wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pelajaran 22 : Mandi Wajib Penyuci Diri (Ting. 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mandi menurut bahasa

a)

Mengalirkan air ke atas sesuatu

b)

Mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu

c)

Mandi yang wajib dilakukan apabila terdapat sebab yang mewajibkan mandi

d)

Menitiskan air ke atas sesuatu

2.

Menurut istilah, mandi bermaksud

a)

Mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu

b)

Mengalirkan air ke atas kepala dengan niat yang tertentu

c)

Mengalirkan air ke atas sesuatu dengan niat yang tertentu

d)

Mengalirkan air ke atas bilik air dengan niat yang tertentu

3.

"وإن كنتم جنبا فاطّهّروا".


Apakah maksud potongan ayat A-quran di atas?

a)

Dan jika terdapat kekotoran (berhadas besar) maka bersucilah (dengan mandi wajib)...

b)

Dan jika terdapat darah nifas (berhadas besar) maka bersucilah (dengan mandi wajib)...

c)

Dan jika kamu haid (berhadas besar) maka bersucilah (dengan mandi wajib)...

d)

Dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah (dengan mandi wajib)...

4.

Pilih 3 perkara yang mewajibkan mandi bagi perempuan sahaja:

a)

Haid

b)

Wiladah

c)

Jimak

d)

Nifas

5.

Di bawah adalah perkara-perkara yang mewajibkan mandi kecuali....

a)

Haid

b)

Nifas

c)

Wiladah

d)

Badan berpeluh

6.

Apakah maksud nifas?

a)

Darah yang keluar selepas melahirkan anak

b)

Darah yang keluar kerana penyakit

c)

Darah yang keluar setiap bulan ( haid)

d)

Darah luka

7.

Wiladah ialah...

a)

Proses kelahiran anak

b)

Darah kerana perang

c)

Darah penyakit perempuan

d)

Darah yang keluar selepas keguguran

8.

Istihadah ialah..

a)

Darah penyakit yang keluar dari pangkal rahim wanita

b)

Darah haid

c)

Proses melahirkan anak

d)

Darah kerana keguguran

9.

Perempuan yang berhadas besar adalah dilarang untuk...

a)

Menyentuh Al Quran

b)

Membawa Al Quran

c)

Membaca Al Quran

d)

Semua di atas

10.

Gadis yang sedang didatangi haid dilarang untuk...

a)

Solat

b)

Tawaf

c)

Berhenti atau duduk dalam masjid

d)

Semua di atas

11.

Rukun mandi wajib ialah niat dan.......

a)

Meratakan air keseluruh badan

b)

Membaca doa selepas mandi

c)

Berkumur-kumur

d)

Membasuh anggota badan yang terkena najis

12.

Semua di bawah ini adalah contoh mandi sunat kecuali...

a)

Mandi pada pagi hari raya Aidil Fitri

b)

Mandi selepas mandi jenazah

c)

Mandi selepas habis haid

d)

Mandi sebelum solat gerhana

13.

Berikut merupakan perkara sunat ketika mandi wajib KECUALI

a)

Bersihkan qubul dan dubur dengan tangan kiri sambil mencangkung

b)

Gosok badan berturut-turut antara basuhan anggotanya

c)

Mendahulukan menjirus air ke anggota badan sebelah kanan

d)

Meratakan anggota air ke seluruh anggota badan, kulit dan rambut

14.

Berikut merupakan larangan ketika berhadas besar bagi lelaki dan perempuan KECUALI

a)

solat fardhu dan solat sunat

b)

berhenti duduk dalam masjid

c)

tawaf

d)

berdoa dan berzikir

15.

Mandi yang diwajibkan bagi lelaki

a)

Istihadah

b)

Haid

c)

Keluar air mani atau bersetubuh

d)

Bergurau

16.

Darah kotor yang keluar dari pangkal rahim perempuan yang telah baligh dalam keadaan sihat pada waktu tertentu


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian

a)

haid

b)

nifas

c)

jimak

d)

wiladah

17.

Apakah perkara yang dibolehkan semasa berhadas besar?

a)

Membaca al-Quran

b)

Menunaikan Solat

c)

Tawaf ketika melakukan umrah

d)

Berzikir

18.

Berapakah rukun mandi wajib?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

19.

Anis hendak memotong kuku semasa sedang haid.

a)

Boleh

b)

Tidak boleh

20.

Berikut adalah hikmah mandi wajib (pilih 3 jawapan)

a)

Mengembalikan kesegaran badan

b)

Membersihkan kotoran dari badan

c)

Menghilangkan bau peluh dan darah

d)

Tidak dapat melaksanakan ibadah yang diharamkan