Font size
WorksheetsUlangkaji Perniagaan Tingkatan 4
Total questions: 35
Worksheet time: 50mins
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan definisi perniagaan dengan tepat? (lebih drpd 1)
Memaksimumkan keuntungan
Menawarkan barang percuma
Menjalankan tanggungjawab sosial
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah organisasi perniagaan.
"Perniagaan Sayang Ceria menawarkan barang dan perkhidmatan secara percuma, pada harga kos atau dibawah harga kos. Ini bertujuan unutk membantu golongan kurang berkemampuan."
Apakah organisasi tersebut?
Perkongsian
Milikan tunggal
Organisasi bermotifkan untung
Organisasi bukan bermotifkan untung
Antara yang berikut, yang manakah dua jenis perkongsian di Malaysia? (lebih drpd 1)
Perkongsian pakar
Perkongsian biasa
Perkongsian berhad
Perkongsian pengurusan
Antara berikut, yang manakah persamaan antara syarikat awam berhad dengan syarikat sendirian berhad? (lebih drpd 1)
Liabiliti terhad
Dimiliki oleh orang awam
Hal ehwal syarikat dirahsiakan
Menikmati ekonomi bidangan
Apakah kekurangan perniagaan francais kepada francaisor?
Kos sokongan operasi meningkat
Risiko kegagalan perniagaan tinggi
Memerlukan pengalaman dalam perniagaan
Tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk memajukan perniagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan pemilikan perniagaan.
"Dua atau lebih syarikat yang membentuk satu perikatan yang bertujuan untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam tempoh masa tertentu."
Apakah bentuk perniagaaan tersebut?
Usaha sama
Perkongsian
Pakatan strategik
Syarikat sendirian berhad
Antara berikut, yang manakah merupakan kekurangan perniagaan bersaiz kecil?
Mudah diuruskan
Kos pengeluaran seunit yang tinggi
Kefleksibelan membuat keputusan
Semangat berpasukan yang tinggi
Maklumat berikut berkaitan dengan sektor perniagaan.
- Pembalakan
- Pertanian
Apakah sektor perniagaan itu?
Utama
Kedua
Ketiga
Keempat
Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan pusat dalam aspek perundangan untuk menangani isu-isu sesebuah negara?
Menyediakan pembiayaan
Menggubal undang-undang
Menjalankan aktiviti perkembangan perniagaan
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Apakah yang dimaksudkan dengan taraf perintis
Mendapat status perniagaan tidak perlu membayar cukai
Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport makanan
Perniagaan baharu tidak perlu membayar cukai dalam satu tempoh masa tertentu
Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport barang tempatan
Yang manakah antara berikut merupakan Agensi Kerajaan yang terlibat dengan Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Amanah Ikhtiar Malaysia
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Bank Pembangunan Infrastruktur Malaysia Berhad
Elemen manakah yang menentukan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara? ( 2 jwapan)
Guna tenaga
Kuasa beli pengguna
Pendapatan isi rumah
Kadar pengangguran
Apakah peranan bank pusat? (2jwpan)
Memberi pinjaman jangka panjang kepada perniagaan
Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang
Mengawal selia sistem pembayaran negara
Memantau dan mengawal keadaan ekonomi negara
Antara berikut, yang manakah merupakan punca berlaku deflasi?
Penurunan wang simpanan
Peningkatan kuasa beli penduduk
Penurunan jumlah barang di pasaran
Permintaan terhadap barang semakin meningkat
Kerajaan mengawal pertumbuhan ekonomi dengan menggunakan (2 jwapan)
dasar fiskal
dasar kewangan
dasar teknologi
dasar pembangunan
Apakah maksud misi?
Tujuan penubuhan syarikat
Wawasan yang ingin dicapai
Matlamat yang ingin dicapai
Prosedur menjalankan tugasan
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan objektif perniagaan dengan tepat? (2jawapan)
Dibentuk secara khusus dan boleh diukur
Merupakan perancangan strategik organisasi
Merupakan tatacara pengurusan organisasi
Merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi
Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri SMART? (2 jawapan)
Tujuan
Spesifik
Jangka Masa
Boleh diterjemah
Maklumat dia atas berkaitan dengan ciri-ciri SMART.
Apakah ciri-ciri SMART dalam objektif diatas?
Spesifik
Boleh diukur
Munasabah
Mempunyai jangka masa
Apakah persamaan bagi objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang sesebuah organisasi? (2 jwpan)
Melibatkan perancangan harian
Dibentuk oleh pihak pengurusan
Sasaran ke arah misi dan visi organisasi
Tempoh melebihi 5 tahun
Apakah maksud titik pulang modal?
Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah wang yang diterima bersamaan dengan jumlah wang yang dibelanjakan
Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah hasil yang diterima bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung
Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah modal yang diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu produk atau perkhidmatan
Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah kos berubah bersamaan dengan jumlah kos tetap
Apakah faktor yang digunakan untuk menilai kemampuan sesebuah perniagaan bertahan dalam pasaran?
(2 jawapan)
Politik
Ekonomi
Kewangan
Sumber Manusia
Antara yang berikut, yang manakah merupakan strategi promosi jualan? (2 jwpan)
Jualan murah
Diskaun harga
Diskaun barang
Jualan penghabisan stok
Apakah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai faktor dalaman dan luaran yang dihadapi oleh sesebuah organisasi?
Carta Gantt
Belanjawan
Analisis SWOT
Titik pulang modal
Rajah di atas menunjukkan kitaran ekonomi.
Apakah X?
Penurunan
Pengenalan
Kematangan
Kemelesetan
Apakah maksud bahagian fungsian?
Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi
Bahagian yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk seluruh organisasi
Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk bahagian tersebut
Sebahagian dalam organisasi perniagaan yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk bahagian tersebut
Pernyataan manakah yang merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?
Merancang kewangan organisasi perniagaan
Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi
Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
Merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi
Rajah berikut berkaitan dengan peranan bagi suatu bahagian fungsian.
Apakah bahagian fungsian X ?
Pengurusan
Perancangan sumber manusia
Pentadbiran
Pengurusan sumber manusia
Gambar berikut menunjukkan suatu bahagian fungsian dalam sesebuah organisasi perniagaan.
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Operasi
Pengeluaran
Pengagihan
Pengurusan sumber manusia
Rajah berikut menunjukkan campuran pemasaran.
Pernyataan yang manakah benar tentang X ?
Menghantar barang ke tangan pelanggan tepat pada masanya
Menggunakan strategi untuk menentukan nilai produk yang dijual
Membuat pembungkusan yang menarik terhadap produk yang dihasilkan
Aktiviti menarik pelanggan untuk membeli sesuatu barang melalui pengiklanan
Apakah tujuan sesebuah organisasi berinteraksi dengan organisasi luar?
Membahagikan kerja
Merekrut sumber manusia
Menyimpan rekod pelanggan
Mewujudkan jaringan perniagaan
Apakah proses di mana penerima menterjemahkan mesej yang dihantar oleh penghantar?
Dekod
Enkod
Gangguan
Maklum balas
Pembangunan produk bermula apabila berlaku
penjanaan idea
pembangunan idea
penyaringan idea
pembangunan strategi pemasaran
Penjanaan Idea > X > Pembangunan produk dan pengujian konsep
Apakah langkah X?
Pembangunan strategi pemasaran
Penyaringan idea
Analisis perniagaan
Pembangunan produk
Apakah jenis kawalan ke atas input pengeluaran untuk memastikan input berada dalam keadaan baik dan berkualiti?
Kawalan awalan
Kawalan semasa
Kawalan proses
Kawalan selepas
