WorksheetsSains T5: Haba
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Mengapakah bola pingpong yang kemik menjadi bulat semula selepas dimasukkan ke dalam air panas?
Air panas masuk ke dalam bola pingpong.
Jisim bola pingpong bertambah
Udara dalam bola pingpong mengembang
Udara dalam bola pingpong mengecut
Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR mengenai haba? (*Jawapan lebih daripada SATU)
Objek yang panas mempunyai kurang haba.
Objek yang sejuk mempunyai lebih banyak haba.
Objek menjadi semakin sejuk selepas kehilangan haba.
Objek menjadi semakin panas selepas menyerap haba.
Antara berikut, yang manakah akan berlaku apabila segelas air diletakkan dalam peti sejuk?
Haba air bertambah
Suhu air meningkat.
Suhu air berkurang
Air menjadi semakin panas
Antara berikut, yang manakah merupakan unit piawai untuk suhu?
Milimeter ( ml )
Miligram ( mg )
Darjah Celcius ( °C )
Sentimeter padu ( cm3 )
Antara alat berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menyukat suhu?
Puan Ramlah menghadapi kesukaran untuk membuka penutup logam yang ketat bagi sebiji botol. Antara CARA berikut, yang manakah dapat mengatasi masalahnya?
Rendamkan botol dalam air sejuk
Rendamkan botol dalam air panas
Rendamkan penutup logam dalam air sejuk
Rendamkan penutup logam dalam air panas
Apakah akan berlaku jika kabel telefon dipasang dengan tegang semasa proses pemasangannya?
Kabel telefon akan terbakar
Kabel telefon akan melebur
Kabel telefon akan terputus pada hari sejuk
Kabel telefon tidak dapat berfungsi pada hari panas
Rajah menunjukkan sebatang sudu besi diletakkan di bawah cahaya matahari. Mengapakah sudu besi itu berasa panas selepas beberapa minit?
Sudu besi memantulkan haba.
Sudu besi menerima haba.
Sudu besi kehilangan haba.
Sudu besi membebaskan haba.
Rajah menunjukan beberapa kiub ais ditambahkan ke dalam sebikar air panas. Air menjadi semakin sejuk selepas beberapa minit. Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR?
Haba air hilang
Haba air bertambah
Air menyerap haba
Air mengalirkan haba
Jadual menunjukkan suhu air dalam empat buah bikar. Air dalam bikar yang manakah mengandungi paling banyak haba?
P
Q
R
S
Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Apakah akan berlaku kepada belon jika botol kaca diletakkan dalam sebikar air sejuk?
Belon itu akan meletup
Belon itu akan mengembang
Belon itu akan menjadi lebih kecil
Belon itu akan menjadi lebih besar
Rajah menunjukkan perubahan suhu sebikar air. Apakah INFERENS (SEBAB) yang boleh dibuat berdasarkan perubahan suhu tersebut?
Bikar menyerap haba daripada air
Air membebaskan haba ke persekitaran
Air menyerap haba daripada persekitaran
Air telah dimasukkan ke dalam peti sejuk
Antara berikut yang manakah menggunakan prinsip pengembangan dan pengecutan? (*Jawapan boleh melebihi SATU jawapan)
Antara objek berikut, yang manakah menjadi panas PALING CEPAT apabila direndam dalam air panas?
Apakah maksud suhu?
Darjah kesejukan dan kesuaman suatu bahan.
Darjah tinggi atau rendah suatu bahan.
Darjah kepanasan atau darjah kesejukan suatu bahan.
Darjah kepanasan dan kehangatan suatu bahan.
Apakah takat didih air?
88°C
97°C
100°C
110°C
Apakah takat beku air?
0°C
-1°C
-37°C
-100°C
Berapakah bacaan pada termometer ini?
33°C
34°C
35°C
36°C
Berapakah bacaan suhu pada termometer ini?
30°C
31°C
32°C
33°C
Udara akan mengembang apabila di.................
panaskan
sejukkan
biarkan
ambilkan
Cara mengambil bacaan suhu yang betul dengan menggunakan termometer bercecair alkohol ialah
Kedudukan mata yang lebih tinggi daripada bacaan.
Kedudukan mata yang lebih rendah daripada bacaan.
Kedudukan mata yang tinggi dan rendah.
Kedudukan mata pada aras meniskus cecair dalam termometer.
Apakah corak perubahan suhu air dalam rajah di atas ?
Berkurang
Bertambah
Bertambah dan berkurang
Tiada perubahan
Apakah maksud Haba?
Darjah kepanasan atau darjah kesejukan suatu bahan.
Suatu bentuk tenaga yang dipindahkan kerana terdapat perbezaan suhu.
Hubungan makanan antara hidupan.
Gabungan beberapa rantai makanan.
Afifah menuang air suam ke dalam bikar. Suhu air tersebut ialah 45 darjah Celcius .Kemudian, dia memanaskan air itu dengan menggunakan penunu Bunsen . RAMALKAN suhu air selepas beberapa minit.
75 darjah Celcius
45 darjah Celcius
30 darjah Celcius
10 darjah Celcius
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?
Semakin bertambah masa pemanasan air, semakin berkurang suhu air.
Semakin berkurang masa pemanasan air, semakin berkurang suhu air.
Semakin berkurang masa pemanasan air, semakin bertambah suhu air.
Semakin bertambah masa pemanasan air, semakin bertambah suhu air.
