wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ RBT TING 2 BAB

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah definisi masalah bukan inventif?

a)

Masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan seharian

b)

Masalah yang sukar diselesaikan dan memerlukan pandangan pakar

c)

Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku

d)

Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku

2.

Antara berikut yang manakah contoh masalah bukan inventif?

a)

Mengasah pisau yang tumpul menjadi tajam

b)

Menggantikan kaki meja kayu kepada kaki meja besi

c)

Menggantikan pinggan kaca kepada pinggan porselin

d)

Menambah baik penutup balang kuih yang tidak kedap udara menjadi kedap udara

3.

Antara berikut yang manakah definisi fungsi?

a)

Pengguna produk

b)

Tindakan sesebuah produk untuk merubah objek sasaran

c)

Sebuah sistem yang mempunyai satu atau lebih komponen

d)

Bahagian-bahagian kecil yang berfungsi menyokong sistem

4.

Antara berikut yang manakah komponen yang terdapat pada sebuah rak kasut?

a)

Paku

b)

Penyandar

c)

Kayu beroti

d)

Tempat duduk

5.

Antara A, B, C dan D, yang manakah simbol anak panah yang digunakan adalah salah?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

6.

Antara berikut yang manakah kaedah dalam mengenal pasti masalah dalam penyelesaian masalah secara inventif?

a)

Melalui semakan meja

b)

Melalui pengujian ke atas produk

c)

Melalui penilaian semula ke atas produk

d)

Melalui analisis fungsi komponen produk

7.

Rajah menunjukkan sebuah meja yang tidak stabil kerana skru tidak dapat mengikat muka meja dan kaki meja dengan ketat.

Apakah yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku?

a)

Graviti

b)

Momentum

c)

Kelembapan

d)

Kebolehan manusia

8.

Rajah menunjukkan sebuah meja yang memerlukan tenaga empat lelaki untuk mengalihkan meja tersebut selepas penambahbaikan dilakukan.

Antara berikut yang manakah perubahan reka bentuk yang sesuai dicadangkan?

a)

Menggantikan dengan kaki meja besi yang boleh dilipat

b)

Menggunakan konsep ikatan skru boleh pasang buka

c)

Memasang roda pada hujung kaki meja

d)

Menggunakan bahan untuk muka meja daripada plastik

9.

Apakah faktor pilihan reka bentuk pada kaki meja yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan?

a)

Saiz meja

b)

Beban meja

c)

Ketinggian murid

d)

Bahan yang digunakan

10.

Antara berikut cadangan prinsip inventif yang manakah digunakan bagi contoh stereng kereta yang boleh diubah ketinggiannya?

a)

Kedinamikan

b)

Tindakan awal

c)

Tindakan berkala

d)

Pembuangan dan pemulihan

11.

Apakah tujuan analisis berantai punca dan kesan?

a)

Mengenal pasti masalah

b)

Menyelesaikan masalah yang timbul

c)

Memahami dan mengesahkan rantaian punca dan kesan

d)

Menilai pembetulan yang dilakukan ke atas produk yang bermasalah

12.

Pernyataan berikut menerangkan tentang suatu contoh situasi.

Khemah perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan.

Antara berikut yang manakah sesuai digunakan?

a)

Kaedah pemisahan masa

b)

Kaedah pemisahan ruang

c)

Kaedah pemisahan waktu

d)

Kaedah pemisahan garis masa

13.

Rajah menunjukkan suatu produk yang bermasalah.

Antara berikut kaedah pemisahan yang manakah sesuai digunakan untuk situasi di atas?

a)

Kaedah pemisahan masa

b)

Kaedah pemisahan ruang

c)

Kaedah pemisahan waktu

d)

Kaedah pemisahan garis masa

14.

Antara berikut contoh yang manakah menunjukkan prinsip inventif penyarangan (nested doll) diaplikasikan?

a)

Pelindung cahaya cermin kereta

b)

Antena radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan

c)

Bekas menyimpan makanan pelbagai petak berbeza dan pelbagai fungsi

d)

Sarung tangan ketuhar menjadi pengantara antara tangan dengan objek panas

15.

Maklumat berikut berkaitan satu masalah.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan masalah tersebut pada petak yang disediakan.

a)

Tidak ada kesan sampingan

b)

Melatih pemikiran menjadi semakin matang

c)

Mempunyai kesan sampingan

16.

Penutup balang gas tidak ketat menyebabkan biskut lemau, maka penutup balang gas ditambah baik

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif

17.

Meja kayu tidak dapat menampung berat beban, maka kaki meja ditukarkan kepada besi

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif

18.

Pisau tumpul untuk menyiang ikan, maka pisau diasah menjadi tajam

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif

19.

Ji Hyo membeli sebuah almari buku untuk meletakkan bukunya yang terlalu banyak

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif

20.

Pak Ya memasang bakul tambahan pada motosikalnya supaya mudah untuk Pak Ya mengangkut buah-buahan dari kebunnya, tetapi menyebabkan ruang tempat duduk menjadi sempit

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif