WorksheetsUlangkaji Sains Tingkatan 3 Bab 1-3 3Abqari
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Gambar rajah menunjukkan bahagian sistem saraf manusia. Namakan struktur berlabel X.
Saraf kranium
Saraf deria
Saraf pusat
Saraf spina
Jenis sel yang manakah menghantar impuls saraf?
Struktur yang manakah terdiri daripada sel-sel reseptor?
Struktur telinga yang manakah TIDAK menghantar getaran bunyi?
P dan S
S dan R
Q dan R
Q dan P
Makanan yang manakah TIDAK boleh dikesan di bahagian lidah yang dilorekkan?
Antara berikut, yang manakah BUKAN had penglihatan yang berkaitan dengan struktur mata?
Buta warna
Rabun malam
Rabun jauh
Astigmatisme
Antara berikut, yang manakah menunjukkan padanan yang BETUL?
Rajah menunjukkan suatu eksperimen untuk menyiasat gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan. Yang manakah menerangkan gerak balas itu?
Akar menunjukkan geotropisme positif.
Pucuk menunjukkan hidrotropisme positif.
Pucuk menunjukkan geotropisme positif.
Akar menunjukkan hidrotropisme positif.
Gajah boleh mendengar bunyi antara 16 dan 12 000 Hertz. Bagaimanakah julat ini jika dibandingkan dengan julat frekuensi pendengaran manusia?
Gajah mempunyai julat frekuensi yang lebih rendah daripada manusia.
Gajah mempunyai julat frekuensi bunyi yang lebih kecil daripada manusia.
Gajah mempunyai julat frekuensi yang lebih tinggi daripada manusia.
Gajah dan manusia mempunyai julat frekuensi yang sama.
Rajah-rajah menunjukkan model mekanisme pernafasan manusia. Antara berikut, yang manakah menunjukkan proses menarik nafas?
Jadual menunjukkan peratus komposisi gas-gas dalam udara sedutan dan udara hembusan. Peratus oksigen dalam udara hembusan berkurang kerana oksigen digunakan untuk _________.
fotosintesis
respirasi
pereputan
pengaratan
Pernyataan yang manakah BETUL tentang hemoglobin?
Hemoglobin terdapat di dalam sel-sel darah merah.
Hemoglobin terdapat di dalam sel-sel darah putih.
Hemoglobin bergabung dengan karbon dioksida untuk membentuk oksihemoglobin.
Hemoglobin adalah pigmen putih.
Pernyataan berikut adalah simptom-simptom penyakit respirasi.
• Tercungap-cungap
• Batuk
• Kesukaran bernafas
Apakah penyakit ini?
Asma
Kanser peparu
Emfisema
Bronkitis
Asap rokok mengandungi banyak bahan karsinogen. Apakah ciri utama bahan karsinogen?
Bahan karsinogen boleh menyebabkan diabetes.
Bahan karsinogen boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Bahan karsinogen boleh menyebabkan kanser.
Bahan karsinogen boleh menyebabkan penyakit jantung.
Apakah ciri sepunya yang ditunjukkan oleh struktur respirasi organisma ini?
P : Ia adalah nipis.
Q : Ia adalah lembap.
R : Ia mempunyai luas permukaan yang besar.
S : Ia dikelilingi oleh jaringan kapilari darah.
P, Q, R dan S
P dan Q
P, Q dan R
R dan S
Gambar rajah menunjukkan struktur respirasi ikan. Ciri adaptasi yang manakah BENAR tentang struktur Y?
Ia mempunyai sangat sedikit lamela pada permukaannya.
Ia mempunyai luas permukaan yang kecil.
Ia mempunyai banyak lapisan sel pada dindingnya.
Ia mempunyai jaringan kapilari darah untuk mengangkut gas.
Rajah menunjukkan keratan rentas sehelai daun. Apakah struktur K?
Sel pengawal
Kutikel
Sel mesofil berspan
Stoma
Asap kilang mengandungi banyak bahan pencemar yang menjejaskan pertumbuhan tumbuhan. Cadangkan satu cara untuk mencegah jenis pencemaran ini.
Membina tembok antara pokok dan kilang-kilang.
Menanam pokok jauh dari kilang-kilang.
Mengenakan denda kepada kilang-kilang yang melepaskan asap dan gas-gas beracun ke udara.
Menganjurkan kempen kebersihan di sekitar kilang-kilang.
Suatu persetujuan telah dibentuk sejak 2002 untuk menangani masalah jerebu merentasi sempadan Malaysia, Indonesia dan negara-negara jiran ASEAN. Ia bertujuan untuk melaksanakan rancangan-rancangan berikut, kecuali ______.
mengawas dan mencegah aktiviti-aktiviti yang menyebabkan jerebu
mengharamkan penyahhutanan di negara-negara ASEAN
menggiatkan kerjasama serantau dan antarabangsa untuk memerangi jerebu
usaha mengawal jerebu di peringkat negara masing-masing
Sekumpulan pelajar ingin menjalankan suatu kempen kesedaran untuk menghentikan pembakaran terbuka. Aktiviti yang manakah TIDAK berkaitan dengan kempen ini?
Edarkan risalah-risalah kepada orang ramai.
Gunakan platform media sosial untuk menyebarkan kesedaran tentang kesan-kesan pembakaran terbuka.
Dirikan gerai pameran di kompleks-kompleks beli-belah.
Kurangkan, guna semula dan kitar semula barang-barang kegunaan rumah.
