Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

12.2 Sistem saraf

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Sistem saraf dibahagi kepada dua subsistem utama:

a)

sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi

b)

sistem saraf soma dan sistem saraf autonomi

c)

sistem saraf soma dan sistem saraf periferi

d)

sistem saraf autonomi dan sistem saraf pusat

2.

Sistem saraf pusat terdiri daripada … dan …

a)

saraf kranium dan saraf spina

b)

saraf spina dan saraf tunjang

c)

otak dan saraf tunjang

d)

otak dan saraf kranium

3.

Serebrum merupakan pusat kawalan

a)

keseimbangan air, mengawal atur suhu badan, tekanan darah

b)

emosi, pendengaran, penglihatan, personaliti dan tindakan terkawal

c)

tindakan luar kawal seperti denyutan jantung

d)

keseimbangan badan

4.

Hipotalamus merupakan pusat kawalan

a)

keseimbangan air, mengawal atur suhu badan, tekanan darah

b)

emosi, pendengaran, penglihatan, personaliti dan tindakan terkawal

c)

tindakan luar kawal seperti denyutan jantung

d)

keseimbangan badan

5.

Apakah bahagian utama otak manusia yang bertanggungjawab terhadap keupayaan mental yang tinggi?

a)

hipotalamus

b)

serebelum

c)

serebrum

d)

medula oblongata

6.

Bahagian otak manusia yang mengawal tindakan luar kawal ialah

a)

hipotalamus

b)

serebelum

c)

serebrum

d)

medula oblongata

7.

Apakah fungsi bendalir serebrospina di saraf tunjang?

a)

memberi gerak balas

b)

menghubungkan otak dengan sistem saraf periferi

c)

mengawal tindakan refleks

d)

memberi perlindungan dan membekalkan nutrien

8.

Berikut merupakan fungsi saraf tunjang KECUALI

a)

memberi perlindungan dan membekalkan tenaga

b)

menghubungkan otak dengan sistem saraf periferi

c)

mengawal tindakan refleks

d)

memproses jenis maklumat deria dan menghantar gerak balas

9.

Sistem saraf soma mengawal semua tindakan

a)

terkawal

b)

luar kawal

10.

Sistem saraf autonomi mengawal tindakan

a)

terkawal

b)

luar kawal