WorksheetsPANTUN KIASAN
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Tema dalam pantun ini ialah _________________
sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap negatif
sikap sombong dan bongkak yang ada dalam diri seseorang
sifat malas yang tidak boleh diubah
Berikut ialah persoalan yang terdapat dalam pantun ini, kecuali
perantau yang jauh akan pulang juga ke tempat asal
kecantikan tidak kekal lama jika tidak berbudi bahasa
orang kaya boleh mendapat apa sahaja
Peribahasa yang terdapat dalam pantun kiasan ini ialah
bagai sirih pulang ke ganggang
macam melukut di tepi gantang
bagai kacang lupakan kulit
Pilih satu unsur alam yang terdapat dalam pantun ini
Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam pantun ini, kecuali
kerjasama
budi bahasa
keberanian
Apakah maksud tersurat rangkap 1 pantun ini ?
Orang yang melakukan dosa tetapi terlambat bertaubat
Perbuatan membazir merupakan amalan yang merugikan.
Pendirian manusia suka berubah-ubah
Pantun ini mengandungi ______ rangkap.
16
17
18
secara keseluruhannya pantun kiasan ini bertujuan untuk?
menghiburkan hati
mengenali hati budi pasangan
menjejaki kawan-kawan yang sudah lama terpisah
menyindir masyarakat yang mempunyai sikap negatif sehingga menjejaskan diri sendiri dan orang lain.
Pendirian manusia sering berubah-ubah.
maksud rangkap ini merujuk kepada rangkap...
Sangkut terendak dekat beranda,
Orang Papua anyam tak sudah;
Jika tidak ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.
Air surut memungut bayam,
Sayur diisi ke dalam kantung;
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.
Raut bilah pembatang taut,
Kail berada dalam raga;
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga
Anak punai anak merbah,
Hinggap di tonggak mencari sarang;
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hatinya orang.
Antara ciri-ciri Pantun Kiasan ialah
Terdiri daripada 16 rangkap pantun
Terdiri daripada 17 rangkap pantun
Mempunyai dua baris setiap rangkap
Tiada pembayang tetapi mempunyai maksud
Perasaan marah akan segera hilang apabila ada nilai _________ dalam diri.
sopan
murni
sabar
takwa
Antara pengajaran yang diperoleh ialah kita perlulah menghindarkan diri daripada bersikap __________ sejak kecil lagi.
cuai
leka
rajin
malas
Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu,
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
Maksud pantun di atas ialah...
Mengharapkan sesuatu yang pasti tiba
Berdoa sesuatu akan berlaku
Jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti
Tiada harapan
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu,
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Maksud rangkap satu pantun kiasan ialah
pembaziran adalah amalan syaitan
perbuatan membazir adalah amalan yang merugikan.
perlu membazir untuk mendapatkan yang kita mahukan
tiada pembaziran yang berlaku
Setelah anda pelajari tentang pantun kiasan ini. Apakah nilai dan pengajaran yang anda dapat?
