wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 4

Total questions: 12

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Penggunaan dron dalam pertanian dapat menjimatkan tenaga kerja manusia. Dron dapat memantau kawasan pertanian yang lebih luas. Kawalan perosak juga dapat dijalankan secara berkelompok.


Berdasarkan ayat di atas, apakah kelebihan penggunaan dron dalam bidang pertanian?

a)

Penggunaan dron dalam pertanian dapat menjimatkan tenaga kerja robot.

b)

Penggunaan dron dalam pertanian dapat menjimatkan tenaga kerja manusia.

c)

Dron dapat memantau kawasan pertanian yang lebih luas.

d)

Kawalan perosak juga dapat dijalankan secara berkelompok.

2.

Penggunaan dron dalam pertanian dapat menjimatkan tenaga kerja manusia. Dron dapat memantau kawasan pertanian yang lebih luas. Kawalan perosak juga dapat dijalankan secara berkelompok.


Berdasarkan ayat di atas, bagaimanakah dron meringankan beban kerja petani?

a)

Penggunaan dron dalam pertanian dapat menjimatkan tenaga kerja manusia.

b)

Dron dapat memantau kawasan pertanian yang lebih kecil. Kawalan perosak juga dapat dijalankan secara berkelompok.

c)

Dron dapat memantau kawasan pertanian yang lebih luas. Kawalan perosak juga dapat dijalankan secara berkelompok.

3.

Encik Harun: Selamat datang Alif, Dina dan Zara ke pusat semaian benih sayur-sayuran. Ini alat semaian yang baru sahaja pak cik beli. Alat ini ciptaan syarikat anak tempatan.


Berdasarkan dialog di atas, di manakah Alif, Dina dan Zara berada?

a)

Pusat semaian benih sayur-sayuran

b)

Pusat semaian benih buah-buahan

c)

Pusat semaian benih pokok-pokok

4.

Encik Harun: Begini, Dina. Mula-mula, masukkan biji benih ke dalam alat ini. Tujuannya untuk meratakan biji benih. Kemudian, letakkan alat ini di atas bekas semaian. Biji benih akan diisikan secara serentak ke dalam bekas semaian.


Apakah yang diterangkan oleh Encik Harun?

a)

Cara untuk menyemai biji benih menggunakan alat semaian automatik.

b)

Cara untuk menyemai biji benih menggunakan alat semaian manual.

c)

Cara untuk menanam biji benih menggunakan alat semaian automatik.

5.

Apakah maksud ringan tulang?

a)

rajin

b)

malas

c)

baik hati

d)

banyak bercakap

6.

Adila seorang murid yang menjaga maruah diri. Apakah perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan maruah diri?

a)

air muka

b)

harga diri

c)

kepala batu

d)

harga individu

7.

Aleesya merupakan ___________ sekolahnya. Aleesya sering menyertai pelbagai jenis pertandingan.

a)

ayam tambatan

b)

bidan terjun

c)

kaki bangku

d)

batu loncatan

8.

Aiman __________ kerana dia perlu menjawab soalan kuiz yang diberikan oleh guru pada keesokan hari.

a)

memerah otak

b)

memerah keringat

c)

ringan tulang

d)

otak geliga

9.

Sudah lama kita tidak _____________ sejak berlakunya krisis pandemik Covid19.

a)

kera sumbang

b)

makan angin

c)

makan air

d)

atas angin

10.

Amira suka membaca buku pada waktu lapang. Apakah simpulan bahasa yang sesuai bagi Amira?

a)

ulat bulu

b)

ulat buku

c)

ringan tulang

d)

ulat sampah

11.

Adakah kamu mula memahami isi pelajaran pada hari ini?

a)

Ya, saya sudah faham cikgu.

b)

Saya agak faham cikgu.

c)

Saya kurang faham cikgu.

d)

Saya tidak faham langsung cikgu.

12.

Terima kasih kerana menjawab soalan kuiz ini.

4 lines