wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT 2.6.1-2.6.5

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan makanan?

a)

pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk

b)

aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makanan yang melibatkan inovasi dan kreativiti

c)

sesuatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair dan dihasilkan daripada haiwan atau tumbuhan

2.

Apakah definisi Reka Bentuk Makanan?

a)

pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk

b)

aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makanan yang melibatkan inovasi dan kreativiti

c)

sesuatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair dan dihasilkan daripada haiwan atau tumbuhan

3.

Reka bentuk makanan terbahagi kepada 2 jenis iaitu.

a)

reka bentuk susunan makanan

b)

reka bentuk pada makanan

c)

reka bentuk pada hiasan

d)

reka bentuk makanan tradisi

e)

reka bentuk makanan moden

4.

Antara berikut yang manakah aspek reka bentuk makanan.

a)

proses menghasilkan makanan

b)

pengiraan kos persediaan makanan

c)

makanan tradisional yg unik dan menarik

d)

individu yang menyediakan makanan

5.

Ciri2 makanan terdiri daripada pelbagai...

pilih 3 jawapan yg betul

a)

tekstur

b)

rupa

c)

bau

d)

jenis

e)

harga

6.

Nyatakan klasifikasi reka bentuk makanan tersebut.

a)

Reka bentuk susunan makanan dalam pinggan atau bekas

b)

Reka bentuk pada makanan itu sendiri

7.

Pilih DUA kepentingan reka bentuk makanan.

a)

Menzahirkan nilai estetika

b)

Kebebasan memilih kepada pengguna

c)

Pengguna mereka bentuk makanan mengikut cita rasa tersendiri

8.

Mengapakah etika sosial termasuk dlm kepentingan reka bentuk makanan.

a)

tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama

b)

makanan lebih menarik

c)

nilai makanan menjadi lebih tinggi

d)

makanan menjadi lebih berkualiti tinggi

9.

Digunakan untuk memudahkan memotong bahan makanan yang lembut namun mempunyai permukaan kulit yang keras. Apakah nama alatan memotong di atas?

a)

Pisau tukang masak

b)

Pisau penyisih

c)

Pisau bergerigi

10.

Pisau turning digunakan untuk membentuk, merapi dan membuang kulit buah-buahan dan sayur-sayuran. Yang manakah pisau turning?

a)
b)
c)
d)
11.

Gambar di atas menunjukkan penerap. Penerap dikategorikan sebagai alatan.....

a)

Alatan membentuk

b)

Alatan memotong

c)

Alatan menghias

d)

Alatan menghidang

12.

Pilih 4 maklumat yang perlu ada pada lakaran reka bentuk makanan dan pembungkusan.

a)

Dimensi

b)

Prinsip reka bentuk

c)

Elemen reka bentuk

d)

Alatan yang digunakan

e)

Bahan yang digunakan

13.

Merujuk kepada struktur dan keadaan permukaan yang boleh 'dirasai' melalui perasaan atau sentuhan.


Apakah jenis elemen yang dinyatakan di atas?

a)

Saiz

b)

Tekstur

c)

Warna

d)

Nilai

14.

Berdasarkan gambar di atas, apakah 2 prinsip reka bentuk yang sesuai yang boleh dinyatakan?

a)

Warna

b)

Pengulangan

c)

Kontras

d)

Penekanan

15.

Merupakan salah satu elemen grafik yang penting dalam sesuatu pembungkusan. Ia juga merupakan nama yang diberikan kepada sesuatu produk atau perkhidmatan.

a)

Tipografi

b)

Reka bentuk

c)

Tanda jenama

d)

Ilustrasi

16.

Berikut merupakan kepentingan pembungkusan makanan, kecuali

a)

Mengekalkan kualiti

b)

Mengekalkan kualiti pemasaran

c)

Meminimumkan pembaziran produk

d)

Mengurangkan penggunaan bahan awet makanan

17.

Pilih 2 faktor penting dalam mereka bentuk pembungkusan makanan.

a)

Menentukan sasaran pasaran dan demografi

b)

Menggabungkan keseimbangan dan tekstur

c)

Penyusunan makanan

d)

Memilih bahan pembungkusan yang mesra alam bagi memelihara alam sekitar

18.

berdasarkan gambar foto, nyatakan nama alatan memotong tersebut.

a)

pisau tukang masak

b)

pisau paring

c)

pisau penyisih

d)

pisau bergerigi

19.

nyatakan fungsi alatan seperti gambar foto

a)

membuang kulit buah buahan

b)

memotong makanan lembut

c)

memisahkan daging dengan tulang

d)

memotong buah buahan

20.

nyatakan nama alatan berdasarkan gambar foto

a)

pisau ukir

b)

pisau turning

c)

parisian scoop

d)

penerap

21.

Pilih pernyataan yang benar mengenai maksud perkakasan.

a)

Kebanyakan alatan merupakan alatan yang diguankan untuk kerja-kerja menghias makanan jenis pastri dan kek.

b)

Perkakasan yang digunakan untuk membuat dan menghasilkan sesuatu makanan.

c)

Peralatan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja yang dilakukan.

d)

Peralatan untuk memudahkan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan manusia.

22.

Apakah prinsip reka bentuk bagi rajah berikut ?

a)

Pembahagian

b)

Keringkasan

c)

Penekanan

d)

Pengulangan

23.

Apakah kegunaan perkakasan memasak yang ditunjukkan?

a)

Mengadun roti

b)

Membuat jus buah-buahan

c)

Mengukus makanan

d)

Mengisar makanan

24.

berdasarkan gambar nyatakan kepentingan reka bentuk makanan yang tepat

a)

pembangunan teknologi moden

b)

kepelbagaian etika budaya

c)

menzahirkan nilai estetika

d)

melindungi etika sosial

25.

Aspek yang manakah yang tidak terlibat dalam pembungkusan makanan?

a)

Penilaian

b)

Pengujian

c)

Pemasaran

d)

Proses reka bentuk

26.

Antara berikut, yang manakah kepentingan pembungkusan makanan?

a)

Mengekalkan kualiti makanan

b)

Memaksimumkan penggunaan bahan awet

c)

Mengoptimumkan pembaziran makanan

d)

meningkatkan nutrien bahan makanan.

27.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah tipografi dalam pembungkusan makanan?

a)

Penyataan yang menyatakan isi kandungan.

b)

Seni menyusun makanan dalam bungkusan

c)

Seni memilih dan mengatur huruf atau muka taip

d)

Senarai ramuan atau bahan mentah yang digunakan.

28.

KESEIMBANGAN ialah...

a)

Cara penyusunan makanan memberi impak kepada emosi, warna, bentuk, saiz dan tekstur berperanan memberi keseimbangan pada susun atur

b)

Saiz hidangan perlulah seimbang dengan saiz pinggan atau bekas

c)

Rasa tidak dapat dilihat tetapi gabungan bahan akan menghasilkan rasa yang unik

29.

Faktor- faktor yang perlu dipertimbangkan dalam proses mereka bentuk pembungkusan makanan ialah ...

a)

sasaran pasaran dan demografi

b)

pembungkusan yang mesra alam

c)

membentuk personaliti produk

d)

penetapan harga makanan yang bersesuaian

30.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri penting mereka bentuk makanan?

a)

Bentuk

b)

Tekstur

c)

Bau

d)

Rasa