wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pertandingan Ujian Bertulis Tahap 2

Total questions: 80

Worksheet time: 2hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Joshua membantu ayahnya memetik sayur ____________ di kebunnya.

a)

tembikai

b)

bunga ros

c)

lobak

d)

kacang panjang

2.

Pasangan pengantin itu disambut dengan paluan ___________ apabila tiba majlis perkahwinan mereka.

a)

kompang

b)

angklung

c)

serunai

d)

biola

3.

Kejadian melanun di _________ amat menakutkan dan mengancam para nelayan.

a)

Selat Melaka

b)

Hentian Pudu Raya

c)

Tanah Tinggi Genting

d)

Lapangan Terbang Antarabangsa

4.

Ayah dan abang sedang menonton perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung melalui ____________.

a)

My FM

b)

Astro Arena

c)

Akhbar Sin Chew

d)

Akhbar Berita Harian

5.

“________ berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kelab Bahasa bagi menjayakan program ini,” kata Cikgu Fatimah dan Cikgu Tan kepada Encik Lim.

a)

Mereka

b)

Kita

c)

Kami

d)

Beliau

6.

“Jangan buat bising, ___________ sedang bersemayam di singgahsana,” larang Inang kepada beberapa orang pekerja istana.

a)

ia

b)

tuanku

c)

dia

d)

baginda

7.

“Ampunkan patik, ___________, Laksamana Bentan sedia mengadap,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Mansur.

a)

beta

b)

tuanku

c)

hamba

d)

Baginda

8.

“___________ telah pun menjalankan tugas yang tuanku titahkan.” kata bendahara kepada sultan.

a)

Hamba

b)

Beta

c)

Patik

d)

Baginda

9.

“Bantuan daripada ________ sangat ________ hargai,” arah Zhi Long kepada rakan-rakan sekelasnya.

a)

mereka…aku

b)

kita…patik

c)

kalian…saya

d)

kami…hamba

10.

“Cis, keluar _________ dari sini!” Kelvin menghalau kawannya.

a)

engkau

b)

anda

c)

saya

d)

dia

11.

“____________, sungguh hebat adik kamu bermain papan luncur itu.”

a)

Tahniah

b)

Aduhai

c)

Amboi

d)

Ceh

12.

____________, inilah dugaan, pada masa kecemasan beginilah, kereta pula rosak!

a)

Syabas

b)

Wahai

c)

Aduhai

d)

Takziah

13.

____________, begitu! Sekolah saya juga mempunyai kolam ikan yang bersih,” kata Salina kepada Anna.

a)

Oh

b)

Eh

c)

Wah

d)

Syabas

14.

____________, lihatlah tingkah laku beberapa orang remaja yang kurang sopan itu!

a)

Takziah

b)

Cis

c)

Syukur

d)

Tahniah

15.

“____________, kamu berjaya mengekalkan kejuaraan dalam acara lompat tinggi!” kata Julian kepada Darren.

a)

Takziah

b)

Cis

c)

Aduhai

d)

Tahniah

16.

“Nama ikan yang ada di dalam akuarium itu____________?” tanya Steven kepada abangnya.

a)

kenapa

b)

siapa

c)

apa

d)

mana

17.

“Sudah ____________ kali murid ini gagal dalam mata pelajaran Sains?” tanya guru besar kepada seorang cikgu sambil melihat buku laporan.

a)

berapa

b)

bila

c)

bagaimana

d)

apa

18.

____________ ketinggian Menara Berkembar Petronas?

a)

Apakah

b)

Berapakah

c)

Mengapakah

d)

Bilakah

19.

“____________ kamu menempuh cabaran hidup tanpa sokongan daripada ahli keluarga?” tanya Michael kepada Ken.

a)

Mengapakah

b)

Adakah

c)

Siapakah

d)

Bagaimanakah

20.

“____________ abang tidak mengendahkan telefon yang berdering dari tadi?” tanya Dilan kepada abangnya.

a)

Bagaimanakah

b)

Apakah

c)

Mengapakah

d)

Bilakah

21.

"Kita harus _______sesama jiran," kata Rashid kepada Sufian.

a)

ejek-mengejek

b)

kira-mengira

c)

usik-mengusik

d)

bantu-membantu

22.

Mereka lari _______ apabila dikejar oleh seekor anak anjing.

a)

caci-maki

b)

lintang-pukang

c)

geli-geleman

d)

bengkang-bengkok

23.

Papan _______komputer yang dibeli oleh Richard telah rosak.

a)

cecair

b)

bebuli

c)

kekunci

d)

kekisi

24.

_________ diperbuat daripada campuran ikan, tepung dan rempah.

a)

Pura-pura

b)

Dekak-dekak

c)

Otak-otak

d)

Duit-duit

25.

Marzuki menangis _______apabila dimarahi oleh ibunya kerana memecahkan tingkap itu.

a)

tersedu-sedan

b)

tersenyum-simpul

c)

terkotak-katik

d)

terkinja-kinja

26.

Jalan itu terpaksa ditutup kerana berlaku ____________ semasa hujan lebat.

a)

tanah mendap

b)

tanah runtuh

c)

tanah liat

d)

tanah air

27.

Ravendran menjalankan _________sebagai ketua pengawas dengan penuh dedikasi.

a)

kakitangan

b)

tanggungjawab

c)

sukarela

d)

tandatangan

28.

Selepas kemalangan itu, Encik Tan Keong pergi ke ________untuk membuat laporan.

a)

pejabat pos

b)

pejabat tanah

c)

balai polis

d)

balai raya

29.

Encik Malik dan isterinya gembira menyambut kepulangan ________mereka yang baru tiba dari London.

a)

anak mata

b)

anak sulung

c)

anak bulan

d)

anak tangga

30.

"________ikut atau bercakap dengan orang yang kamu tidak kenali," pesan ibu kepada Salina.

a)

Jangan

b)

Sila

c)

Minta

d)

Harap

31.

" ________datang ke rumah saya pada hari Sabtu ini," kata Siva.

a)

Usahlah

b)

Tolonglah

c)

Jemputlah

d)

Haraplah

32.

________isi borang ini dengan lengkap sebelum masuk ke dewan.

a)

Usah

b)

Sila

c)

Harap

d)

Jangan

33.

"Anita, ________ angkat buku-buku ini dan letakkan di atas meja saya," pinta Cikgu Rohana.

a)

harap

b)

jangan

c)

tolong

d)

jemput

34.

__________ keris itu diperbuat daripada kayu jati yang berkualiti.

a)

Hulu

b)

Belakang

c)

Hadapan

d)

Seberang

35.

Farah duduk di __________abang dengan kakaknya di dalam kereta.

a)

tengah

b)

tepi atas

c)

atas

d)

antara

36.

Pengadil berada di __________ padang untuk memulakan perlawanan bola sepak itu.

a)

luar

b)

belakang

c)

sisi

d)

tengah

37.

I Tunku AbduI Rahman adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

II Proton Saga adalah kereta buatan Malaysia yang pertama.

III Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara.

IV Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

I Pak Leman adalah ketua kampung ini.

II Lelaki yang memakai baju berwarna hitam itu ialah abang saya.

III Tujuan majlis kesyukuran ini diadakan adalah untuk menyambut kelahiran adik perempuan saya.

IV Generasi muda ialah penentu masa depan negara.

a)

I dan II

b)

l dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

I Haiwan yang paling saya takuti adalah ular.

II Surat ini adalah daripada sahabat pena saya.

III Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Jumaat.

IV Neil Armstrong adalah orang yang pertama menjejakkan kaki di bulan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

I Cerita yang kamu tonton itu adalah rekaan semata-mata.

II Puan Fatimah ialah guru besar sekolah kami.

III Teguran Cikgu Raja itu ialah untuk kebaikan murid-muridnya.

IV Cindy adalah anak kedua Datuk Tony dan Datin Jessica.

a)

I dan II

b)

l dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

41.

“ _______ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar lagi,” kata juruacara itu.

a)

Jangan

b)

Tolong

c)

Minta

d)

Usah

42.

“___________ ganggu kawan kamu yang sedang belajar di dalam kelas,” nasihat Cikgu Teng kepada murid-muridnya.

a)

Tolong

b)

Harap

c)

Jangan

d)

Minta

43.

“ _____________ catatkan nama murid-murid yang lewat datang ke sekolah,” kata guru disiplin kepada beberapa orang pengawas.

a)

Minta

b)

Usah

c)

Tolong

d)

Jemput

44.

“______ kejadian sebegini tidak akan berulang lagi,” kata bapa budak itu.

a)

Sila

b)

Minta

c)

Harap

d)

Jemput

45.

Mak Cik Mimah termenung sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ________ anaknya yang menuntut di Mesir.

a)

oleh

b)

akan

c)

dengan

d)

kepada

46.

Kak Kiah membuat sebiji kek coklat __________ hari jadi anaknya.

a)

bagi

b)

demi

c)

untuk

d)

kepada

47.

Kami dijangka _________ terlewat sampai __________ Pulau Langkawi kerana kereta mengalami kerosakan.

a)

dari ... di

b)

akan ... di

c)

akan … dari

d)

dengan … ke

48.

Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna __________ lawatan sambil belajar ke Melaka tempoh hari.

a)

dari

b)

untuk

c)

dengan

d)

daripada

49.

Pak Cik Zainal tidak bersetuju __________ cadangan anaknya untuk menjual tanah bendang di hujung kampung mereka.

a)

akan

b)

untuk

c)

dengan

d)

tentang

50.

Nenek ________dulang tembaga itu hingga berkilat semula.

a)

menyapu

b)

mengelap

c)

menggilap

d)

mencuci

51.

Peniaga itu ____________keuntungan yang berlipat ganda semasa musim perayaan.

a)

mengikis

b)

mengaut

c)

mengambil

d)

merenggut

52.

Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.

a)

geli

b)

haru

c)

kelam

d)

gundah

53.

Bau _____________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ____________ itu.

a)

busuk…….tengik

b)

hanyir……wangi

c)

hapak…….harum

d)

hancing……mersik

54.

Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak.

a)

kesian

b)

hampa

c)

hancur

d)

resah

55.

Tapak kakinya bengkak dan bernanah kerana ___________ duri kelapa sawit minggu lepas.

a)

ditusuk

b)

bertusuk

c)

menusuk

d)

tertusuk

56.

Haikal telah ditempatkan di kawasan _____________ ketika mula-mula berkhidmat sebagai seorang guru.

a)

pendalaman

b)

mendalam

c)

kedalaman

d)

pedalaman

57.

Kami terkejut mendengar bunyi____________ dan gegaran yang sangat kuat di kawasan itu.

a)

letupan

b)

letupkan

c)

letupi

d)

meletup

58.

“Adik tolong ___________ buku nota kakak itu,” kata Nadia kepada adiknya.

a)

biarkan

b)

hulurkan

c)

usahakan

d)

jauhkan

59.

Hadi terpaksa bekerja di restoran makanan segera bagi ______________baki bayaran yuran pembelajarannya di universiti.

a)

membayarkan

b)

melunaskan

c)

menampungi

d)

melangsungkan

60.

____________ komputer dapat mempercepat segala urusan khususnya dalam penyimpanan data.

a)

Menggunakan

b)

Penggunaan

c)

Digunakan

d)

Mempergunakan

61.

Pasukan Kuning _______________setelah ditewaskan oleh Pasukan Merah dalam pertandingan badminton itu.

a)

patah kaki

b)

bulat hati

c)

putih mata

d)

putih tulang

62.

Dato' Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan untuk mengubah suai rumahnya kerana pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.

Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah…

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai kucing kehilangan anak

c)

bagai melepaskan batuk di tangga

d)

bagai kumbang putus tali

63.

Nasihat ibu kini sia-sia sahaja, _____________ kerana Ramesh langsung tidak mempedulikannya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

bagai anak ayam kehilangan ibu

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai mencurah air ke daun keladi

64.

Sebenarnya Bala yang menyembunyikan beg Manisah, tetapi Nana pula yang dimarahi oleh guru kelas. Inilah yang dikatakan ____________________ .

a)

orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya

b)

air tenang jangan disangka tiada buaya

c)

sambil menyelam minum air

d)

malu bertanya sesat jalan

65.

Air muka adik menjadi __________________________ apabila ayah memungkiri janjinya.

a)

rajin seperti semut

b)

manis macam madu

c)

masam macam cuka

d)

merah seperti biji saga

66.

Kata-katanya yang ________________________ itu benar-benar menyakitkan hati saya.

a)

mulia macam raja

b)

tajam bagai sembilu

c)

miang macam keladi

d)

liat macam getah

67.

__________ bunga melur yang terselit pada sanggul Sofia itu sangat cantik.

a)

Sejambak

b)

Sekuntum

c)

Sejambangan

d)

Sebatang

68.

Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.

a)

cebis

b)

bentuk

c)

lembar

d)

cocok

69.

Zamzarina bercerita tentang masalahnya__________ merenung wajah temannya.

a)

kerana

b)

sambil

c)

maka

d)

lalu

70.

Pertahanan negara perlu diperkuat ___________ keamanan negara sentiasa terjamin.

a)

agar

b)

untuk

c)

hingga

d)

bahawa

71.

Apakah maksud rangkai kata memandang enteng?

a)

mengambil mudah

b)

membuat senang

c)

menjadi remeh

d)

melihat renyah

72.

Mengapakah pesakit yang mengalami demam denggi bagi kali kedua berdepan dengan risiko kematian?

a)

Risiko kematian sentiasa ada bagi setiap pesakit yang diserang vims denggi.

b)

Pesakit pernah menghidap demam denggi dan simptom-simptom lain.

c)

Antibodi badan pesakit sudah lemah dan tidak mampu melawan serangan virus denggi.

d)

Pesakit telah mengalami demam panas yang berpanjangan dan patiet darah pesakit semakin berkurangan

73.

Berikut merupakan gejala-gejala demam denggi berdasarkan petikan kecuali

a)

ruam merah di kulit

b)

sakit kepala

c)

demam selesema

d)

sakit sendi

74.

Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan demam denggi?

a)

menggunakan cecair anti denggi

b)

menutup pintu dan tingkap pada waktu malam

c)

menggunakan lingkaran elektrik

d)

memastikan keselamatan di dalam dan di luar rumah

75.

Berdasarkan petikan pada soalan 71 hingga 74, apakah mesej yang hendak disampaikan dalam petikan tersebut?

a)

demam denggi boleh membawa maut

b)

peranan keluarga penting dalam mencegah demam denggi

c)

kesihatan amat penting untuk mengelakkan demam denggi

d)

mencegah demam denggi lebih baik daripada merawat

76.

Berikut adalah antara platform media sosial, kecuali...

a)

facebook

b)

youtube

c)

twitter

d)

wikipedia

77.

Berikut merupakan manfaat media sosial kepada pengguna, kecuali...

a)

pengguna dapat berhubung dengan lebih cepat

b)

pengguna terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan kemudahan Internet

c)

pengguna dapat menghantar mesej penting dengan mudah

d)

pengguna dapat menjimatkan masa daripada membuat penghantaran melalui pos

78.

Mengapakah media sosial kini menjadi pilihan para peniaga dalam talian?

a)

Peniaga mudah mendapat pelanggan

b)

Peniaga dapat menjual produk sekelip mata

c)

Peniaga tidak perlu membuat promosi untuk menjual produk

d)

Peniaga dapat menjual produk mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

79.

Mengapakah media sosial menjadi pilihan golongan remaja?

a)

Media sosial menambah tekanan yang dialami remaja

b)

Persembahan media sosial yang interaktif menjemukan remaja

c)

Persembahan media sosial yang interaktif membosankan remaja

d)

Media sosial mengurangkan tekanan yang dialami remaja

80.

Berdasarkan petikan pada soalan 76 hingga 80, apakah idea utama yang dibincangkan dalam petikan tersebut?

a)

Keburukan media sosial

b)

Kepentingan media sosial kepada remaja

c)

Manfaat media sosial kepada pengguna

d)

Keajaiban media sosial