wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KATA GANDA

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Ah Lin, Mira dan Dewi merupakan _________________ saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia dahulu.

a)

kakak-kakak

b)

rakan-rakan

c)

guru-guru

d)

jiran-jiran

2.

Saya sentiasa berdoa ____________ Mak Cik Jinah sembuh daripada penyakitnya.

a)

cukup-cukup

b)

tega-tegap

c)

moga-moga

d)

kuat-kuat

3.

Adik makan aiskrim secara _____________ kerana takut dimarahi oleh ibu.

a)

sembunyi-sembunyi

b)

gelap-gelap

c)

sekat-sekat

d)

jauh-jauh

4.

____________ kaum ibu di kampung ini mahir menganyam tikar.

a)

Macam-macam

b)

Masing-masing

c)

Siapa-siapa

d)

Rata-rata

5.

Buku yang dimiliki oleh Kok Seng ____________ belaka.

a)

keras-keras

b)

kasar-kasar

c)

tebal-tebal

d)

nipis-nipis

6.

Badan saya ________________ setelah mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi itu.

a)

lembik-lembik

b)

gemuk-gemuk

c)

carik-carik

d)

sakit-sakit

7.
Perkataan 'rumah-rumah' ialah golongan Kata Ganda yang mana satu?
a)
Penggandaan Penuh
b)
Penggandaan Separa
c)
Penggandaan Berentak
8.
Perkataan 'teka-teki' ialah golongan Kata Ganda yang mana satu?
a)
Penggandaan Penuh
b)
Penggandaan Separa
c)
Penggandaan Berentak
9.
Perkataan mana satukah tergolong dalam golongan kata ganda berentak?
a)
lampu-lampu
b)
lelaki
c)
kaya-raya
10.
Perkataan 'tetangga' ialah golongan Kata Ganda yang mana satu?
a)
Penggandaan Penuh
b)
Penggandaan Separa
c)
Penggandaa Berentak
11.
Badannya _______________ kerana terkena duri pokok.
a)
calar-balar 
b)
comot-momot
c)
bengkang-bengkok
d)
gelap-gelita
12.

Pinggan-pinggan itu disusun dengan kemas di atas ____________ selepas siap dikeringkan.

a)

kekisi

b)

jejari

c)

tetingkap

d)

pepara

13.

Pencuri itu masuk _____________ ke dalam rumah tanpa disdari oleh penghuninya.

a)

suka-suka

b)

senyap-senyap

c)

pura-pura

14.

Orang ramai mengunjungi _______________ jualan semasa Pesta Makanan Tempatan diadakan.

a)

gerai-gerai

b)

kelas-kelas

c)

barang-barang

15.

"Sila bawa buku tulis ________________ untuk membuat catatan,"kata guru kelas kepada anak muridnya.

a)

semua-semua

b)

masing-masing

c)

tiap-tiap

16.

Pawagam menjadi __________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

riuh-rendah

b)

gelap-gelita

c)

porak-peranda

d)

terang-benderang

17.

Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

kisi-kisi

b)

orang-orang

c)

tupai-tupai

d)

layang-layang

18.

Pak Hamzah suka makan sup __________ ikan.

a)

bebola

b)

jejari

c)

dedaun

d)

kekabu

19.

Nenek Kiah gemar menjahit perca-perca kain untuk dijadikan _________ yang digantung pada bawah bumbung rumahnya.

a)

A. reriang

b)

B. kekabu

c)

C. lelangit

d)

D. bebuas

20.

Baju Rosli ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

a)

comot-momot

b)

koyak-rabak

c)

serba-serbih

d)

compang-camping

21.

Ibu menyimpan barang di atas _______ supaya kelihatan kemas.

a)

kuda-kuda

b)

para-para

c)

tupai-tupai

d)

alang-alang

22.

_______ kelihatan bercahaya pada waktu malam.

a)

Anai-anai

b)

Umang-umang

c)

Pijat-pijat

d)

Kelip-kelip

23.

Ruang tamu rumah puan Maznah kelihatan cantik dihiasi dengan _______ sayung.

a)

lelabi

b)

lelabu

c)

kekisi

d)

lelangit

24.

Jangan ______ perkara yang tidak tentu kebenaran, kelak buruk padahnya.

a)

haru-biru

b)

hiruk-pikuk

c)

dakwa-dakwi

d)

gembar-gembur

25.

Ibu memasukkan ______________ seperti bunga lawang dan kulit kayu manis ke dalam masakannya

a)

lauk-pauk

b)

kuih-muih

c)

rempah-ratus

d)

kayu-kayan

26.

Suasana kelas 4 USM pada ketika itu _________________ kerana ketiadaan guru.

a)

kumat-kamit

b)

sampah-sarap

c)

hingar-bingar

d)

dentam-dentum

27.

Makanan yang dihidangkan di hotel itu _________________ semuanya.

a)

enak-enak

b)

segar-segar

c)

busuk-busuk

d)

gemuk-gemuk

28.

__________________ Tahun 4 USM itu beratur untuk mendapatkan susu percuma yang diberikan oleh pihak sekolah.

a)

anak-anak

b)

murid-murid

c)

tua-tua

d)

kanak-kanak

29.

Awis membeli beraneka _______________ di pasar malam sebagai juadah untuk berbuka puasa.

a)

sayur-mayur

b)

kuih-muih

c)

gunung-ganang

d)

roti-roti

30.

Wajah Diynul __________________ setelah dimarahi oleh Cikgu Hanami kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

a)

keputih-putihan

b)

kemerah-merahan

c)

kekuning-kuningan

d)

kebiru-biruan

31.

Jalan menuju ke Cameron Highland ___________________

a)

huyung-hayang

b)

bengkang-bengkok

c)

tiris-miris

d)

sorak-sorai

32.

Pada malam itu, kawasan sekitar Assam Jawa _______________ kerana bekalan elektrik terputus.

a)

terang-benderang

b)

desas-desus

c)

gelap-gelita

d)

tiris-miris

33.

Beberapa ekor ______ berterbangan di tepi tasik yang jernih itu.

a)

sesumpah

b)

pepatung

c)

jejentik

d)

kekupu

34.

Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.

a)

hidup-hidup

b)

bulat-bulat

c)

betul-betul

d)

ketat-ketat

35.

Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

a)

teresak-esak

b)

terkebil-kebil

c)

terbahak-bahak

d)

terketar-ketar

36.

Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.

a)

berkelip-kelip

b)

berpinar-pinar

c)

berderet-deret

d)

berliku-liku

37.

Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

bebola

d)

bebiri

38.

Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.

a)

haru-biru

b)

keluh-kesah

c)

kusut-masai

d)

tunggang-langgang

39.

Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.

a)

lemah-longlai

b)

lemah-gemalai

c)

hiruk-pikuk

d)

cirit-birit

40.

Sheela menangis __________ apabila menyedari wang sakunya telah hilang.

a)

tercungap-cungap

b)

terbahak-bahak

c)

teresak-esak

d)

tersipu-sipu

41.

Setiap hari kami terpaksa __________ di lorong yang sunyi itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.

a)

ulang-alik

b)

mundar-mandir

c)

lalu-lalang

d)

ramah-tamah

42.

Hal yang __________ tidak sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat tadi.

a)

hangar-bingar

b)

kucar-kacir

c)

dolak-dalik

d)

remeh-temeh

43.

3. _____________________ untuk membuat jemput-jemput pisang ialah tepung, air, garam dan pisang.

a)

Murid-murid

b)

Cara-cara

c)

Bahan-bahan

d)

Langkah-langkah

44.

4. Banyak __________ rendang yang ditanam di kawasan rekreasi itu.

a)

dedahan

b)

pepohon

c)

dedaun

d)

reranting

45.

6. Murid-murid kelas 4 Berlian _______________________ semasa membersihkan kelas.

a)

tersenyum-senyum

b)

bantu-membantu

c)

sebaik-baik

d)

bersama-sama

46.

8. Layang-layang itu terbang _____________________nya di udara.

a)

setinggi-tinggi

b)

sebaik-baik

c)

sebenar-benar

d)

serendah-rendah

47.

10. Ibu mengusap __________ adik yang masih merah dengan penuh kasih sayang.

a)

mata-mata

b)

ubun-ubun

c)

tulang-tulang

d)

rambut-rambut

48.

Lengkapkan ayat di bawah.

"Wah, itu potret _______ yang berjasa kepada negara?"

a)

bebola

b)

tokoh-tokoh

c)

sayang-menyayangi

d)

cantik-cantik

49.

Sifat ______________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah itu menyenangkan hati para tetamu yang hadir di majlis itu.

a)

ramah-tamah

b)

remeh-temeh

c)

serta-merta

d)

riuh-rendah

50.

Saya sentiasa berdoa ____________ Mak Cik Jinah sembuh daripada penyakitnya.

a)

cukup-cukup

b)

tega-tegap

c)

moga-moga

d)

kuat-kuat