wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan tatabahasa tingkatan 1

Total questions: 25

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

1. Semangat__________ dan persaudaraan perlu dipupuk tanpa mengira kaum dan bangsa.

a)

A. toleransi

b)

B perpaduan

c)

C perkauman

d)

D persefahaman

2.

2. Jinny membuat laporan polis setelah beberapa kali __________ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

a)

A diminta

b)

B disuruh

c)

C diugut

d)

D diarah

3.

3.Sherly sangat terkejut mendengar berita kemalangan yang menimpa suaminya sehingga tiada ___________ perkataan pun yang terluah daripada mulutnya.

a)

A sebaris

b)

B sepatah

c)

C sepucuk

d)

D sepotong

4.

4.lham untuk penulisan novelnya __________ secara tiba-tiba apabila dia terjaga daripada tidur pada waktu malam.

a)

A terbit

b)

B datang

c)

C pulang

d)

D terpacul

5.

5. Lister cuba mententeramkan perasaan isterinya yang sedang__________.

a)

A bersedih

b)

B kesedihan

c)

C disedihkan

d)

D menyedihkan

6.

6. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan ialah…......

a)

A bagai pinang dibelah duan

b)

B seperti kerbau dicucuk hidung

c)

C pipit hendak menjadi enggang

d)

D bunga disunting , perdu dibuang

7.

7. Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap tidak mengenang budi dan melupakan orang yang berbuat baik kepada kita, kecuali

a)

A seperti kacang lupakan kulit

b)

B seperti tikus jatuh ke beras

c)

C habis madu, sepah dibuang

d)

D seperti ulat lupakan daun

8.

8.Dia kelihatan ____________________ketika berhadapan dengan panel penemu duga

a)

A gugup

b)

B gusar

c)

C gagap

d)

D gempar

9.

9.Sebentuk cicin berlian _____________di jari manis gadis itu.

a)

A terletak

b)

B termasuk

c)

C terpakai

d)

D tersarung

10.

10.Setiap individu mempunyai _______________ yang berbeza antara satu sama lain.

a)

A keupayaan

b)

B berupaya

c)

C mengupayakan

d)

D berkeupayaan

11.

11.Saban petang Muthu ………………… bakul yang berisi sayuran untuk dijual pada keesokan harinya.

a)

A mengangkat

b)

B menjunjung

c)

C menjinjing

d)

D memikul

12.

Suasana di pasar borong itu ____________ dengan suara penjual yang ingin menarik perhatian pelanggan.

a)

kacau-bilau

b)

kucar-kacir

c)

keluh-kesah

d)

hingar-bingar

13.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

a)

" Harap kamu tabah menghadapi segala kesulitan ini," kata

Encik Luqman kepada anak buahnya itu.

b)

Baru-baru ini datuk saya kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema selama beberapa hari.

c)

Kesulitan wang yang sedang dialaminya berakhir apabila sahabat baiknya meminjamkan wang kepadanya.

d)

Segala berita kesulitan itu hendaklah dirahsiakan supaya perkara itu tidak dibocorkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

14.

Kami amat suka dengan sikap Justin yang peramah dan ringan tulang itu.

a)

teramat suka sekali akan

b)

teramat suka dengan

c)

amat suka akan

d)

amat suka dengan

15.

Kebanyakan orang-orang kampung itu terkejut bila mendengar bunyi dentuman yang kuat pada malam tadi.

a)

Kebanyakan orang-orang kampung itu terkejut apabila

b)

Kebanyakan orang kampung itu terkejut apabila

c)

Kebanyakan orang kampung itu terkejut bila

d)

Kebanyakan orang-orang kampung itu terkejut bila

16.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

Bertahun-tahun Hilman berusaha untuk memajukan perniagaannya tetapi kemelesetan ekonomi menyebabkan perniagaannya jatuh sekelip mata. Sejak itu, dia sangat berhati-hati dalam menjalankan perniagaannya, bak kata pepatah

a)

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

b)

sekali tersengat, selalu beringat.

c)

sirih naik, junjung patah.

d)

takut titik, lalu tumpah.

17.

Baca prosa tradisional di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan di bawah.

Pada suatu hari, ketika yang empunya padi sedang sibuk ke sana dan ke mari menghalau burung-burung yang memakan tanamannya, dengan cepat-cepat anak yatim piatu itu mengambil segenggam padi yang sedang dijemur. Dimasukkannya padi itu ke dalam mulutnya, lalu ia pun melompat dan lari dengan sekencang-kencangnya menuju ke liang tempat ia mula-mula masuk ke kayangan bersama-sama dengan tujuh orang gadis kayangan yang diikutinya beberapa hari yang lalu. Setelah yang empunya kembali dari menghalau burung-burung itu maka didapatinya bekas tangan anak yatim piatu itu pada tompokan padi yang sedang dijemurnya. la pun segera mengerti bahawa padinya ada yang dicuri oleh anak yatim piatu itu. Maka secepat kilat dikejarnya anak yang mencuri padinya itu. Anak itu baru sahaja beberapa langkah menjejakkan kakinya pada pelangi yang menjadi tangga antara bumi dengan kayangan, ketika ia disusul dan ditangkap oleh empunya padi. Ketika yang empunya padi mencapai anak yatim piatu itu, maka dihempaskannya pencuri tadi itu sampai beberapa kali ke tangga pelangi. Tumit anak yatim piatu itu luka kerana terhantuk pada bahagian pinggiryang tajam daripada tangga pelangi itu. Kemudian yang empunya padi itu menggeledah seluruh badan pencuri itu. Didapatinya padinya di dalam mulut anak yatim piatu itu. Dipaksanya anak yatim piatu itu untuk mengembalikan padi yang dicurinya, sebutirpun tidak boleh ada yang ketinggalan. la sama sekali tidak mahu memperkenankan padinya, biar sebutir pun, dicuri dan dibawa ke bumi.

(Dipetik daripada prosa tradisional Asa!Padi, antologi Kuingin Berterima Kasih,

Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Berdasarkan petikan prosa di atas, ke manakah anak yatim piatu itu melarikan diri setelah mengambil padi?

a)

Ke rumahnya yang teletak di bumi

b)

Ke pinggir hutan

c)

Ke liang tempat dia mula-mula masuk ke kayangan

d)

Ke rumah tujuh gadis kayangan

18.

19.

Bagaimanakah empunya padi mengetahui padinya telah dicuri?

a)

Terdengar bunyi kicauan burung pipit

b)

Terdengar bunyi tapak kaki anak yatim piatu berlari

c)

Terdapat bekas tangan anak yatim piatu pada tompokan padi.

d)

Terdapat butiran padi yang bertaburan di jalan menuju ke tangga pelangi

20.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Tuliskan jawapan yang betul anda.

Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.

(a)  

21.

Encik Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.

(a)  

22.

Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.

(a)  

23.
Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.
a)
Beliau
b)
dalam
24.

Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan oleh pengarah syarikat.

(a)  

25.

Ariyan perlu membuat keputusan samada mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun tidak.

(a)