Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

tatabahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
a)
kecil
b)
tebal
c)
besar
d)
panjang
2.
 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
a)
Muram
b)
Indah 
c)
Kelam
d)
Sayup
3.
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
a)
hapak
b)
hancing
c)
tengik
d)
hanyir
4.
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
a)
serak
b)
garau
c)
merdu
d)
nyaring
5.
Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
a)
sombong
b)
ramah
c)
senang
d)
kasar
6.
Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
a)
bengkok
b)
lekuk
c)
bengkak
d)
botak
7.
Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .
a)
sengsara
b)
murung
c)
terkilan
d)
runsing
8.
Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan .
a)
nyaris
b)
jauh
c)
cepat
d)
dekat
9.
Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.
a)
kelajuan
b)
kesibukan
c)
keberanian
d)
kelalaian
10.
Apakah jenis ayat ini?
Jangan buang sampah di sini.
a)
Ayat larangan
b)
ayat silaan
c)
ayat suruhan
d)
ayat perintah
11.
apakah jenis ayat ini?
Sila serahkan buku-buku latihan itu ke bilik guru.
a)
ayat silaan
b)
ayat perintah
c)
ayat larangan
d)
ayat suruhan
12.
yang manakah bukan ayat tunggal bagi ayat ini?
golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga.
a)
Golongan remaja memerlukan kasih sayang daripada keluarga 
b)
Golongan remaja memerlukan perhatian daripada keluarga.
c)
Kasih sayang daripada keluarga diperlukan oleh remaja.
13.
remaja tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.
ayat yang manakah bukan ayat tunggal bagi penyataan diatas. 
a)
remaja tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.
b)
Kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.
c)
Remaja diabaikan manakala ibu bapa sibuk bekerja.
14.
Oleh sebab itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka di samping memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.
pecahan yang manakah bukan ayat tunggal?
a)
Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka.
b)
Ibu bapa perlu memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.
c)
Pencapaian akademik mereka akan centiasa cemerlang jika dipastikan oleh ibu bapa.
15.
yang manakah bukan pecahan ayat tunggal bagi ayat ini?
Hanis berasa amat terkejut apabila disergah oleh seorang pemuda dari belakang.
a)
Hanis amat terkejut disergah seorang pemuda
b)
Hanis berasa amat terkejut
c)
Hanis disergah oleh seorang pemuda dari belakang.
16.
Orang yang bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya.
Yang manakah peribahasa yang paling sesuai dengan maksud diatas?
a)
Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga
b)
Siapa makan cili dia yang terasa pedas
c)
Sudah jatuh ditimpa tangga
d)
                                                        Sudah terhantuk baru tergadah
17.
Jika dikehendaki bermacam-macam iktiar boleh dilakukan dan begitu juga sebaliknya.  Peribahasa apakah yang menunjukkan maksud tersebut?
a)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
b)
patah tumbuh hilang berganti
c)
genggam bara api biar jadi abu
d)
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
18.
yang manakah tidak membawa maksud yang seerti
a)
genggam bara api sampai jadi abu
b)
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
c)
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
d)
melepaskan batuk di tangga
19.
Basikal merah itu untuk abang saya.  Nyatakan pola ayat tersebut
a)
FN+FS
b)
FN+FN
c)
FN+FA
d)
FN+FK
20.
Hutan sekitarnya segar-bugar bagaikan hamparan hijau. 
Apakah pola ayat ini?
a)
FN + FN
b)
FN+ FK
c)
FN+FA
d)
FN+FS