Font size
WorksheetsKeelektrikan & Kemagnetan
Total questions: 83
Worksheet time: 42mins
Tenaga (a) yang dipunyai oleh objek yang bergerak dan bergantung kepada jisim dan kelajuan.
Unit bagi tenaga
Desibel
Hertz
Meter persaat
Joule
Tenaga (a) tersimpan dalam objek panas
Gambar menunjukkan __________
Tenaga kinetik
Tenaga haba
Tenaga elektrik
Tenaga keupayaan
Tenaga
Tidak boleh dicipta tetapi boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
Tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
Boleh dicipta tetapi tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
Boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
Manakah contoh bahan dicas positif?
Kaca berbanding kain sutera
Nilon berbanding Belon
Getah keras berbanding kain sutera
Belon berbanding kain bulu
Cas - cas elektrik boleh dikesan dengan menggunakan alat _______
Elektroskop
Mikroskop
Testoskop
Seismometer
Nama alat ini ialah penjana Van de (a)
Kilat berlaku disebabkan oleh
fenomena elektrostatik
Awan dicas positif apabila terdapat geseran
Geseran berlaku antara awan dan udara
Geseran berlaku antara awan dan angin
Kilat berlaku kerana daya tarikan cas positif di awan dan cas negatif di Permukaan Bumi
Kita mesti berada di _________ semasa kilat
Di tempat lapang seperti padang
Bersandar pada bangunan
Berada dalam bangunan
Di bawah pokok
______ digunakan untuk mengesan pengaliran cas atau arus elektrik.
Ammeter
Voltmeter
Galvanometer
Neraca spring
(a) ialah keupayaan sesuatu konduktor untuk menentang arus elektrik melaluinya.
_____ialah beza keupayaan diantarab2 titik dalam litar
Arus
Rintangan
Voltan
Perintang
Manakah formula yang BETUL
V= RI
I=VR
R=IV
R=VI
Litar bersiri
Menjimatkan penggunaan wayar
Komponen elektrik boleh dikawal berasingan
Kuasa sel yang digunakan cepat berkurang kuasanya jika banyak komponen disambung di dalam litar
Jika satu komponen rosak, komponen yang lain masih boleh berfungsi
Suatu elektromagnet biasanya wujud sebagai gegelung wayar. Apakah gegelung wayar itu?
Teras
Solenoid
Kompas
Bateri
Antara berikut, arah medan magnet manakah yang betul jika serbuk besi diletakkan pada magnet bar?
Manakah antara berikut adalah corak medan magnet yang akan terhasil
Rajah berikut menunjukkan satu litar elektrik.
Berapakah jumlah rintangan pada litar?
0.67 Ω
1.5 Ω
3 Ω
6 Ω
Linda mengusap bulu kucingnya. Apakah yang akan berlaku jika sebiji belon didekatkan kepada kucing tersebut?
Belon akan meletup
Belon akan mengembang
Belon akan mengempis
Belon tertarik dan melekat pada kucing
Nyatakan bentuk tenaga yang terdapat pada air yang mendidih.
tenaga keupayaan elastik
tenaga haba
Nyatakan bentuk tenaga yang wujud pada seekor ayam yang sedang berlari
tenaga keupayaan elastik
tenaga kinetik
Spring yang dimampatkan mempunyai tenaga ............
tenaga keupayaan graviti
tenaga keupayaan elastik
Semasa pergerakan awan, banyak cas akan terkumpul di awan. Terangkan kejadian kilat.
geseran antara awan dan udara
daya tarikan antara cas positif di Bumi dan cas negatif pada awan
daya tarikan antara cas negatif di Bumi dan cas positif pada awan
Lukiskan satu rajah litar selari menggunakan tiga mentol, dua sel kering, satu suis dan beberapa dawai penyambung
Hubungan antara arus, voltan dan rintangan dikenali sebagai _____________________________-
Hukum Archimedes
Hukum Newton
Hukum Benaulli
Hukum Ohm
Gambar rajah berikut merujuk kepada _____________
litar selari
litar bersiri
Gambar rajah berikut merujuk kepada ________________
litar bersiri
litar selari
Simbol berikut merujuk kepada _____________________
fius
perintang
suis
sel kering
Antara berikut yang manakah merupakan sifat-sifat magnet
Menarik bahan magnet
Menunjukkan arah utara dan selatan apabila digantung secara bebas
Kutub yang sama akan menarik dan kutub yang berlainan akan menolak
Manakah bukan ciri magnet?
Magnet menghasilkan arus elektrik
Garisan magnet mengarah dari kutub utara
Semakin kuat medan magnet, semakin rapat garisan medan magnet
Garisan medan magnet tidak bersilang
(a) ialah bahan yang mempunyai kesan magnet yang sementara apabila arus mengalir melalui konduktor
Suatu elektromagnet biasanya wujud sebagai gegelung wayar. Apakah gegelung wayar itu?
Teras
Solenoid
Kompas
Bateri
Manakah BUKAN aplikasi magnet dan elektromagnet dalam kehidupan harian?
Kompas
Jam
Loceng elektrik
Kad kredit
Objek yang bergetar akan menghasilkan tenaga (a)
Di antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui?
Bahan api fosil
Geoterma
Air
Biojisim
Namakan jenis tenaga berdasarkan gambar dibawah
Tenaga kinetik
Tenaga cahaya
Tenaga keupayaan kenyal
Tenaga nuklear
Namakan jenis tenaga berdasarkan gambar dibawah
Tenaga elektrik
Tenaga cahaya
Tenaga keupayaan kenyal
Tenaga kinetik
Namakan jenis tenaga berdasarkan gambar dibawah
Tenaga keupayaan graviti
Tenaga nuklear
Tenaga keupayaan kenyal
Tenaga cahaya
Namakan jenis tenaga berdasarkan gambar dibawah
Tenaga elektrik
Tenaga bunyi
Tenaga keupayaan kenyal
Tenaga kinetik
Tenaga yang di gunakan untuk menjana tenaga elektrik distesen kuasa nuklear
Tenaga nuklear
Tenaga kinetik
Tenaga keupayaan graviti
Tenaga keupayaan kenyal
Tenaga boleh dicipta atau dimusnahkan kerana tenaga boleh wujud dalam pelbagai bentuk.
BETUL
SALAH
Tenaga yang tersimpan di dalam sesuatu objek akibat daripada kedudukan objek tersebut (contohnya ketinggian).
Tenaga kimia
Tenaga nuklear
Tenaga keupayaan elastik
Tenaga keupayaan graviti
Elektroskop ialah alat yang digunakan untuk mengesan kewujudan ________________ pada suatu objek.
cas elektrik
rintangan
tenaga
Setiap perintang dlm litar bersiri menerima arus yang
berbeza
sama
Penambahan rintangan ke dalam litar selari menyebabkan rintangan berkesan semakin ...........
bertambah
berkurang
Apabila sebatang rod politena digosok dengan kain sutera, ........................ akan dipindahkan dari rod politena ke kain sutera, dan menjadikan rod politena bercas .......................
proton , negatif
elektron, negatif
proton , positif
elektron, positif
Manakah antara berikut BENAR mengenai ciri garisan medan magnet?
Garisan medan magnet tidak bersilang
Garisan medan magnet bermula dari kutub utara ke kutub selatan
Garisan medan lebih rapat di bahagian sisi magnet
Semakin rapat garisan medan magnet, semakin kuat medan magnet di titik tersebut.
Magnet yang mempunyai kesan magnet untuk sementara waktu apabila arus elektrik dialirkan melaluinya adalah dipanggil
magnet magnadur
elektromagnet
magnet ladam kuda
Petua yang digunakan untuk menentukan arah medan magnet apabila arus mengalir dalam satu dawai berpenebat ialah :
Petua Tangan Kiri Fleming
Petua Genggaman Tangan Kanan
Petua Genggaman Tangan
Nyatakan hubungan antara bilangan gegelung dan bilangan pin yang tertarik apabila satu aktiviti dijalankan.
Jika bilangan lilitan gegelung ........................ maka pin yang tertarik semakin .......................
berkurang , berkurang
bertambah , berkurang
berkurang , bertambah
Deduksikan hubungan antara bilangan lilitan gegelung dan kekuatan medan magnet.
kekuatan medan magnet dipengaruhi oleh bilangan lilitan gegelung
bilangan lilitan gegelung yang semakin banyak menjadikan kekuatan medan magnet bertambah
bilangan lilitan gegelung dipengaruhi oleh kekuatan medan magnet
medan magnet akan berkurang sekiranya bilangan lilitan yang semakin bertambah
En Hakimi mahu memasang 100 bji mentol untuk hiasan keliling dewan secara selari.
wajarkan tindakan En Hakimi?
Semua mentol dapat dikawal dengan satu suis tunggal.
Jika salah satu mentol terbakar, litar tidak akan terputus
Litar memerlukan suis yang banyak untuk mengawal mentol
Mentol tidak akan berfungsi jika terdapat 1 mentol yang terbakar
En Azhar mahu memasang 100 bji mentol untuk hiasan keliling dewan secara bersiri.
wajarkan tindakan En Azhar?
Semua mentol boleh dikawal hanya dengan menggunakan satu suis sahaja
Apabila 1 mentol terbakar, arus masih boleh mengalir di dalam litar
En Azhar memerlukan 100 suis untuk mengawal 100 mentol
Mengapakah belon akan melekat pada kain bulu setelah digosokkan keduanya? Manakah yang BENAR?
belon dan kain bulu mempunyai cas yang sama
belon dan kain bulu mempunyai cas yang berbeza
cas yang berbeza akan menarik antara satu sama lain
cas yang sama akan menarik satu sama lain
Apakah fungsi rantai logam diletakkan di bahagian belakang lori tangki minyak?
menarik elektron dari Bumi ke lori tangki minyak
menyahcaskan lori tangki minyak
memindahkan proton berlebihan ke Bumi
Manakah yang BENAR tentang kelemahan litar bersiri ?
arus mengalir hanya pada 1 laluan sahaja
jika salah satu alat elektrik rosak, alat lain juga akan rosak
memerlukan suis yang banyak untuk mengawal peralatan
jika terdapat satu alat elektrik tidak berfungsi, alatan yang lain masih boleh digunakan
Manakah yang SALAH untuk meningkatkan kekuatan medan magnet yang terhasil oleh solenoid?
mengurangkan sel kering pada litar
meningkatkan arus yang mengalir melalui solenoid.
meningkatkan bilangan lilitan wayar untuk solenoid.
memasukkan sekeping besi lembut ke arah solenoid.
2 aplikasi elektromagnet dalam kehidupan seharian ialah
kren-kren untuk mengangkat besi yang berat
doctor untuk mengeluarkan serpihan besi atau keluli dalam badan kita
menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba
digunakan dalam ketuhar gelombang mikro
Berdasarkan rajah, apakah yang dapat diperhatikan?
Kerajang emas tidak mencapah
Kerajang emas mencapah
Kerajang emas menjadi panas
Percikan api terhasil pada ceper logam
Berdasarkan penjana Van de Graff itu, mengapakah penunjuk galvanometer terpesong apabila suis dihidupkan?
Galvanometer peka terhadap haba
Bumi menyimpan cas negatif
Penjana Van de Graaff menarik cas positif dari lantai
Pengaliran cas elektrik yang menghasilkan arus elektrik
Yang manakah KEKURANGAN litar bersiri?
Semua komponen dikawal oleh satu suis
Setiap komponen menerima kuantiti arus yang sama
Penambahan voltan yang membekalkan arus yang lebih besar
Setiap peralatan elektrik boleh dihidupkan dan dimatikan secara berasingan
Yang manakah menunjukkan hubungan antara arus, voltan dan rintangan?
petua genggaman tangan kanan
hukum Ohm
hukum elektrostatik
Cas elektrostatik
Apakah jenis tenaga yang dihasilkan oleh ketuhar?
Tenaga haba
Tenaga bunyi
Tenaga kimia
Tenaga keupayaan elastik
Yang manakah merupakan contoh elektrostatik?
Seluar melekat pada kaki
Mentol lampu menyala
Soket elektrik di rumah
Menaiki basikal
Apakah alatan yang digunakan untuk membuka dan menutup litar?
Antara sumber berikut yang manakah boleh menjana tenaga elektrik?
Air
Angin
Matahari
Awan
Apabila rod politena digosok dengan kain wul, ia menjadi cas negatif. Apakah yang berlaku pada kain wul itu?
Elektron hilang dan kain wul menjadi neutral
Elektron hilang dan kain wul menjadi bercas positif
Kain wul menerima elektron dari rod dan menjadi neutral
Kain wul menerima elektron dari rod dan menjadi bercas positif
Rajah menunjukkan kilat yang menyambar sebuah bangunan tinggi. Yang manakah menunjukkan cas-cas yang betul untuk kilat berlaku?
Cas P : Positif
Cas Q : Negatif
Cas P : Positif
Cas Q : Positif
Cas P : Negatif
Cas Q : Positif
Cas P : Negatif
Cas Q : Negatif
Yang manakah dipadankan dengan betul?
Kuantiti : Voltan
Unit : Ohm
Kuantiti : Arus
Unit : Ampere
Kuantiti : Tenaga
Unit : Volt
Kuantiti : Rintangan
Unit : Watt
Rajah menunjukkan suatu litar elektrik. Hitung arus elektrik yang mengalir dalam litar ini.
1 A
2 A
1.5 A
9 A
Antara komponen berikut, yang manakah yang dipadankan dengan simbolnya yang betul?
Rajah menunjukkan dua buah kompas yang diletakkan dekat satu magnet bar. Yang manakah menunjukkan arah jarum bagi kompas P dan L?
P : →
L : →
P : →
L : ←
P : ←
L : →
P : ←
L : ←
Rajah menunjukkan medan magnet yang terhasil apabila dua magnet bar diletak sebelah-menyebelah. Apakah kutub P dan Q?
P : Utara
Q : Utara
P : Utara
Q : Selatan
P : Selatan
Q : Utara
P : Selatan
Q : Selatan
Rajah menunjukkan tiga biji bola besi yang bercas. Pilih pernyataan yang benar.
P dan Q mempunyai cas yang berbeza
P dan R mempunyai cas yang sama
Q dan R mempunyai cas yang berbeza
Berikut merupakan contoh cas elektrostatik dalam kehidupan seharian
Apakah 2 alat yang boleh digunakan untuk mengkaji simulasi kilat?
Mesin Wimhurst
Reostat
Penjana Van de Graaff
Elektroskop
Hukum Ohm menyatakan bahawa arus yang mengalir melalui suatu konduktor berkadar terus dengan voltan pada rintangan yang tetap.
Benar
Palsu
Formula yang betul bagi Hukum Ohm ialah
I = V x R
V = I / R
V = I x R
R = I / V
Hitungkan rintangan berkesan bagi gambarajah di atas
5 Ω
3 Ω
2 Ω
1 Ω
Berapakah bacaan pada ammeter di atas?
0.5 A
2.0 A
3.0 A
6.0 A
Gambarajah di atas menunjukkan sistem pendawaian di rumah. Apakah jenis litar elektrik yang dipasang dalam pendawaian tersebut?
Litar bersiri
Litar selari
Dengan menggunakan petua genggaman tangan kanan, tentukan arah medan magnet bagi dawai lurus seperti gambarajah di atas.
