Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sempurnakah Solatku?

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut manakah dua (2) amalan yang boleh membantu kita untuk khusyuk dalam solat?

a)

Merasakan diri seorang lemah dan memerlukan pertolongan Allah semata-mata

b)

Memejam mata ketika solat

c)

Fahami maksud bacaan dalam solat & surah yang dibaca

d)

Membaca surah-surah lazim yang pendek

2.

Kita dianjurkan untuk melakukan ibadah solat sunat sebelum atau selepas solat fardu kerana seperti berikut kecuali ..

a)

Untuk mendapatkan pahala dan keredaan Allah

b)

Amalan para nabi, rasul dan sahabat

c)

Untuk mendidik kita supaya rajin dan berdisiplin

d)

Untuk mengisi masa kosong sebelum imam memulakan solat fardu

3.

Syarat sah solat ada berapa?

a)

3

b)

5

c)

7

d)

9

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan sunat hai’at?

a)

Perkara yang tidak membatalkan solat jika ditinggalkan.

b)

Perkara yang perlu digantikan dengan sujud sahwi jika ditinggalkan.

c)

Perkara yang perlu dilafazkan di mulut dan didengari di telinga.

d)

Perkara yang membatalkan solat.

5.

Tandakan semua anggota sujud.

(boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

muka (termasuk dahi dan hidung)

b)

kedua tapak tangan

c)

kedua lutut

d)

penghujung 2 tapak kaki (ibu jari)

6.

___________ memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan. Tapi jika memejamkan mata diperlukan, contohnya jika ada gangguan di sekitar seperti gambar dan menutup mata boleh membantu menambahkan kekhusyukan, maka ianya dibolehkan.

a)

Haram

b)

Harus

c)

Sunat

d)

Makruh

7.

Apakah hukum solat dalam keadaan membuka mata melihat tempat sujud?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Haram

8.

Solat qada boleh dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu, kecuali :

a)

Apabila Siti tertidur waktu zohor sehingga luput waktu solatnya.

b)

Apabila Siti terlupa sehingga luput waktu solatnya.

c)

Apabila Siti diberi tugasan penting sehingga tidak sempat untuk solat.

d)

Apabila Siti berada dalam keadaan yang darurat sehingga terpaksa meninggalkan solat.

9.

Berikut adalah kedudukan makmum dalam solat berjemaah, kecuali.

a)

Di belakang imam

b)

Berbaris lurus dan rapat antara satu sama lain

c)

Memenuhi barisan hadapan, jangan kosongkan saf

d)

Di hadapan imam

10.

Solat Fardu merupakan rukun Islam yang ke

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

11.

Berikut adalah syarat wajib solat kecuali

a)

Islam

b)

baligh

c)

menutup aurat

d)

berakal

12.

Cara-Cara Mendapat Kekhusyukan Di Dalam Solat :

(boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

Mengingati Mati

b)

Tidak Tergopoh Gapah Dalam Mengerjakan Solat

c)

Solat akhir waktu

d)

Menghayati Makna Bacaan Di Dalam Solat

13.

Betul atau salah makna bagi bacaan sujud yang tertera pada gambar?

a)

Betul

b)

Salah

c)

Tidak pasti

d)

Tidak tahu

14.

Apakah hukum sekiranya kita terlupa untuk duduk dan membaca tahiyat awal?

a)

Solat masih sah

b)

Solat terbatal dan wajib solat semula

c)

Solat masih sah dan perlu sujud sahwi jika teringat.

15.

Tandakan keadaan yang akan membatalkan solat kita :

(boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

Berkata-kata dengan sengaja.

b)

Makan walaupun sedikit

c)

menahan buang air kecil atau besar atau angin (kentut)

16.

Di dalam sebuah hadis: Baginda Rasulullah pernah ditanya: Apakah amalan-amalan yang lebih utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada awal waktunya. - [HR Abu Daud 362].


Berdasarkan hadis di atas, solat pada awal waktu merupakan satu amalan yang sangat ________ Allah dan Rasulnya.

a)

biasa bagi

b)

dibenci

c)

dicintai

17.

Golongan yang diwajibkan solat :

(boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

remaja yang tahu membezakan yang baik dan buruk

b)

orang yang mengalami kecacatan otak (gila)

c)

orang Islam yang banyak melakukan dosa

d)

orang tua yang berpenyakit nyanyuk

18.

Jam pukul 3 petang dan Aminah baru menyedari dia telah didatangi haid ketika hendak mengambil wuduk untuk solat zohor. Apakah dia perlu menggantikan solat zohornya setelah selesai tempoh haid?

a)

Tidak perlu

b)

Perlu

19.

Di manakah antara yang berikut bukan perkara sunat hai'ah

a)

mengangkat tangan ketika takbir

b)

Mengucap amin setelah selesai bacaan alfatihah

c)

Membaca selawat ke atas nabi semasa tahiyat

d)

Membaca doa iftitah