Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penilaian BM Pemahaman Tahun 6

Total questions: 20

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.
“________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka,” kata Bendahara kepada baginda Sultan.
a)
Beta
b)
Hamba
c)
Tuanku
d)
Patik
2.
Jamal ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu.
a)
memerah
b)
mengilap
c)
menerjah
d)
mencanai
3.
Rahmat belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
a)
tekun
b)
rajin
c)
bernas
d)
kuat
4.
“Lemang dan rendang ayam yang dihidangkan oleh ibu ini enak sungguh,” kata adik kepada kakak.
a)
Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang ayam masakan ibu yang sungguh enak
b)
Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang telah disajikan oleh ibu
c)
Adik diberitahu tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang dimasak oleh ibu dan kakak mereka
d)
Adik dan kakak diberitahu tentang kepandaian ibu membuat lemang dan rendang ayam yang sangat enak
5.
Ibu akan memberikan hadiah kepada Kiswah _________ dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
a)
ketika
b)
supaya
c)
sekiranya
d)
sementara
6.
Para peserta pertandingan gubahan bunga itu cepat-cepat menyiapkan gubahan mereka kerana masa semakin ________.
a)
cepat
b)
laju
c)
lampau
d)
suntuk 
7.
Nenek Esah menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian berkebun.                    
a)
minyak angin
b)
minyak masak
c)
minyak sawit
d)
minyak sayur
8.
Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.    
a)
buah hati
b)
buah pena
c)
buah mulut
d)
buah tangan
9.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Apakah acara yang terakhir sempena Minggu Kemerdekaan?

a)

Acara tersebut ialah pertandingan mewarna bagi murid-murid tahap satu.

b)

Terdapat pelbagai acara sempena Minggu Kemerdekaan.

c)

Minggu Kemerdekaan akan dirasmikan oleh guru besar.

d)

Tujuan Minggu Kemerdekaan diadakan adalah untuk menyemai semangat

patriotik di kalangan murid.

10.

Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pembasuh mulut

d)

mulut murai

11.
Suara Kartini ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.
a)
lunak
b)
garau
c)
manja
d)
nyaring
12.

Antara berikut, yang manakah jenis ayat yang betul?

a)

Cis! Sampai hati kamu buat saya begini.

b)

Berapakah harga 4 ketul kuih ini.

c)

Polis merupakan badan beruniform yang bertugas menjaga keamanan awam.

13.

Antara berikut yang manakah bukan punca stres berlaku?

a)

Bergaduh dengan kawan.

b)

Dapat anugerah pelajar cemerlang.

c)

Tugasan yang tidak dapat disiapkan.

14.
Puan Aminah membeli ________ pisang di gerai buah-buahan itu.
a)
sebiji
b)
seulas
c)
sesikat
d)
segugus
15.
Segala permintaan ibunya, akan __________ oleh Amalin kerana dia sudah bekerja dan berkemampuan.
a)
dipenuhi
b)
memenuhi
c)
dipenuhkan
d)
memenuhkan
16.
____________ permohonan kami ini dipertimbangkan oleh pihak tuan dengan kadar segera.
a)
usah
b)
tolong
c)
harap
d)
jangan
17.
Suraya ghairah bercerita _______________  pengalamannya menyelam ke dasar laut.
a)
tentang
b)
dengan 
c)
sejak
d)
dari
18.
Sebuah bas telah ________________lalu melanggar pembahagi jalan.
a)
terlajak 
b)
tersasar
c)
terbabas
d)
tergelincir
19.
Anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan itu hidup __________ antara satu sama lain.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti aur dengan tebing
c)
seperti enau dalam belukar
d)
seperti bulan dipagar bintang
20.

Seramai 20 orang murid terlibat dalam kes keracunan makanan. __________ telah dihantar ke hospital.

a)

Kalian

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Beliau