereka_____________enam orang telah menarik diri daripada ekspedisi itu.

a)

ketika

b)

meskipun

c)

apabila

18.

Adik _____________kepalanya ke luar tingkap untuk melihat tetamu yang datang.

a)

menghulurkan

b)

mengintaikan

c)

menjengukkan

19.

Wanita itu ____________bayinya sambil membawa sebakul sayur.

a)

mengepit

b)

menatang

c)

mengelek

20.

Noraina ____________daripada lamunan apabila disergah oleh kakaknya.

a)

tercengang

b)

terpegun

c)

tersentak

21.

Tutuplah tin itu rapat-rapat agar biskut di dalamnya tidak___________.

a)

empuk

b)

lemau

c)

lembik

22.
Ah Seng mengumpul baki duit belanja sekolahnya setiap hari kerana dia tahu bahawa______________________________.
a)
sediakan payung sebelum hujan
b)
ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi
c)
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
d)
bapa borek anak rintik
23.
“ ________ tidak dibenarkan mengambil gambar di sini,” kata pegawai keselamatan itu kepada beberapa orang pengunjung.
a)
Kalian
b)
Saya
c)
Kita
d)
Mereka
24.
________ pegawai polis sedang menjalankan siasatan di sebuah bank yang telah dirompak.
a)
segerombolan
b)
Sepasukan
c)
seangkatan
d)
Sekawan
25.

Pilih jawapan yang betul. (Ada 2 Jawapan yang betul)

a)

berbagai-bagai warna

b)

berbagai warna

c)

pelbagai warna

d)

pelbagai-pelbagai warna

26.

Pilih jawapan yang betul.

a)

dua meter setengah

b)

dua setengah meter

c)

meter dua setengah

27.

Pilih jawapan yang betul.

a)

lain-lain hal

b)

hal-hal lain

28.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Mira kedai Roti

b)

Kedai Roti Ros

29.

Ramlah tertarik oleh kehijauan pokok padi yang _________ ditiup angin.

a)

terliuk-liuk

b)

terayun-ayun

c)

terkulai-kulai

d)

terbuai-buai

30.

Cari satu kesalahan bahasa dan betulkan kesalahan tersebut.


Kehilangan pendaki gunung dari luar negara itu telah dilaporkan oleh rakan-rakannya ke pihak polis.

(a)