wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BMSPMSEP

Total questions: 56

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan pola ayat di bawah.


Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

2.

Kenal pasti subjek dan predikat ayat di bawah.


Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.

a)

S: Demi membiayai kos pelajaran anak-anak

P: ibu bapa sanggup bergolok-bergadai

b)

S: Ibu bapa sanggup bergolok-bergadai

P: demi membiayai kos pelajaran anak-anak

c)

S: Ibu bapa

P: sanggup bergolok-bergadai demi membiayai kos pelajaran anak-anak

d)

S: Sanggup bergolok-bergadai demi membiayai kos pelajaran anak-anak

P: ibu bapa

3.

Janganlah merokok kerana amalan itu membahayakan kesihatan.


Ayat ini ialah :

a)

Ayat tanya

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

d)

Ayat penyata

4.

Pilih dua ayat yang bersusunan songsang.

a)

Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara.

b)

Latihan menembak akan dijalani oleh Pasukan Kadet Polis sekolah itu pada minggu hadapan.

c)

Potensi diri perlu kita kenal pasti jika ingin mencapai kejayaan.

d)

Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.

5.

Pilih dua ayat menggunakan pola FN+FS.

a)

Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu.

b)

Blok asrama baharu itu untuk murid-murid lelaki di sekitar Kuala Lumpur.

c)

Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat.

d)

Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru.

6.

Betulkan kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah.


Pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada para penonton.

(a)  

7.

Mangsa kemalangan jalan raya itu telah (a)   ke hospital dengan menggunakan sebuah ambulans.

8.

Mesyuarat ahli (a)   sambutan Hari Koperasi Sekolah sedang membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.

9.

Pilih ayat yang betul.

a)

Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri .

b)

Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan diri

c)

Stesen-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri .

d)

Stesen-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan diri .

10.

Semua ayat di bawah betul kecuali:

a)

Pilih mana-mana jurusan yang sesuai dengan kelulusan anda dalam peperiksaan Sijil Pelajaran

b)

Selain daripada menahan lukah, nelayan itu juga menggunakan seutas jala untuk menangkap ikan di sungai.

c)

Dalam konvensyen itu telah dibentangkan kertas-kertas kerja tentang usaha-usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid.

d)

Rakyat Malaysia perlulah saling membantu dalam usaha memupuk semangat perpaduan kaum.

11.

Betulkan kesalahan pada ayat di bawah.


Guru berperanan untuk membentuk generasi yang memahami inspirasi negara dan seterusnya membawa Malaysia ke mercu kegemilangan pada masa depan.

(a)  

12.

Para pengguna hendaklah mengikis sikap gopoh-gapah (a)   di jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.

13.

Betulkan kesalahan dalam ayat di bawah.


Kempen menggalakkan orang ramai menderma darah perlu dipergiat kerana darah amat diperlukan supaya menyelamatkan nyawa.

(a)  

14.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

a)

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

b)

Tiada rotan akar pun berguna.

c)

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

d)

Cubit peha kiri peha kanan terasa juga

15.

Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah bermaksud...

a)

membuat kerja bersama-sama

b)

Pembahagian yang sama rata

c)

Rajin melakukan sesuatu perkara

d)

Yang baik itu biar di mana pun tempatnya, akan tetap baik juga

16.

Pilih dua peribahasa yang hampir sama makna...

a)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

burung terbang dipipiskan lada

c)

pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

d)

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama diturun

17.

Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi situasi di bawah.


"Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua,…………..…………" pesan Cikgu Adli.

(a)  

18.

Maksud tiada rotan akar pun berguna ialah...

a)

Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya

b)

Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.

c)

Yang baik itu biar di mana pun tempatnya, akan tetap baik juga

d)

Tidak mudah berputus asa sebelum berjaya

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata paras kritikal?

a)

Tahap serius

b)

Paras kronik

c)

Tahap kritikal

d)

Paras bahaya

20.

Nyatakan maksud rangkai kata habitat haiwan?

a)

habitat flora

b)

flora dan fauna

c)

Spesies haiwan

d)

linkungan binatang

21.

Rangkai kata mengekang aktiviti membawa maksud?

a)

menghalang aktiviti

b)

menghalang kegiatan

c)

mengekang kegiatan luar

d)

menyokong kegiatan

22.

Pilih maksud rangkai kata meresap masuk yang salah.

a)

melantas ke dalam

b)

menyerap ke dalam

c)

menyusup masuk

d)

menyelinap ke dalam

23.

Rangkai kata meneroka startegi membawa maksud...

a)

Mencari kaedah

b)

meneroka pendekatan

c)

kaedah yang berlainan

d)

kaedah merancang

24.

nyatakan maksud rangkai kata mengembalikan nostalgia?

a)

Mewujudkan memori

b)

memberikan ingatan

c)

mewujudkan peristiwa

d)

memberikan nostalgia

25.

Rangkai kata kearaban terhakis membawa maksud...

a)

kearaban yang terjejas

b)

keteguhan terhapus

c)

keeratan yang terhakis

d)

terjejasnya perhubungan

26.

i) Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan olehku.

a)

aku lupakan

b)

lupakanku

c)

dilupaku

27.

ii)Kegiatan pemerdagangan manusia telah mendapat perhatian dunia dan menjadi isu antarabangsa di masa ini

a)

kepada masa

b)

pada masa

c)

ke masa

28.

iv)Masyarakat Minangkabau adalah masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih

a)

ialah

b)

merupakan

c)

seperti

29.

vi)Ketua kampung akan membincangkan tentang masalah catuan air dengan penduduk kampung pada hari Sabtu Nanti

a)

membincangkan kepada

b)

membincangkan

c)

membincangkan bahawa

30.

viii)Kejayaan pelakon terkenal itu disambut baik daripada peminatnya

a)

dari

b)

kepada

c)

oleh

31.

X)Murid yang terpandai sekali akan mendapat hadiah daripada guru kelas .

a)

pandai sekali

b)

paling pandai sekali

c)

sangat pandai sekali

32.

xii)Semua murid-murid dikehendaki menjawab kuiz tatabahasa yang diberikan oleh cikgu BM

a)

semua murid

b)

semua murid-murid

c)

semua orang murid

33.

Pilih imbuhan yang betul bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat berikut:

Ayah bernyalakan lampu apabila malam menjelma.

a)

menyala

b)

bernyala

c)

menyalakan

d)

dinyalakan

34.

Pilih imbuhan yang betul bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat berikut:

Seorang saksi sedang bercerita kemalangan ngeri itu kepada wartawan.

a)

bercerita

b)

diceritakan

c)

mencerita

d)

menceritakan

35.

Pilih imbuhan yang betul bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat berikut:

Cikgu menasihatkan murid-murid agar mematuhi peraturan sekolah.

a)

dinasihati

b)

dinasihatkan

c)

nasihatkan

d)

menasihati

36.

Pilih imbuhan yang betul bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat berikut:

Ali menemukan isterinya dengan ibu bapanya di kampung.

a)

mempertemukan

b)

menemui

c)

bertemu

d)

mempertemu

37.

Pilih imbuhan yang betul bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat berikut:

Buku cerita ini saya baca untuk adik.

a)

membacakan

b)

terbaca

c)

dibaca

d)

bacakan

38.

Pilih imbuhan yang betul bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat berikut:

Sayur itu dijualkan oleh seorang wanita tua.

a)

terjual

b)

dijual

c)

menjual

d)

berjual

39.

Pilih imbuhan yang betul bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat berikut:

Kerjasama antara kedua-dua buah negara telah berjaya menumpaskan sindiket penggedaran dadah.

a)

pengedar

b)

mengedarkan

c)

edar

d)

pengedaran

40.

Pilih imbuhan yang betul bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat berikut:

Semua murid tidak harus melanggari undang-undang sekolah.

a)

melanggar

b)

langgar

c)

melanggarkan

d)

berlanggar

41.

Pilih imbuhan yang betul bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat berikut:

Puan Ana mewariskan kemahiran menjahit daripada neneknya.

a)

wariskan

b)

mewarisi

c)

terwarisi

d)

berwarisi

42.

Pasangan pengantin diraja itu duduk di atas __________ sebaik-baik sahaja diarak oleh pasukan kompang.

a)

peterana

b)

mahligai

c)

singgahsana

d)

istana

43.

Jurukamera itu memiliki kepakaran untuk menghasilkan gambar yang terang dan jelas dengan cara mengurangkan __________ cahaya.

a)

kekuatan

b)

keamatan

c)

ketajaman

d)

keterangan

44.

Dengan __________ ini, kita akan dapat memahami perbezaan antara undang-undang dengan adat istiadat.

a)

tarif

b)

takrif

c)

taksir

d)

tafsir

45.

Sazali terpaksa _______ perkahwinanya kerana menghadapi masalah kewangan.

a)

meminda

b)

menangguhkan

c)

menganjakkan

d)

menundakan

46.

Sazali terpaksa _______ perkahwinanya kerana menghadapi masalah kewangan.

a)

meminda

b)

menangguhkan

c)

menganjakkan

d)

menundakan

47.

Pilih penggunaan kata sendi yang betul. Boleh pilih lebih daripada satu.

a)

Mereka berbincang tentang masalah disiplin.

b)

Kami terpaksa membuat keputusan terhadap perkara itu.

c)

Pihak PIBG mengambil tindakan terhadap guru itu.

d)

Pertanyaan beliau tentang perkara itu akan dijawab pleh Pengerusi.

48.

Tuliskan kata sendi yang betul.

Persembahan wayang kulit itu dikagumi (a)   pelancong dari Eropah.

49.

Tuliskan kata nama yang sesuai.

Pihak polis melarang (a)   menemuramah saksi kerana dikhuatiri akan mengganggu kes yang sedang dibicarakan

50.

Tuliskan penjodoh bilangan yang sesuai.

Datuk membelah buah kelapa itu dengan menggunakan (a)   parang yang tajam.

51.

Tuliskan kata kerja yang sesuai.

Raveena berjalan dengan perlahan-lahan sambil (a)   dua buah baldi yang berisi air.

52.

"Awak kena fikir __________ sebelum membuat keputusan," kata Cikgu Pannir kepada Tam Kai Yuan.

a)

deras-deras

b)

cukup-cukup

c)

masak-masak

d)

elok-elok

53.

Bunyi barang-barang kaca yang jatuh itu ________hingga adik terjaga daripada tidur.

a)

mendadak

b)

mendepan

c)

mendesing

d)

menderang

54.

Soalan penjodoh bilangan

(a)   belon

55.

Soalan penjodoh bilangan (tidak perlu menulis se-)

(a)   mercun

56.

Berikan peribahasa yang sesuai. (hints: hair)

Perasaan dan isi hati manusia berbeza antara satu sama lain.

(a)