WorksheetsPERIBAHASA DAN SIMPULAN BAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 5hrs 0mins
Pekerja Kilang Mega Mendung bakal mendapat__________setelah kilang mereka mencatat keuntungan.
duit kopi
wang muka
durian runtuh
wang cagaran
Syamsina digelar__________ kerana dia sentiasa memenuhi masa lapangnya dengan membaca buku.
ulat buku
otak cair
terang hati
ringan tulang
Soalan 3 berdasarkan gambar di atas.
Sang Monyet telah membawa_________ ketika melawat Sang Kura- kura yang sakit di hospital.
buah hati
tanda mata
buah tangan
bekas tangan
Walaupun Mak Timah________, dia seorang yang baik hati.
buah mulut
mulut murai
kaki bangku
telinga lintah
Soalan 5 berdasarkan gambar di atas.
Encik Syakir dan Puan Maisarah amat menyayangi anak tunggal mereka_________________.
bagai isi dengan kuku
bagai cincin dengan permata
seperti pungguk rindukan bulan
bagai menatang minyak yang penuh
Jangan mudah berasa __________apabila melihat kejayaan rakan- rakan kita, sebaliknya kita mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.
iri hati
besar hati
putih mata
lapang dada
Marlia dimarahi oleh gurunya, Cikgu Farizan kerana dia selalu menyiapkan kerja sekolahnya_________________.
bagai kumbang putus tali
bagai murai tercabut ekor
seperti cacing kepanasan
bagai melepaskan batuk di tangga
Puteri Santubung dan Puteri Sejenjang merupakan puteri yang mempunyai paras_____________ hingga menjadi sebutan di serata tempat.
seperti delima merekah
bagai pinang dibelah dua
bagai bulan dipagari bintang
seperti cincin dengan permata
Damia sering berasa sedih dan muram sejak sahabat karibnya, Hafizah mengikut keluarganya berpindah ke tempat lain, ibarat kata perumpamaan____________.
seperti cacing kepanasan
seperti rusa masuk kampung
seperti kera mendapat bunga
seperti anak ayam kehilangan ibu
Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita perlulah melaksanakannya dengan sedaya upaya dan elakkan daripada memberikan banyak alasan, bak kata pepatah__________.
ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
sehari selembar benang, lama- lama menjadi kain
ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis
Afeeq seorang murid yang_________ kerana dia sering membantu guru dan juga rakannya melakukan kerja.
berat mulut
ringan tulang
berat tulang
ringan mulut
Perbincangan antara kedua- dua belah pihak telah menemukan _____________ apabila tiada kata putus dapat dicapai oleh mereka.
jalan mati
jalan buntu
jalan tengah
jalan pintas
Kedatangan rombongan peminangan itu amat dialu- alukan dan telah disambut dengan __________ oleh pihak perempuan.
murah hati
langkah kanan
tangan terbuka
senyum sumbing
Faris dan Taufiq bersahabat baik. Hubungan mereka sangat akrab dan saling memahami antara satu sama lain. Persahabatan mereka _________________.
bagai isi dengan kuku
bagai anjing dengan kucing
seperti cincin dengan permata
bagai menatang minyak yang penuh
Kawasan perumahan itu sangat kotor. Penduduknya tidak bersatu hati dan tidak bekerjasama untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut. Masing- masing sibuk dengan urusan sendiri. Sikap mereka tak ubah ___________
seperti anjing dengan kucing
bagai menghitung bulu kambing
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing- masing
Soalan 16 berdasarkan gambar di atas.
Simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah___________________
buah tangan
bekas tangan
lepas tangan
campur tangan
Abdul Asim _________ semasa menjawab soalan peperiksaaan.
perah otak
perah akal
perah ilmu
perah keringat
Perbuatan Pak Saad yang sering melabur dalam skim cepat kaya itu adalah sia- sia, __________
bagai keli kena ketuk
bagai ayam mengeram telur
bagai pahat dengan penukul
bagai menghitung bulu kambing
Lelaki itu menjadi________ sehingga Zhafri dan Muhammad bergaduh.
jalan buntu
batu api
kera sumbang
buah hati
Jalan raya menuju tanah tinggi itu bengkang- bengkok______________.
seperti ular kena palu
seperti api dalam sekam
seperti melukut di tepi gantang
seperti anak ayam kehilangan ibu
