wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA STPM SEM 2-BHGN A - PYQ PETUNJUK NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA 1

Total questions: 13

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

a)

Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

b)

Membangunkan modal insan

c)

Merancakkan pertumbuhan ekonomi

d)

Menyediakan infrastruktur/ menyediakan infosruktur

e)

Meningkatkan pelaburan

2.

Terangkan dua langkah untuk membangunkan modal insan ke arah Malaysia mencapai status negara maju.

a)

Meningkatkan pendidikan berkualiti. Mentransformasikan sistem pendidikan, menghasilkan modal insan yang berkualiti, merupakan asas kepada K- ekonomi

b)

Meningkatkan pemindahan teknologi. Membawa masuk teknologi asing ke negara kita.

c)

Meningkatkan kepakaran. Membawa pulang pakar-pakar tempatan yang bertugas di luar negara, memberi peluang meningkatkan kepakaran

d)

Menyediakan pusat-pusat latihan - memberi pendedahan kemahiran .

3.

Berikan dua alasan rakyat Malaysia dikatakan hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni.

a)

Ekonomi Malaysia berkembang pesat ekoran peningkatan pendapatan negara hasil daripada usaha kerajaan mempelbagaikan ekonomi negara

b)

Kerancakan sektor industri dengan kepelbagaian kemudahan prasarana

c)

Keselamatan rakyat terjamin ekoran penurunan kadar jenayah kerana terdapat peluang pekerjaan yang banyak

d)

Melahirkan banyak parti politik melalui perpaduan kaum

4.

Nyatakan tiga petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

a)

Prasarana yang lengkap, moden/ mencukupi

b)

Penggunaan sumber yang maksimum

c)

Tahap/ taraf kesihatan yang tinggi

d)

Kadar peratusan pelajar meningkat

e)

Keluaran Dalam Negara Kasar yang tinggi

5.

Nyatakan tiga kepentingan politik yang stabil kepada negara.

a)

Menjamin keselamatan negara

b)

Pelabur asing meningkat

c)

Meningkatkan status negara

d)

Dasar Pendidikan lebih inovatif

6.

Nyatakan empat usaha yang boleh dilaksanakan bagi membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) dalam kalangan rakyat di negara ini.

a)

Menyediakan prasarana yang lengkap

b)

Memperkenalkan subjek reka cipta di sekolah

c)

Memperbanyak/ menambah pusat penyelidikan

d)

Mengadakan lawatan ke luar negara

e)

Mengadakan pertandingan reka cipta

7.

Senaraikan tiga petunjuk berlaku perkembangan ekonomi Negara Malaysia.

a)

Peningkatan pendapatan pelabur asing

b)

Peningkatan Pembinaan kemudahan asas

c)

Kadar kemiskinan berkurang

d)

Peningkatan pelaburan asing

8.

Nyatakan tiga kesan sekiranya rakyat Malaysia berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan masing-masing

a)

masalah sosial berkurang

b)

Jenayah berkurang

c)

Politik akan stabil

d)

Jati diri/ keperibadian meningkat

9.

Jelaskan dua faktor yang menyebabkan teknologi robotik masih tidak dapat menggantikan tenaga kerja manusia sepenuhnya.

a)

Kos yang tinggi - Teknologi robotik tidak digunakan dalam semua bidang pekerjaan kerana kos mengadakan dan memperbaiki adalah mahal

b)

Mampu membuat keputusan - mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan

c)

Tidak fleksibel - melakukan kerja mengikut arahan yang telah diprogramkan

d)

Sensitif dengan persekitaran - boleh bertindak dalam keadaan bahaya seperti kebakaran.

10.

Nyatakan empat faedah hasil pengaplikasian ilmu sains dan Teknologi untuk mentransformasikan negara ke arah negara maju.

a)

Meluaskan pasaran ekonomi

b)

Meningkatkan produktiviti

c)

Mewujudkan pekerjaan baharu

d)

Mengembangkan penguasaan sains dan teknologi

e)

Memberi bantuan modal kepada golongan B40

11.

Berikan empat faedah kepelbagaian biodiversiti kepada masyarakat tempatan.

a)

Sumber makanan

b)

Sumber bahan mentah

c)

Sumber ketenangan emosi

d)

Memudahkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

e)

Sumber air

12.

Terangkan dua potensi teknologi hijau kepada penduduk Malaysia

a)

Memelihara kelestarian alam sekitar - generasi yang akan datang dapat menikmati keindahan alam sekitar

b)

Meningkatkan pengeluaran produk - mencipta hasil mesra alam

c)

Memberi peluang pekerjaan - mewujudkan bidang kerja yang dapat mengendalikan projek alam sekitar sama ada di laut atau darat

d)

Penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui- menjimatkan kos penyelenggaraan

13.

Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

a)

Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

b)

Membangunkan modal insan

c)

Merancakkan pertumbuhan ekonomi

d)

Menyediakan infrastruktur/ menyediakan infosruktur

e)

Meningkatkan pelaburan