WorksheetsSIFAT AMANAH
Total questions: 15
Worksheet time: 6mins
Amanah dari segi Istilah ?
Setiap sesuatu yang dipertanggugjawabkan dalam urusan Harta benda, kehormatan dan __________ .
kekayaan
kerahsiaan
kejayaan
keaiban
Orang yang tidak amanah digelar?
tidak jujur
munafik
khianat
penipu
Kepentingan sifat amanah dalam HAL PENGURUSAN adalah untuk?
menyempurnakan iman seseorang
menghindari perbuatan rasuah & penipuan
meningkatkan kos pentadbiran
mampu melintas titian sirat dengan lancar
Cara mengamalkan sifat amanah terhadap Individu adalah ?
bertanggungjawab terhadap amanah keluarga
menghormati jiran, rakan, guru dan masyarakat sekeliling.
menyertai program kemasyarakatan
mematuhi suruhan & laranganNya
Kesan tidak amanah dalam diri individu adalah seperti berikut KECUALI?
menjejaskan iman
hilang kepercayaan orang ramai
menjadi anak derhaka
kehidupan tidak diredhai oleh Allah
Implikasi jika kita tidak amanah dengan keluarga adalah seperti berikut KECUALI?
menjadi anak derhaka
mencemarkan nama baik keluarga
menjejaskan iman
hubungan kekeluargaan menjadi renggang
Cara mengamalkan amanah terhadap masyarakat adalah seperti berikut KECUALI?
Menghormati jiran, rakan, guru dan masyarakat sekeliling.
menyertai program kemasyarakatan.
bersungguh-sungguh dan rajin dalam melaksanakan tanggungjawab.
melakukan amar ma`ruf & nahi mungkar dalam masyarakat.
Kesan tidak amanah dalam masyarakat adalah?
menjejaskan iman
menjadi anak yang derhaka
dibenci oleh adik beradik
masyarakat tidak harmoni kerana keselesaan awam terganggu.
Satu situasi telah menyebabkan anda tidak berpuas hati dengan rakan baik anda. Dia pernah menceritakan rahsianya pada anda. Dia meminta anda tidak menceritakan kepada sesiapa pun kerana ia merupakan perkara memalukan. Apa tindakan anda?
Memanfaatkan peluang ini untuk membalas dendam dengan menyebarkan pada rakan lain.
Menceritakan pada ibu anda sahaja
Menceritakan di media sosial tanpa memberitahu nama rakan baik anda
Berdiam diri dan menjaga rahsia tersebut
Anda berjalan di kaki lima sekolah, lalu terpijak sekeping duit kertas berjumlah RM50. Apakah yang akan anda lakukan?
berikan kepada guru yang bertugas
guna untuk kesenangan diri sendiri
membelanja kawan seperti hak sendiri
Ibu anda menyuruh anda terus pulang ke rumah setelah selesai kelas tambahan tetapi rakan anda mengajak anda menemaninya ke kedai buku. Apa tindakan anda?
Menemani rakan anda kerana pergi kedai buku itu tempat yang baik
Terus pulang ke rumah seperti disuruh
Membelikan hadiah dari kedai buku untuk ibu sebagai ganti
Menipu ibu kononnya terdapat aktiviti sekolah yang perlu pulang lewat
