Font size
Worksheetspenyakit tingkatan 2
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Penyakit boleh diklasifikasikan kepada penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit
BETUL
SALAH
Berikut merupakan penyakit tidak berjangkit KECUALI:
Hipertensi
Diabetes
Penyakit kardiovaskular
Respiratori kronik
Batuk
Penyakit tidak berjangkit tidak merebak dan merupakan
penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan kepada
orang lain.
BETUL
SALAH
Penyakit Diabetes berlaku.....................
apabila paras gula tinggi di dalam darah. Pengeluaran hormon insulin oleh pankreas tidak mencukupi untuk menampung kandungan gula dalam darah.
apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh saluran darah yang sempit atau tersumbat.
apabila tekanan darah melebihi bacaan 140/90 mmHg.
apabila terdapat penyempitan dan keradangan pada saluran pernafasan.
Penyakit Kardiovaskular berlaku _____________________
apabila tekanan darah melebihi bacaan 140/90 mmHg
apabila terdapat penyempitan dan keradangan pada saluran pernafasan.
apabila paras gula tinggi di dalam darah. Pengeluaran hormon insulin oleh pankreas tidak mencukupi untuk menampung kandungan gula dalam darah.
apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh saluran darah yang sempit atau tersumbat.
Antara berikut yang manakah BUKAN gejala Penyakit Kardiovaskular
Kerap sakit pada bahagian dada dan kebap berdebar-debar
Mudah berasa cemas
Bertambah selera makan
Mudah berpeluh dengan banyak
Kerap lelah dan sesak nafas
Merokok boleh menyebabkan kamu berisiko menghidap penyakit respiratori
BETUL
SALAH
Apakah cara yang mungkin untuk mencegah penyakit tidak berjangkit?
Menghisap rokok untuk mengelakkan tekanan kerana rokok boleh melupakan tekanan yang ada.
Memeriksa paras gula dan kolestrol dalam darah secara berkala.
Melakukan senaman setiap hari supaya apabila badan penat kita akan cepat tertidur dan melupakan tekanan.
Makan sayur dan buah-buahan.
Nyatakan punca penyakit diabetis yang anda tahu.
Gemar makan dan minum yang manis
Masalah hormon insulin oleh pankreas tidak mencukupi untuk menampung kandungan gula dalam darah.
Tekanan kerja
Menghisap rokok
Penyakit terbahagi kepada tiga iaitu berjangkit, berjangkit separa, tidak berjangkit
Betul
Salah
Jangkitan melalui udara dapat dicegah dengan ...
Meludah di merata tempat
Sentiasa berada di tempat yang sesak
Memakai penutup mulut semasa berada di luar rumah
Tidak menutup mulut dan hidung semasa bersin, batuk atau menguap
Berikut merupakan contoh penyakit tidak berjangkit kecuali ..
Diabetes
Penyakit kardiovaskular
Covid - 19
Hipertensi
Penyakit tidak berjangkit berpunca dari keturunan dan gaya hidup seseorang ..
Betul
Salah
Gejala seseorang yang mengalami diabetes ialah ..
Sering bertenaga
Kerap buang air kecil
Penglihatan jelas
Kerap buang air besar
Seseorang yang obes, tidak aktif, mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes, mempunyai tahap koletrol yang tinggi sepatutnya melakukan _________
Menanam tumbuhan
Pindah kawasan rumah
Pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan penglihatan
Andi seorang yang suka bersenam. Pilih dua kebaikan yang akan diperoleh oleh beliau.
Berat semakin bertambah
Tulang cepat mereput
Kecergasan fizikal meningkat
Memperbaiki keseimbangan koordinasi dan gaya jalan
____________ berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam darah.
Glikogen
Adrenalin
Insulin
Suntikan
Antara punca berlakunya serangan jantung kepada seseorang ialah
Tidur lewat
Umur yang meningkat
Faktor keturunan
Gangguan jiwa
Penyakit diabetis juga dikenali sebagai penyakit _____________ .
Kencing manis
Tekanan darah tinggi
Asma/lelah
Sakit jantung
Apakah cara yang mungkin untuk mencegah penyakit tidak berjangkit?
Menghisap rokok untuk mengelakkan tekanan kerana rokok boleh melupakan tekanan yang ada.
Memeriksa paras gula dan kolestrol dalam darah secara berkala.
Melakukan senaman setiap hari supaya apabila badan penat kita akan cepat tertidur dan melupakan tekanan.
Pengambilan makanan yang kurang serat tapi tinggi lemak
