wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

peribahasa tingkatan 1

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pui Man dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.

a)

bagai pahat dengan penukul

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai menarik rambut di dalam tepung

2.

Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai bunyi periau pecah

c)

bagai ayam dimakan tungau

d)

bagai mendukung biawak hidup

3.

Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______

a)

bagai itik pulang petang

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai bulan dipagari bintang

d)

air dicencang tidak akan putus

4.

Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka ______

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti bumi dengan langit

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

bagai menatang minyak yang penuh

5.

Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

6.

Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

7.

Baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Anggota keselamatan di negara ini diseru supaya menjauhi amalan rasuah kerana sikap segelintir antara mereka boleh menjejaskan imej keselamatan tersebut.

a)

kerana nila setitik,rosak susu sebelanga

b)

bagai telur dihujung tanduk

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai gergaji bermata dua

8.

Baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.

a)

carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga

b)

seperti kucing dengan anjing

c)

bagai hempedu lekat di hati

d)

bagai inai dengan kuku

9.

Baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Ketika kita sedang berbual-bual atau bergurau senda,kita perlulah berhati-hati semasa mengeluarkan tutur kata kerana tersilap kata akan mengeruhkan keadaan.

a)

terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya

b)

barang yang dikata,itulah kota

c)

baru bertatih sudah hendak berlari

d)

bayang disangka tubuh

10.

Para tetamu berasa teruja apabila dapat bersama-sama menyaksikan majlis perkahwinan yang masih mengekalkan adat istiadat turun-temurun. peribahasa yang sesuai ialah:

a)

orang mengantuk disorongkan bantal

b)

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

c)

yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

d)

masuk ke telinga kanan, keluar telinga kiri

11.

Prakash betul-betul kecewa kerana dia dipersalahkan dalam kes kecurian itu. Padahal, dia langsung tidak berada di tempat kejadian. Keadaan ini diibaratkan ...................... .

a)

A. orang lain makan nangka, orang lain yang terkena getahnya.

b)

B. rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

C. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu

d)

D. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

12.

Andy dan Robert amat rapat dan sentiasa bersama walau ke mana sahaja mereka pergi. Hubungan mereka ini bertepatan dengan perumpamaan ...........................

a)

A. bagai layang-layang putus tali

b)

B. bagai duri dalam daging

c)

C. bagai dakwat dengan kertas

d)

D. bagai tikus jatuh ke beras

13.

Pengadil bola sepak antara Malaysia dengan Bahrain dicaci oleh para penonton kerana ___________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

kaki bangku

d)

lepas tangan

14.

Perbuatan memberi atau menerima ___________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.

a)

duit kopi

b)

duit raya

c)

duit hantaran

d)

duit pecah

15.

Encik Izham _________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

seperti tikus membaiki labu

b)

seperti lembu dicucuk hidung

c)

seperti murai tercabut ekor

d)

seperti anjing menyalak bukit