NEW
Font size
Worksheetspantulan gelombang
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Rajah manakah menunjukkan fenomena pantulan gelombang?
Pernyataan manakah betul apabila gelombang air dipantulkan oleh pemantul?
Panjang gelombang menjadi lebih panjang selepas pantulan
Halaju gelombang air sebelum dan selepas pantulan adalah sama
Amplitud gelombang air menjadi lebih kecil selepas pantulan
Kuantiti manakah yang akan berubah apabila gelombang air dipantulkan?
Laju
Frekuensi
Panjang gelombang
Arah perambatan
B
A
B
C
D
Rajah menunjukkan suatu gelombang bunyi dipantulkan daripada dinding konkrit. Perbandingan manakah yang betul bagi gelombang bunyi terpantul dengan gelombang bunyi tuju.
Panjang gelombang bagi gelombang tuju adalah lebih pendek daripada panjang gelombang terpantul
Halaju bagi gelombang tuju dan gelombang terpantul adalah sama
Frekuensi gelombang tuju adalah lebih kecil gelombang terpantul
Sudut tuju gelombang tuju adalah lebih besar daripada sudut pantulan gelombang terpantul
Rajah menunjukkan gelombang tuju bentuk satah dipantulkan oleh sebuah pemantul satah. Ciri manakah yang betul bagi gelombang pantulan?
Laju gelombang pantulan< Laju gelombang tuju
Amplitud gelombang pantulan< Amplitud gelombang tuju
Frekuensi gelombang pantulan< Frekuensi gelombang tuju
Panjang gelombang pantulan = Panjang gelombang tuju
Rajah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji satu ciri gelombang bunyi. Perbandingan manakah betul antara gelombang bunyi tuju dengan gelombang bunyi terpantul?
Sudut pantulan lebih besar daripada sudut tuju
Laju gelombang terpantul adalah sama dengan gelombang tuju
Panjang gelombang bagi gelombang terpantul adalah kurang daripada panjang gelombang tuju
Frekuensi gelombang terpantul adalah lebih rendah daripada frekuensi gelombang tuju
Rajah menunjukkan seekor ikan lumba-lumba mengesan seekor ikan kecil dihadapannya. Fenomena gelombang bunyi yang manakah membolehkan ikan lumba-lumba itu mengesan mangsanya?
Pembiasan
Interferens
Pembelauan
Pantulan
Ciri-ciri pantulan gelombang boleh dikaji melalui aktiviti mengkaji gelombang air.
Apakah alat yang digunakan bagi mengkaji gelombang air di dalam makmal?
Pemantul
Resonans
Bandul ringkas
Tangki riak
AB dan CD adalah muka gelombang.
Ini adalah kerana....
titik A dan B, serta C dan D adalah sefasa.
Titik A dan B serta C dan D adalah tidak sefasa.
titik A dan B, serta C dan D adalah dipantulkan.
titik A dan B, serta C dan D adalah tidak dipantulkan.
A dan B adalah....
A dan B adalah jalur cerah.
A dan B adalah jalur gelap.
A adalah jalur cerah dan B jalur gelap.
A adalah jalur gelap dan B adalah jalur cerah.
Berdasarkan rajah, tentukan bahagian yang dibulatkan.
Gelombang tuju
Gelombang pantulan
Gelombang biasan
Gelombang terbelau
