NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH KSSM
Total questions: 60
Worksheet time: 56mins
1. Apakah maksud Daulat dalam Bahasa Melayu?
Negara yang bebas
kekuasaan tertinggi
negara berkuasa penuh
kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan
Aristotle dan Jean Bodin turut memberikan pandangan tentang kedaulatan. Apakah persamaan tarif mereka tentang kedaulatan?
Semangat kekitaan
Kemerdekaan negara
Kebebasan dan keadilan
Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara
Apakah kriteria sebuah negara yang berdaulat menurut pandangan Tun Dr. Mohamed Salleh Abas?
,
.
Apakah ciri kedaulatan tradisional?
wujud sejak tamadun awal manusia
pemerintahan berkuasa mutlak
dikaitkan dengan hak rakyat dan kerajaan
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
Apakah yang menjadi paksi kepada kedaulatan negara kita?
Rukun Negara
Dasar luar negara
Perlembagaan Persekutuan
Kedaulatan Raja-raja Melayu
Apakah kesan Revolusi Keagungan 1688 (England) dan Revolusi Perancis 1789?
Kerajaan Demokrasi
Idea negara bangsa
Kedaulatan antarabangsa
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap sesebuah negara?
kedaulatan tradisional
kedaulatan moden
kedaulatan undang-undang
kedaulatan antarabangsa
Siapakah Ketua Utama negara kita?
Sultan
Menteri Besar
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Mengapakah negara yang berdaulat perlu menetapkan sempadannya?
memanfaatkan kekayaan
memudahkan urusan pemerintahan
menyatupadukan penduduk berbilang kaum
mengenal pasti sistem pemerintahan
Apakah asas sistem pemerintahan negara kita?
Hukum adat
Pemerintahan demokrasi
Perlembagaan Persekutuan
Raja Berperlembagaan
Apakah maksud kedaulatan antarabangsa?
kuasa mutlak pemerintah
semangat nasionalisme rakyat
persamaan rumpun bangsa dan bahasa
pengiktirafan PBB terhadap sesebuah bangsa
Apakah ciri-ciri negara berdaulat?
memiliki sumber bahan mentah
mengamalkan sistem demokrasi
mempunyai rakyat dan sempadan
menjalin hubungan dengan kuasa luar
Apakah kesan jalinan hubungan Malaysia dengan negara luar?
melahirkan generasi yang berilmu
mempertahankan kedaulatan negara
mengukuhkan perpaduan rakyat
mewujudkan bangsa Malaysia
Apakah kepentingan pelaksanaan dasar Rukun Negara dan Bahasa Kebangsaan?
menyatukan rakyat
memupuk daya saing
menjamin kemakmuran
memelihara hak asasi rakyat
Apakah yang dapat dikaitkan dengan keberkesanan pentadbiran negara kita?
jemaah menteri
perpaduan rakyat
kemakmuran negara
hubungan diplomatik
Mengapakah perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pengagihan kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
menggalakkan kerjasama
memudahkan pemerintahan
mewujudkan pentadbiran yang berkesan
memastikan dasar kerajaan dilaksanakan
Selepas merdeka, apakah yang dilaksanakan untuk memajukan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat?
Demokrasi Berparlimen
Dasar pembangunan ekonomi
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Penggubalan dasar luar negara
Bagaimanakah usaha melahirkan generasi berilmu dan berkemanusiaan dapat dicapai?
Sistem pendidikan
Hubungan diplomatik
Kecemerlangan sukan
Dasar kemakmuran ekonomi
Apakah kepentingan penggubalan dasar luar Malaysia?
Menjalin persahabatan
Memelihara kemakmuran
Memperbesar angkatan tentera
mewujudkan perpaduan
Pada pendapat anda, apakah faktor utama yang memastikan kedaulatan dapat dipertahankan?
kemakmuran ekonomi
pengiktirafan kuasa luar
pemerintahan yang teratur
kerjasama pemerintah dan rakyat
Apakah peranan rakyat dalam mengekalkan perpaduan rakyat berbilang bangsa di Malaysia?
Mengamalkan Prinsip Rukun Negara
Merangka program ke arah memupuk perpaduan
Menggubal dasar berkaitan perpaduan
memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar
Sebelum kedatangan British, negara kita diperintah berdasarkan pemerintahan?
Beraja
Aristokrasi
Demokrasi
Tirani
Apakah tujuan pengenalan undang-undang British di Negeri-negeri Selat?
melindungi hak penduduk asal
memakmurkan ekonomi negeri
menghapuskan kuasa bangsawan
menjadi panduan pegawai British
Apakah kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Hubungan Luar
Kewarganegaraan
Sempadan negeri
Kuasa Kerajaan Negeri
Apakah perkara yang menjadi terma rujukan dalam penggubalan Perjanjian Persekutuan 1957?
Kedudukan pegawai British
Penegnalan undang-undang Barat
Gabungan kerajaan Persekutuan dan negeri
Hak istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain
Apabila negara kita mencapai kemerdekaan, tanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah diserahkan kepada?
Ketua Menteri
Menteri Besar
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Mengapakah pindaan Perlembagaan 1965 dibuat?
berakhirnya zaman darurat
negara mencapai kemerdekaan
pembentukan gagasan Malaysia
pemisahan Singapura daripada Malaysia
Apakah ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan?
Kewarganegaraan
Konsep Persekutuan
Pemerintahan Beraja
Demokrasi Berparlimen
Di manakah Charter of Justice dilaksanakan?
Melaka
Sarawak
Sabah
Johor
Berikut merupakan ciri-ciri undang-undang?
-Rakyat sebagai pemerintah
-Rakyat memberikan kesetiaan
Undang-undang Inggeris
Undang-undang adat Melayu
Undang-undang negeri Melayu
Perlembagaan Persekutuan
Apakah tujuan pengenalan undang-undang Charter of Justice I, Charter of Justice II dan Charter of Justice III?
Melindungi penduduk asal
Menghapuskan kuasa sultan
Membanteras ancaman lanun
mengawal kemasukan imigran
Apakah kepentingan penubuhan Majlis Undangan kepada Sabah?
memajukan ekonomi
menggalakkan pelaburan
menggubal undang-undang
menyertai Persekutuan Malaysia
Antara berikut, majlis yang manakah diberikan kuasa mentadbir negeri mengikut Perlembagaan Sarawak pada tahun 1959?
Majlis Kerja
Majlis Negeri
Majlis Tempatan
Majlis Undangan
Apakah kesan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
pewujudan kerajaan negeri dan pusat
Pembentukan Majlis Negeri
Pemansuhan undang-undang British
Pelaksanaan undang-undang Melayu
Berikut merupakan terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957 kecuali?
Kerajaan Persekutuan
Kedudukan Raja Melayu
Dua dewan dalam parlimen
Kerajaan Negeri
Sebagai pemerintah berdaulat, apakah ciri utama pemerintahan sultan dalam negeri Melayu di bawah pemerintahan baginda?
Berkuasa penuh
Diiktiraf oleh kuasa asing
Mendapat sokongan rakyat
Bercirikan pemerintahan Islam
Senarai berikut berkaitan dengan ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan kecuali?
Pemerintahan beraja
Agama Islam
Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera
Demokrasi Berparlimen
Parlimen mempunyai kuasa dalam bidang berikut kecuali
Kewarganegaraan
Pindaan undang-undang
Menyemak dasar Kerajaan
Sistem Cukai yang baharu
Apakah yang menjadi asas perlembagaan baharu untuk Persekutuan Malaysia 1963?
Undang-undang British
Undang-undang negeri Melayu
Perlembagaan Tanah Melayu 1957
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Apakah kepentingan pilihan raya?
Kebebasan memilih
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan raja
Keadilan perlembagaan
Apakah aspek yang terlibat dalam Pindaan Perlembagaan 1963?
Struktur Mahkamah Atasan
Pengagihan kekayaan
Peranan Bahasa Kebangsaan
Jawatan Yang di-Pertuan Agong
Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?
Mengampun dan menangguhkan hukuman
Mengetuai pentadbiran negara
Menguruskan hal ehwal pentadbiran negara
Menggubal dasar luar
Bagaimanakah peristiwa Singapura keluar daripada Malaysia dilaksanakan?
Perjanjian pemisahan
Persetujuan pemimpin
Pindaan Perlembagaan
Arahan Perdana Menteri
Bagaimanakah kedatangan Islam mempengaruhi pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
Raja berwibawa
Sultan berkuasa mutlak
Kesultanan menjadi kukuh
Sultan sebagai ketua agama Islam
Walaupun British berjaya meluaskan kuasanya di NNMB dan NNMTB namun Raja-raja Melayu terus kekal memerintah. Mengapakah situasi tersebut berlaku?
Raja berkuasa mutlak
Undang-undang menyekat pentadbiran British
Pegawai British tidak mendapat tempat dalam pentadbiran
Pentadbiran British melalui surat perisytiharan Raja-raja Melayu
Berbanding dengan raja di NNMB, kedudukan raja di NNMTB adalah lebih kukuh. Mengapakah situasi tersebut berlaku?
Pentadbiran tidak bersifat persekutuan
Pentadbiran dilaksanakan oleh pembesar Melayu
Undang-undang Tubuh Kerajaan jadi rujukan
Pegawai Bristish gagal mempengaruhi keputusan raja
Apakah status Raja-raja Melayu semasa pendudukan Jepun?
Wakil Maharaja Jepun
Ketua pentadbir negeri
Pengawal keselamatan dan Keamanan
Ketua hal ehwal agama Islam
Kedudukan Raja-raja Melayu terancam pada tahun 1946 apabila Malayan Union diperkenalkan. Mengapakah ancaman tersebut berlaku?
Raja Melayu hilang sokongan
Kuasa Raja-raja Melayu dilucutkan
Pentadbiran secara langsung melalui Gabenor
Sistem pemerintahan beraja tidak dilaksanakan
Antara berikut, yang manakah konsep baharu yang diperkenalkan dalam Perlembagaan Persekutuan?
Demokrasi Berparlimen
Undang-undang bertulis
Majlis Raja-raja Melayu
Jawatan Perdana Menteri
Antara berikut, yang manakah merupakan titik permulaan Majlis Raja-raja Melayu?
Durbar
Malayan Union
Sistem Residen
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Apakah kesan pelaksanaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayun 1948?
Majlis Raja-raja
Sistem Penasihat
Raja Berpelembagaan
Demokrasi Berparlimen
Apakah kepentingan Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan?
Kewajipan Parlimen bersidang
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
Pengamalan Demokrasi Berparlimen
Peranan dan Tanggungjawab Perdana Menteri
Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia yang terdiri daripada tiga komponen utama kecuali
Dewan Undangan Negeri
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Yang di-Pertuan Agong
Berikut merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong kecuali?
Kehakiman
Perundangan
Eksekutif
Ketenteraan
Apakah keunikan amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia?
Proses Piliha raya
Raja Berperlembagaan
Sistem pengasingan kuasa
Gabungan unsur tradisonal dan moden
Bagaimanakah kedudukan Sultan Pahang semasa penjajahan British?
Menjadi ketua kerajaan
Memerintah secara mutlak
Menerima nasihat daripada Residen
Menyerahkan kuasa kepada Penasihat Bristish
Apakah persamaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911?
Membuktikan pemerintahan mutlak
menunjukkan pengaruh birokrasi Barat
menjejaskan kedaulatan raja yang memerintah
Menyerlahkan ciri pemerintahan raja Berperlembagaan
Jika seseorang pegawai tinggi angkatan tentera dijatuhi hukuman, siapakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?
Perdana Menteri
Menteri Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong
Hakim Mahkamah Tinggi
Apakah tugas utama Jemaah Menteri?
Menggubal dasar negara
Menjamin keadilan sosial
Melaksanakan undang-undang
Melindungi hak istimewa bumiputera
Bagaimanakah pemerintahan beraja mampu mengimbangi pemerintahan demokrasi?
Mencontohi model Westminster England
Berdasarkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong
Melalui kerjasama permuafakatan pelbagai parti politik
Raja berkecuali dalam hal politik, ekonomi dan dasar negara
